BAB 10

252 6 0
                                    

Anieyssa memandu kereta Proton Preve nya ke universiti tempatnya lebih awal daripada kebiasaan kerana masih ada urusan yang perlu dilakukan di sana.

Setibanya dia di sana, Fara terkocoh-kocoh berlari ke arahnya. Wajahnya kelihatan bercahaya. Ceria sekali. Happy story mungkin?

"Wei, Anieyssa! Kau tahu tak hari ni ada latihan amali." Soal Fara.

"Biarlah. Kau ni kenapa? Macam la tak pernah buat latihan amali. Atau.. kau suka Prof Zainal tu eh..? Tu yang excited semacam aje, kan?" Anieyssa menjawab sambil mengusik sekali gus.

"Isy! Tak de maknanya aku nak sukakan Prof Zainal tu. Dah la tua. Taknak aku. Lagipun Prof Zainal tak ada bulan ni. Dia pergi kursus kat London."

"Kalau Prof Zainal tak ada, siapa yang akan guide kita untuk amali nanti?"

"Ni la yang aku nak cakap kat kau. Cuba kau teka..."

"Ni yang aku malas ni. Aku tak suka teka teki. Kau cakap aje la siapa?"

"Hehe... jeng..jeng..jeng! Buah hati kau...."

"Buah hati aku?! Siapa? Kau jangan macam-macam, Fara?"

"Alaa.. takkan kau tak tahu. Zaquan la. Siapa lagi..."

"Haa!! Zaquan?! Di..dia akan guide kita untuk amali nanti? Oh my god!" Anieyssa kelihatan terkejut.

"Yang kau terkejut sangat ni kenapa?" Fara bertanya pelik.

"Aku tengah dalam mood nak mengelak dari dia okey. Aku malas nak jumpa dia. Dia asyik nak ajak aku keluar aje. Aku malas la. Nanti mesti dia nak jumpa aku lagi. Aku harap sangat yang dia tak nampak aku nanti. Lagipun ada orang marah aku jumpa Zaquan. Bukan marah, actually. Tapi, jealous. Aku lebih rela menghadap muka cemberut kau dari tengok muka orang cemburu. Gerun aku." Panjang lebar Anieyssa menerangkan.

Terlopong Fara seketika. Tak sangka.. ada jugak orang nak cemburukan Anieyssa. Dia menggosok belakang Anieyssa dengan perlahan untuk menenangkan moodnya yang naik mendadak itu sambil berjalan ke arah perpustakaan.

...

Sejak peristiwa Zaquan mengambil alih tugas Prof Zainal untuk mengajar tentang demonstrasi tersebut, semakin kerap Zaquan mengajak Anieyssa keluar makan bersama. Namun Anieyssa seperti berat hati untuk mengikuti Zaquan kerana kalau Anieyssa keluar dengan Zaquan dan diajak sekali Fara barulah dia selesa sikit. Ni hanya berdua..

Okey... pejam celik pejam celik rupanya dah habis exam rupanya Anieyssa dan kawan-kawan. Sekarang hanya tunggu majlis konvokesyen. Sementara itu, Anieyssa dan Fara bekerja sambilan di sebuah kedai buku. Walaupun diorang ni boleh aje kalau nak tolong sepupu Fara yang bekerja di klinik swasta, tapi saja aje nak cari pekerjaan lain dulu.. menurut kata Fara la.. Anieyssa hanya ikut kata Fara aje.

Suatu hari, apabila Anieyssa sedang menyusun buku di rak yang paling belakang, tiba-tiba ada satu suara menegur.

"Assalamualaikum, cik Anieyssa. Sibuk ke? Boleh ganggu?" Soal satu suara.

"Wa'alaikumsalam. Tak sibuk mana pun. Boleh aje kalau nak ganggu." Anieyssa berpaling. Alangkah terkejutnya Anieyssa apabila melihat wajah itu.

"Awak!! Ma.. macam mana a..awak bo..boleh ada kat si..sini?!" Anieyssa gagap bersuara.

Zaquan tergelak. Anieyssa mengerutkan dahi. Pelik. Kenapa mamat ni gelak pulak. Mana ada dia buat salah. Gila gamaknya.

"Cik Anieyssa. Ni kedai buku. Semua orang boleh masuk. Tak ada halangan pulak tu. Lagipun, kenapa awak gelabah sangat ni. Sampai jatuh semua buku dari tangan awak. Awak takut saya ajak awak keluar makan lagi ke?" Zaquan bertanya lagi. Sekadar untuk mengusik gadis itu. Hatinya rindu untuk menatap wajah gadis kesayangan yang blushing itu.

Anieyssa bertambah gelabah. Sekejap garu kepala, sekejap genggam jemari, sekejap genggam baju. Tapak tangannya sudah berpeluh. Walaupun dia berada dalam kedai yang ber'aircond' namun tetap juga berpeluh.

'Nak angguk ke tidak. Memang aku takut dia ajak aku keluar lagi. Aku tak nak!!' Hati Anieyssa meraung hiba.

Zaquan mengangkat keningnya. Memohon jawapan dari Anieyssa. Okey la. Kali ni dia mengalah.

"Baikla cik Anieyssa. Sejujurnya saya kata, memang saya nak ajak awak lunch. Tapi bertiga. Saya perasan awak gelisah kalau kita keluar berdua aje. Pukul 1 nanti saya jemput, okey?" Zaquan menyoal Anieyssa sambil bibirnya tersenyum. Entah apa erti senyuman itu, dia pun tak pasti. Yang dia pasti, senyuman itu telah dapat memcairkan hati Anieyssa.

Tanpa dia sedar, Anieyssa memgangguk perlahan. Walaupun perlahan, sudah cukup untuk menggembirakan hati Zaquan.

"Okey! See you later. Got to go now. Bye!" Nada suara Zaquan kedengaran riang sekali. Sementara itu, Anieyssa masih belum menyedari kelakuannya tadi.

Anieyssa tergamam. Dia pandang wajah Fara yang melopong sambil matanya bulat memandang Anieyssa.
Anieyssa mengangkat keningnya.

"Macam mana kau boleh angguk bila Zaquan ajak kau? Bukan ke kau tak suka dengan si Zaquan tu ke? Ke bunga-bunga cinta sudah mula berputik..." haa..sudah. Fara sudah mula menunjukkan sikap kuat mengusiknya. Kalau Fara mengusik memang senyap terus Anieyssa dibuatnya.

"Kalau aku asyik layan kau, memang tak siap kerja aku! Dah la. Aku chow lu!"

"Wokeh!" Fara menjawab.

...

Tepat pukul 1 tengah hari, Zaquan sudah terpacak di hadapan kedai buku tempat Anieyssa bekerja.

Anieyssa yang sedang menyusun buku terkejut memandang susuk tubuh Zaquan yang sedang memeluk tubuh sambil bersandar pada kaunter kedai kelihatan. Sungguh macho pada pandangan Anieyssa.

"Kau ni asyik pandang aje. Pergi la kat dia tu. Dari tadi dia tunggu kau." Sergah Fara.

Anieyssa tersentak.

"Kau ni.. terkejut aku. Kalau ye pun, bagi la salam dulu. Isy! Malas la aku nak pergi. Segan aku. Jom la ikut sekali. Aku tak biasa la pergi sorang-sorang." Anieyssa mula merayu.

Fara mencebik. Malas hendak melayan Anieyssa sambil kakinya melangkah ke tempat Zaquan berdiri.

"Eh, Fara! Mana Anieyssa? Tadi kan dah janji nak lunch sama!" Soal Zaquan.

"Anieyssa ada kat belakang tu. Malas nak keluar katanya. Kau pergilah pujuk." Jawab Fara sambil mulutnya memuncung ke tempat Anieyssa.

Zaquan melangkah dengan perlahan. Dia yakin yang Anieyssa masih tidak perasan akan kehadirannya di situ.

Anieyssa sedang ralit menyusun buku-buku yang baru tiba. Bukan banyak pun sebenarnya. Tapi dia saja menyibukkan dirinya supaya dia mempunyai alasan yang kukuh untuk mengelak dari keluar bersama Zaquan.

"Tak payah la nak buat-buat sibuk. Pukul 1 ni. Takkan tak rasa lapar?" Zaquan pura-pura bertanya.

Anieyssa membatukan diri. Masih cuba untuk meneruskan lakonan tak jadinya untuk berpura-pura tidak perasan akan kehadiran Zaquan. Padahal hatinya sudah berdebar sakan apabila wangian Zaquan menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"Hmm..tak apalah. Awak nak diet. Fara jom keluar makan sama? Boring la makan sorang-sorang!" Zaquan menggunakan Fara sebagai umpan untuk mengenakan Anieyssa. Zaquan tahu Anieyssa tak akan berani untuk duduk sorang-sorang dalam kedai tu.

Anieyssa tercengang. Takkan Fara nak ikut Zaquan pulak kan? Tiba-tiba Fara menjawab.

"Jomlah!"

Walaupun sepatah perkataan yang dikeluarkan dari mulut Fara sudah cukup untuk menyentap perasaan Anieyssa. Dia terkulat-kulat di situ sambil matanya memerhati Fara dan Zaquan yang berjalan tanpa menoleh ke arahnya lagi.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now