BAB 13

224 3 0
                                    

Hubungan Zaquan dan Anieyssa makin rapat dari hari ke hari. Anieyssa sudah mengenali ibu Zaquan dengan lebih rapat. Rupanya ibu Zaquan ni beserdahana orangnya. Ramah pulak tu. Riak wajahnya yang tenang membuatkan sesiapa sahaja gembira berkawan dengannya.

Mama Anieyssa pun dah datang minggu lepas. Zaquan pun dah jumpa dengan mama Anieyssa. Mereka kelihatan begitu rapat. Gelak ketawa mereka mampu membuatkan jiran sebelah rumah tak mampu melelapkan matanya menandakan betapa gamatnya suasana rumah Fara waktu itu.

Oh ya! Anieyssa dan Zaquan ni memang officially dah jadi loving couple sekarang. Kemana-mana pun asyik berdua aje. Pasangan suami isteri pun jealous tau!

"Anieyssa! Saya jemput awak pukul 9 pagi esok ye! Don't be late!" Zaquan mengingatkan Anieyssa akan perkara penting itu.

"Awak ni memang la. Kalau tak usik saya untuk satu hari memang tak sah kan? Okey la! Sebenarnya siapa yang selalu lambat? Siapa yang selalu menunggu? Awak jangan nak cakap saya pulak." Anieyssa membalas.

"Isy! Ye la. Saya mengaku saya yang selalu lambat. Saya yang selalu kelam-kabut. Tapi tak apa, lepas kita kahwin nanti awak akan selalu kejutkan saya untuk bangun awal. So, tak ada la saya kelam-kabut lagi." Zaquan menyengih.

"Ye la. Saya naik dulu. Nak hujan ni. Gelap aje langit tu. Awak hati-hati tau. Jangan drive laju sangat. Good night!" Anieyssa berpamit dengan Zaquan.

"Okey, sayang. Sweet dream. Dream of me okay? Good night too!" Zaquan membalas pamitan Anieyssa lalu keretanya meluncur laju membelah kesibukan kota Kuala Lumpur.

...

Anieyssa mengelap peluh di dahi. 'Isy! Lambat betul la mamat ni. Semalam dah janji. Tapi mungkir jugak. Hisy! Ni bila dia nak sampai ni!' Anieyssa membebel dalam hati.

Sambil hatinya membebel kepada Zaquan, tetiba sebuah kereta Audi putih berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar rumah Fara.

Dengan hati yang memdongkol geram kepada Zaquan dia melangkah dengan penuh rasa geram di hati. Kakinya dihentak-hentak menunjukkan bahawa dia sedang marah.

Zaquan yang menyedari kesalahannya membuka pintu sebelah pemandu untuk Anieyssa duduk. Anieyssa menghenyakkan punggungnya di atas kerusi lembut itu sambil mulutnya terkumat-kamit membebel. Zaquan pula sudah panas punggung untuk berhadapan dengan Anieyssa. Semenjak dia bertunang dengan Anieyssa, inilah kali pertama dia sebegini lewat. Semalam janji nak ambil pukul 9. Tapi sekarang dah hampir pukul 11! Siapa tak marah. Kalau saya pun saya marah.

"Anieyssa, saya minta maaf. Saya betul-betul tak sedar yang saya dah lewat. May you forgive me?" Zaquan memandang wajah tegang Anieyssa. Dia begitu bersalah. Kesal.

Anieyssa memalingkan wajahnya ke arah lain. Malas nak tengok muka Zaquan tu. Buat mood hilang aje.

"Drive la cepat. Nanti tutup pulak tempat tu!" Suara Anieyssa kedengaran tegas dan marah. Memang salahnya pun.

Zaquan memandu keretanya sambil kepalanya memikirkan cara untuk memujuk Anieyssa.

...

"Awak! Cantik tak?" Soal Anieyssa sambil memusingkan tubuhnya yang sedang memakai baju pengantin warna ungu berlabuci putih dan bersulam di bahagian pinggang ke bawah untuk ditunjukkan di hadapan Zaquan.

Zaquan terkesima. Masakan cepat sangat rajuknya hilang. Tapi tak apa. Layankan saja. Haha...

"Awak!" Anieyssa memanggil geram. Dia soal boleh pulak Zaquan ni termenung.

"Ye, saya dengar la awak. Awak cantik sangat. Tapi awak asyik try baju tu aje dari tadi. Baju lain tak ada ke? Tahu la awak suka baju tu. Tapi baju lain pun awak kena pakai juga." Tegur Zaquan. Masuk kali ni dah tiga kali Anieyssa asyik peraga baju yag sama dihadapannya. Mana tak bosan.

Anieyssa menjeling geram. Dia masuk semula ke bilik persalinan sambil menukar baju yang lain pula. Dia mencapai baju warna hijau pucuk pisang di bahagian atas ke pinggang dan digabungkan dengan warna hijau emerald dari pinggang ke bawah. Nampak lain jer... Dia melangkah keluar dari bilik persalinan dengan perasaan yang gembira. Mana tidaknya, baju ni kan pilihan Zaquan. Mesti dia suka.

"Awak, cantik tak!" Soal Anieyssa tanpa memandang ke depan. Apabila matanya memerhati kelibat Zaquan, dia tergamam. Rose sedang menangis sambil memegang erat lengan Zaquan. Zaquan pula sedang memujuk. Ah! Macam pasangan kekasih selalu buat kalau pasangan menangis tu. Menyampah tengok!

Anieyssa masuk semula ke dalam bilik persalinan dengan hati yang menggelegak panas.

Zaquan yang perasan akan air muka Anieyssa yang sudah berubah itu segera melepaskan tangannya dari genggaman Rose. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati sejak Rose muncul dalam hidupnya.

Zaquan ingin menjelaskan perkara sebenar namun Anieyssa lebih cepat menghempas pintu dan menguncinya sekaligus.

Zaquan terpana. Ini semua salah Rose! Kenapa kau datang sini?! Anieyssa baru sahaja berbaik dengannya, dan sekarang telah merajuk balik. Huhh!! Dasar perempuan tak tahu malu. Bukan dia tak tahu yang Rose ingin mendapatkannya semenjak belajar dahulu. Dan sekarang sikapnya masih tak berubah. Dia menarik tangan Rose supaya keluar dari butik pengantin itu.

"Izz, jangan buat I macam ni! I cuma sayangkan you aje. Takkan you tak boleh nampak!" Rayu Rose. Tapi jangan ingat Zaquan mudah terpujuk.

"I dah nak kahwin! You boleh berambus dari hidup I sekarang! I nak hidup bahagia dengan gadis pilihan I! Sekarang you keluar!" Jerit Zaquan betul-betul di telinga Rose supaya wanita itu sedar akan realiti sekarang.

"You tengok la, Izz. Suatu hari nanti I akan buat hidup you sengsara sama macam I terima sekarang! You just tunggu waktu tu, Izz!! Tunggu!!!" Tempik Rose sekuat hatinya. Orang lain yang lalu lalang di hadapan butik itu hanya tergeleng-geleng melihat drama free itu.
Dengan perasaan yang membengkak dia mengatur langkah keluar dari kawasan butik itu.

Zaquan hanya menghembus nafas berat apabila dirinya bertembung dengan Rose. Dia menggeleng-geleng kepala bagi menghilangkan perkara yang berkaitan dengan Rose buat masa ini. Zaquan sudah memberitahu perkara sebenar kepada Aunty Sherry aka pemilik butik ini. Aunty Sherry mengangguk kepala tanda dia memahami perkara tersebut. Namun, perkara tersebut memang perkara biasa jika pasangan tersebut mempunyai kekasih lain.
Zaquan berasa lebih lega setelah mendapat kebenaran dari Aunty itu. Dengan kadar yang segera dia menuju ke bilik persalinan di mana Anieyssa merajuk tadi.

"Awak, buka la pintu ni. Awak tak nak balik ke? I'm sorry about just now. It's not my fault. It's Rose's fault. Awak jangan la merajuk lagi. Okey... kita balik. Janji awak keluar dari bilik ni. Please sayang.. I'm begging you.." rayu Zaquan.

Kedengaran kunci dibuka. Anieyssa keluar dengan wajah yang sembab. Mungkin banyak air matanya yang keluar. 'I'm sorry Anieyssa.'

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now