BAB 4

354 5 0
                                    

"ASSALAMU'ALAIKUM!"

Kedengaran suara seseorang memberi salam. Sheila bangun dari duduknya dan berlalu ke pintu utama,iaitu di mana suara seseorang memberi salam tadi.

"Wa'alaikumsalam. Lewat abang balik hari ni? Banyak kerja ye,abang?" Sheila menyoal suaminya penuh kesopanan.

Lelaki itu tersenyum. Dia memandang ke arah tetamu isterinya itu. Sheila seperti memahami apa yang difikirkan suaminya itu, berkata.

"Yang perempuan 2 orang tu kawan Ila masa kat sekolah dulu. Hari ni baru jumpa. Ila cadangkan supaya diorang tidur kat sini. Abang tak kisahkan?" Terus terang Sheila menerangkan dan menyoal sekaligus.

"Hmm... tak apa. Lagipun mesti awak ada banyak perkara yang hendak diborakkan." Pandai betul suami Sheila meneka. Tepat seratus peratus dengan apa yang difikirkan Sheila.

Zaquan yang berada di bilik solat segera turun apabila terdengar suara lelaki yang berbicara.

Melihatkan kelibat seseorang yang berada di tangga membuatkan lelaki tersebut segera mengangkat wajahnya.

"Wan!!" Lelaki tersebut kedengaran teruja. Siapa yang dipanggil lelaki itu. Adakah Zaquan? Hati Sheila,Anieyssa dan Fara berkata serentak. Kawan baik la katakan.....

"Adam!!" Segera Zaquan bergegas turun dari tangga apabila terlihat kelibat manusia yang memanggilnya tadi.

"Lamanya tak jumpa kau. Kau pergi mana selama ni? Kau kahwin pun tak ajak aku.
Sampai hati kau.." Lelaki yang digelar Adam oleh Zaquan tadi membuat suara seolah-olah sedang bersedih.

Zaquan ketawa.

"Eleh... pandai la kau eh! Mana ada aku kahwin. Aku single and available lagi tau.." Zaquan membuat mencebikkan bibirnya.

"Papa.." suara sedih kedengaran. Bukan suara Adam tapi suara seorang kanak-kanak kecil.

Semua memandang ke bawah. Nurin sedang bersedih.

"Ni kenapa sedih ni? Ouh.. papa tahu. Ni mesti sebab papa tak layan Nurin hari ni kan. Selalu kalau papa balik kerja mesti papa sorang je yang kena melayan puteri papa ni.." ujar Adam seperti memahami apa yang bergolak dalam hati puteri tunggalnya itu.

Nurin mengangguk. Air matanya merembes laju membasahi wajah bersihnya. Adam mendukung erat anaknya sambil mulutnya sibuk memujuk sang anak. Sang ibu pula hanya tersenyum melihat kemesraan anak dan suaminya. Anaknya itu mendambakan kasih sayang yang sama rata antara ibu dan papanya. Papanya sibuk bekerja makanya dia hanya melihat wajah ibunya sahaja setiap hari. Nurin jarang-jarang sekali dapat meluangkan masanya dengan papa tercinta.

Anieyssa yang melihat adegan itu mencuit pinggang Fara. Fara yang terkejut segera melatah.

"Oh mak kau terbang tergolek terlentang!"

Mereka yang ada di situ gelak terbahak-bahak. Zaquan pula sampai menekan-nekan perutnya yang senak akibat ketawa terlalu banyak. Nurin yang tadinya berendam air mata pun tergelak juga. Sheila dan Anieyssa sibuk menyapu air mata mereka kerana melihat telatah Fara yang mencuit hati mereka. Fara sudah tidak dapat menahan perasaan malunya. Wajahnya sudah kemerah-merahan menahan malu.

Anieyssa berasa kasihan melihat wajah Fara merah bak udang dibakar. Silapnya juga kerana dia tidak sepatutnya mencuit pinggang Fara walaupun dia tahu yang Fara kuat melatah.

"Err... Sheila? Boleh tak kau ceritakan kat aku macam mana kau boleh kahwin dengan Adam? Aku tahu ini hal peribadi kau tapi kalau kau tak nak ceritakan pun tak apa. Aku faham." Anieyssa pura-pura menyoal sedangkan niatnya hanya untuk mengalihkan perhatian semua orang terhadap latah Fara tadi. Kelihatan Fara tersenyum sedikit. 'Mungkin berterima kasih kot' bisik hati Anieyssa. Anieyssa mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Eh,boleh je! Aku memang nak ceritakan kat kau tapi bila suami aku balik tadi terus lupa." Sheila kedengaran teruja. Memang dia tidak sabar untuk menceritakannya kepada Anieyssa dan Fara kerana merekalah kawan baik sejak zaman sekolah menengah.

"Abang,Ila nak berborak dengan kawan-kawan Ila kat belakang kejap. Abang berbual la dengan Zaquan tu. Nanti Ila suruh Mak Nah hantarkan minuman." Sheila berkata. 'Ouh! Rupanya perempuan tua tadi bernama Mak Nah. Lupa pulak nak tanya nama tadi.'hatinya berbisik lagi.

Sheila,Anieyssa dan Fara berjalan ke ruang tamu di belakang. Tanpa disedari,sepasang mata sedang memerhatikan lenggang lenggok Anieyssa.

"Kau tengok apa?" Adam menyoal.

"Ta...tak ada sesiapa.." suara Zaquan kedengaran gugup.

"Ye ke? Aku musykil la. Aku dapat rasakan kau merenung Anieyssa. Dari tadi lagi aku perasan lirikan mata kau tu." Adam mula mengusik.

Zaquan menggelabah. Adam tergeleng-geleng.

"Macam mana kau tahu?" Soal Zaquan.

"Aku tak nak cakap lebih. Ringkasannya adalah 'kuasa sahabat sejati'." Adam berkata.

"Eleh.. sahabat sejati konon!" Zaquan mencebik. Adam sudah tersengih lebar.

"Kau ni kenapa tersengih macam kerang busuk ni? Mesti ada agenda jahat dalam kepala hotak masuk air kau tu kan?" Zaquan berserkap jarang.

"Nak kata idea jahat tu,tak jugak. Tapi aku ada satu idea untuk memyatukan kau dengan Aniessa."

Ujaran Adam menimbulkan minat dalam hati Zaquan.

"Satukan aku dengan Anieyssa?! Weh,apa dia! Cepatla habaq kat aku! Tak sabar ni!"

"Okey! Kau dengar apa aku nak bisik ni." Zaquan mendekatkan telinganya untuk mendengar apa yang akan dibisikkan oleh Adam itu.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now