BAB 8

254 3 0
                                    

"Anieyssa!" Panggilan seorang lelaki membuatkan Anieyssa berpaling.

"Eh, Zaquan! Buat apa kat sini? Belajar jugak ke?" Soal Anieyssa ramah. Maklumlah, dia dah kenal maka tak perlulah diperkenalkan lagi.

"Saya dah kerja. Hari saya kena ajar budak-budak cara untuk membedah." Terang Zaquan. Penerangan Zaquan membuatkan Anieyssa seram sejuk. Bulu romanya meremang. Anieyssa tidak boleh dengar perkataan bedah atau tengok darah sekalipun. Macam fobia pun ada juga.

"Kenapa diam? Takut ke?" Zaquan mengusik. Perasaannya pada gadis manis di hadapannya ini makin membuak-buak. Melihat gadis ini memakai baju kurung ungu lagi menyerlahkan penampilannya. Memang anggun menawan!

"Err...ye. Memang saya takut bila dengar perkataan darah. Seram sejuk jadinya. Hehe.. walaupun saya fobia dengan darah tapi saya tetap ambil course kejururawatan. Saja je. Mana tahu boleh hilang fobia saya ni. Hehe..." Anieyssa berasa aneh dengan perasaan apabila dia berasa selesa untuk meluahkan perasaannya kepada lelaki yang belum dikenali secara rapat ini.

Zaquan tersenyum. Dua senyuman sebenarnya. Satu senyuman di bibir apabila mendengar tawa Anieyssa tadi. Satu lagi senyuman dalam hati kerana hatinya berbunga riang melihat Anieyssa berbicara seramah ini dengannya. Sebelum ini mana pernah Anieyssa berbicara seramah ini. Hanya kedengaran suara sumbang Cik Fara sahaja. Sebut pasal Fara..

"Fara mana? Biasanya awak berdua selalu berkepit aje tak kira kat mana pun? Hari ni macam lain aje. Tu yang saya tanya." Zaquan menyoal.

"Fara ada discussion dengan geng kitorang yang lain. Sebab tu saya jalan sorang aje.." Anieyssa menjelaskan kenyataan sebenar.

"Oh! Kalau macam tu nak pergi makan sama-sama tak? Awak tak ada kelas kan sekarang?" Zaquan bertanya dengan sopan.

"Tak! Saya free hari ni. Hari ni ada satu kelas aje."

"Kalau macam tu saya nak ajak awak keluar makan kat restoran kawan saya. Jom!" Zaquan mengajak.

"Err.. jap. Saya nak call Fara jap. Takut nanti dia tercari-cari pulak."

Zaquan mengangkat jarinya👌tanda okey. Anieyssa mencari nombor Fara dalam contact listnya.

"Assalamualaikum Fara."

"Wa'alaikumsalam Yana! Ada apa tiba-tiba call aku ni?"

"Aku nak beritahu kau ni. Zaquan ajak aku lunch kat restoran kawan dia. Aku cakap ni takut kau tercari-cari aku pulak nanti."

"Oh! Ok la. Aku tak nak la ganggu kau dating. Aku pergi dulu. Assalamualaikum!" Fara segera menamatkan panggilannya sebelum dia dimarahi Anieyssa.

"Aku t... Wa'alaikumsalam" Anieyssa belum sempat menghabiskan ayatnya.
Anieyssa menyimpan telefonnya ke dalam handbag coklat yang tersangkut di bahunya.

Anieyssa berjalan ke arah Zaquan yang setia menantinya di tepi kereta Audi miliknya.

"So? Jadi tak?" Zaquan menyoal. Dalam hatinya dia berdoa agar Anieyssa setuju untuk makan tengah hari bersamanya.

Anieyssa mengangguk. Zaquan tersenyum senang. Dia membukakan pintu sebelah pemandu kepada Anieyssa.

"Jemput masuk tuan puteri!" Zaquan mengusik Anieyssa.

"Terima kasih wahai tuan putera." Anieyssa membalas dengan senyuman.

Zaquan tergelak. Tidak dia sangka bahawa Anieyssa akan membalas gurauannya. Green light sudah bernyala. Jadi dia harus cari cara untuk memikat hati Anieyssa. Perasaan kurang senang dihatinya dibuang jauh-jauh. Yang penting hati Anieyssa mesti dicapai.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now