BAB 7

258 3 0
                                    

Sambil mengemas biliknya, telefon jenis Samsung A8 berdering. Dengan pantas Anieyssa menjawab panggilan setelah melihat nama pemanggil.

"Assalamualaikum mama!" Anieyssa memberi salam dengan sopan kepada mamanya di kampung.

"Wa'laikumsalam Yana... Yana okey dok situ? Mama bimbang ke Yana. Doh la Yana duk sorang situ. Yana duduk rumoh sape? Yana kenal ke? Dia baik dok dengan Yana?" Puan Syuhada menyoal bertubi-tubi.

"Mama ni.. Yana okey je duk sini. Mama dok payoh bimbang sangat lah. Yana duduk rumoh kawan baik Yana. Nama dia Fara. Bila-bila Yana wak balik la jupe mama. Mok ayoh dia baik sangat. Dia layan Yana macam mama layan Yana. Yana dok rase sunyi pun duk sini. Haritu Yana telipom ke mama tapi mama dok jawab. Mama okey ke? Yana rindu ke mama. Tapi Yana dok buleh balik lagi.. Yana kerja." Panjang lebar Anieyssa melepaskan rindu kepada mamanya. Cuba bayangkan, empat bulan sejak Anieyssa tinggalkan kampung kerana pekerjaan yang dipohonnya, sudah puas dia menelefon mamanya di kampung. Hanya voicemail je yang masuk. Whatsapp pun tak masuk. Mana tak rindu.. ye dok?

"Mama okey je duk sini. Ni mama nok kabo ni. Minggu depan mama nok gi KL. Mama rindu sangat ke Yana. Nok jupe muka dengan Yana ni." Puan Syuhada memberitahu Anieyssa.

"Betul ke mama?!" Anieyssa terjerit kerana terlalu teruja. Tidak sabar untuk menunggu minggu depan. Eh?? Tapi...

"Bakpe mama dok mari minggu ni je?" Anieyssa menyoal.

"Kalu buleh memang mama nok mari minggu ni. Tapi aboh Yana tu la.. Banyok keje minggu ni. Banyok tempohan.." Puan Syuhada menerangkan.

"Oh!! Mama.. Yana tunggu minggu depan eh.. Rindu mama sangat-sangat doh ni!" Anieyssa masih teruja.

"Rindu-rindu jugok. Jaga diri molek. Mama nok letok telipom dulu Yana neh? Nok masok pulok. Jap gi aboh balik. Lambat pulok siap.." Puan Syuhada meminta diri.

"Olohh mama ni. Baru nok cakap lame siket. Nok letok doh eh. Mama nok mari minggu depan mama masok tomyam neh? Rindu tomyam mama.." Anieyssa mula meminta-minta. Isy..isy..isy

"Hmm ye la. Assalamualaikum!" Puan Syuhada memberi salam.

"Wa'alaikumsalam!" Jawab Anieyssa. Tanpa dia sedari ada sepasang mata ralit memerhati gelagatnya apabila dia bercakap dengan mamanya tadi.

...

Pada hari itu, Anieyssa kelihatan riang sekali. Dia tercari-cari kelibat Fara. Di dapur,tak ada. Di ruang tamu pun tak ada. Akhirnya dia bertanya kepada Umi yamg sedang menyiram pokok-pokok bunganya.

"Umi, Fara mana? Yana cari tak jumpa pun!" Anieyssa menyoal.

Umi berpaling. Dia aneh dengan Yana pada hari ini. Riang je. Wajahnya berseri-seri.'Mesti ada apa-apa ni!' Bisik hati Umi.

"Fara ke pasar kejap. Ada apa Yana? Riang aje muka tu?" Umi bertanya. Mana tahu Anieyssa ingin menjawab.

"Umi! Minggu depan mama Yana nak datang tau. Yana dah lama tak jumpa dia. Rindu betul pada dia." Tanpa dia sedar dia terlebih teruja di hadapan Umi.
Umi tersenyum.

"Oohh! Patut la. Pagi ke petang?" Ceria pula Umi kali ni.
Anieyssa tergamam. Erkk!! Lupa nak tanya!

"Err... heheh.. Lupa nak tanya. Kenapa Umi?"

"Tak ada apa-apa. Kalau Umi tahu bila mama Yana nak datang, boleh mama menyiapkan apa yang patut. Masak ke apa ke" Umi menjelaskan. Anieyssa mengangguk tanda faham.

"Umi, Yana naik dulu. Nak sambung kemas bilik." Anieyssa meminta diri.

...

Pagi ini Anieyssa bangun lebih awal daripada kebiasaannya kerana hari ini dia akan mula belajar setelah cuti semnya tamat semalam.

Selesai mandi, dia mencapai baju kurung hitam bercorak polca dot ungu dan tudung bawal satin berwarna ungu untuk digosok. Anieyssa sentiasa memastikan penampilannya sentiasa kemas dan bersih setiap hari.

Selesai memakai pakaiannya dan menyolek wajahnya dengan tipis, di melangkah ke dapur. Aroma nasi goreng campur terbau-bau di hidung mancungnya. Hehe..perasan pulak kitew ni!

Di dapur dia terperasan kelibat uminya sedang memasak. Kelam kabut dibuatnya. Sekejap terkejar nak goreng nasi, sekejap terkejar nak rebus air. Umi tak suka guna cerek elektrik sebab nanti ada rasa besi. Padahal tak ada pun. Umi ni entah dari ceruk mana entah dia kata ada rasa besi. Isy!

"Umi nak Yana tolong apa-apa ke?" Anieyssa bertanya.

"Tak payah lah Yana. Nak siap dah pun. Lagipun kalau Yana tolong Umi masak nanti baju Yana ada bau nasi goreng pulak. Umi ni tak apa sebab umi duduk kat rumah aje." Umi berdalih.

Anieyssa mengalah. Apa boleh buat. Kalau 'a' kata uminya maka 'a'lah. Jagan diubah. Kalau ubah jugak alamatnya merajuk la.. Anieyssa dah pernah kena. Seminggu tak bertegur dengannya. Cuak perasaan.

HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now