BAB 9

247 4 0
                                    

"Esok aku nak pastikan yang Anieyssa akan berhenti ganggu buah hati pengarang jantung aku. Aku tak nak kongsi dia. Dia hanya milik aku!" Rose memasang tekad.

"Sabarlah Rose. Kau ni kalau ye pun nak marah jangan la marah depan aku. Kecut perut aku tau tak? Pasal Anieyssa tu esok-esok kau pikirkan la balik. Kau ni nak marah sangat sampai lupa yang esok tak ada kelas." Sya menegur sikap Rose yang agak beremosi.

"Kau tak payah nak berceramah kat aku la. Aku tengah tension kau boleh pulak berceramah. Taik telinga aku nak cair dengar orang membebel. Serabut tau tak! Serabut!!" Rose tiba-tiba memjerit bagai orang gila.

Sya menggosok perlahan bahu Rose supaya dia bertenang. Rose mendengar arahan Sya agar dia menarik nafas, hembus nafas supaya dia lebih tenang.

Sya mengajak Rose agar tidur awal. Bosan dia mendengar omelan Rose yang sibuk memarahi Anieyssa yang tidak tahu apa-apa itu.
Dia tahu yang Anieyssa sebenarnya hanya berkawan dengan Zaquan. Dia sendiri yang terdengar perbualan antara Zaquan dan Anieyssa siang tadi. 'TER' okey? Bukan sengaja.

...

Bunyi jam loceng yang memekak di atas meja lampu di sebelah katil di ambil kasar oleh Anieyssa. Oh! Dah pagi rupanya. Ingat masih pukul 5 tadi. Sebab biasanya Anieyssa akan meng'set'kan jam locengnya pada pukul 5 supaya dia tidak terlepas solat Subuh. Dengan malas dia mencapai tuala mandi berwarna purple lalu masuk ke bilik mandi.

Hampir setengah jam jugak la dia ni mandi. Keluar je dari bilik mandi, dia mengerutkan dahi. 'Mana Fara ni? Takkan dah bangun kot?' Hatinya berteka-teki sendirian tanpa ada makhluk lain yang menjawabnya. Dia mengangkat bahu tanda tidak mahu ambil tahu lalu mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna merah tua dengan seluar trek.

Semasa dia hendak mengenakan tudung di kepalanya, dia terperasan satu nota kecil pada pintu biliknya.

Aku dengan family aku pergi masjid jap. Ada kuliah Dhuha. Mama dah siapkan karipap daging kat atas meja dapur. Dalam pukul 11 nanti aku balik. Okey? Jangan nakal-nakal tau? Okey la.. Bye!

Anieyssa membuat mulut 'O' setelah membaca nota tersebut. Anieyssa sedang memikirkan sama ada dia harus pakai tudung atau tak untuk turun. Bukan ada orang pun. Hmm.. tak payah pakai la. Anieyssa turun dari biliknya dengan free hair.

...

...

Anieyssa berjalan dengan lenggang-lenggok yang sengaja dibuat supaya kelihatan gedik. Alah.. bukan ada orang pun dalam rumah ni. Semua pergi masjid sebab ada kuliah Dhuha. Habis Anieyssa?? Kenapa tak pergi sekali?? Hehe.. Anieyssa masih lagi mengibarkan bendera merahnya. Berdosa tau masuk masjid kalau tengah mengibarkan bendera..(bagi orang perempuan aje la).

Okey balik pada cerita asal.. Anieyssa mencapai mug lalu menuangkan jus oren yang memang disediakan dalam peti ais dan dihidangkan bersama kuih karipap daging. Anieyssa membawa makanan tersebut ke arah sofa di ruang tamu. Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa lembut itu. Dia mencapai remote lalu menekan siaran kegemarannya, Pengu!! Dah lama tak tengok cerita ni. Masa kecik-kecik dulu pernah la jugak dia tengok. Sebab tu sekarang dia excited nak tengok.

Sedang dia bergelak ketawa seorang diri macam orang gila sebab tengok cerita lawak tu, dia terdengar bunyi kereta dari arah luar rumah. Bunyi macam kereta Zaquan. Tapi bukan ke dia kerja hari ni? Anieyssa berhenti mengunyah karipap dan berlari naik ke atas untuk mengambil tudung dalam biliknya.

Sedang dia berkira-kira untuk turun, dia dikejutkan dengan kemunculan Rose dan Sya. 'Diorang buat apa kat sini?' Hati Anieyssa berbisik risau. Diorang ni bukan boleh percaya sangat. Kalau datang perangai meroyan diorang tu tak ada siapa boleh halang.

"Assalamualaikum!" Rose memberi salam.

"Wa'alaikumsalam!" Anieyssa menjawab salam sambil berpura-pura membaiki tudung.

Rose kelihatan terkejut dengan kehadiran Anieyssa dalam rumah ini.

"Ni bukan rumah Izz ke?" Rose bertanya. Kalau tak silap , dia pernah nampak Izz dalam rumah ni dengan seorang mak cik yang sebaya dengan umur ibunya. Fikirnya ini rumah Izz. Sebab itu dia datang.

"Izz? Izz mana? Saya tak kenal pun sesiapa yang bernama Izz." Ujar Anieyssa.

"Muhammad Izz Zaquan. Takkan kau tak kenal?" Soalan Rose kedengaran kasar pada pendengaran Anieyssa kerana dia menggunakan bahasa 'aku kau'. Lain la Anieyssa. Dia lebih sopan. Guna bahasa 'saya awak' aje.

"Ouh! Zaquan rupanya. Tak! Ni bukan rumah Zaquan. Ni rumah saya dan Fara. Kenapa?" Dengan sopan dia bertanya.

"Rumah kau dengan Fara?! Habis hari tu aku nampak Zaquan ada datang sini. Dengan aunty awet muda tu." Rose cuba menerangkan.

"Lagi satu, kau dengan Fara bukan adik beradik. So, macam mana kau boleh duduk sekali?" Rose menyambung soalannya.

"Rose.. memang Zaquan ada datang sini. Tapi dia datang sebab nak sambut hari lahir saya aje. Lagipun kitorang kawan, saya ada la jugak ajak Zaquan datang sini untuk ajar apa yang kitorang tak faham. Lagipun, walaupun saya dan Fara bukan adik beradik, takkan sebagai kawan pun kitorang tak boleh duduk bersama? Bukan berdosa pun, kan?" Terdiam Rose mendengar ujaran Anieyssa. Tangannya sibuk mencuit lengan Sya untuk mengajaknya pulang.

"Kenapa Rose? Dah nak balik ke?" Anieyssa pura-pura bertanya sedangkan dia sudah nampak tangan Rose asyik mencuit lengan Sya.

"Ha..a! Kitorang dah nak balik. Sebab ada kerja yang kena disiapkan segera. Aku balik dulu. Assalamualaikum!" Dengan gagap Rose meminta diri. Entah apa la masalah minah tu.

"Wa'alaikumsalam!" Anieyssa menjawab salam Rose tadi. Dengan kepala yang masih berbalut tudung dia melangkah ke hadapan televisyen untuk menyambung tontonannya yang terganggu tadi.


HADIRNYA CINTA (Complete)Where stories live. Discover now