1

16.9K 126 1
                                    


"Bang, kereta abang dah siap cuci dah ni", Seri mengelap peluh didahi. Lelaki gempal yang berdiri dihadapannya hanya mengangguk tanpa memandang. Seri berlalu pergi, ada banyak lagi kereta yang mahu dicuci.

"Woi budak! Mari sini kau!", panggil lelaki gempal itu tiba-tiba.

"Kenapa bang?, ada yang tak bersih lagi ke?"

"Bangsat, kau buta ke hapa? Kau taknampak calar panjang ni? Kau cuci ke tak ni? Ke kau main simbah air je bodoh? Aku bayar mahal servis macam anjing!", tengking lelaki gempal kepada Seri. Seri memandang calar yang ditunjukkan oleh lelaki gempal tersebut.

"Bang ni calar dalam sangat bang, mana boleh cuci kasi licin. Ni kena pi bengkel la bang, sini carwash bang, bengkel ada kat sebelah ni ha", arah Seri. Jarinya menunjuk ke arah bengkel terletak betul-betul di sebelah carwash tempat kerjanya.

"Kau nak mengajar aku pulak ke setan! Selama ni calar dalam mana pun aku hantar kedai dia kasi cuci macam baru, takdek calar ke apa, kau tu buat kerja macam taik. Dah aku takmau bayar. Servis macam anjing dengan kau sekali macam anjing. Sundal"

Seri tertunduk menahan geram. Penumbuknya dikepal erat. Dia cuba menahan sabar. Span kuning ditangannya digenggam kuat sehingga keluar segala buih.

"Bodoh, ni last aku cuci kereta kat sini! Anak sundal", marah lelaki itu lagi sebelum dia menutup pintu keretanya. Hatinya berbunga girang, taktiknya untuk mencuci kereta percuma menjadi lagi. Kereta sudah bersih, free lagi. Siapa tak happy. Lamunannya terhenti apabila pintu keretanya ditahan dengan kaki. Dia memandang empunya kaki. Seri mengangkat kening sambil tersenyum kepadanya.

"Kau nak apa lagi sundal?!", tengking lelaki gempal itu. Seri tersenyum lebar. Span ditangan kini sarat dengan air.

"Aku nak cuci mulut kau la babi gemuk. Kau punya mulut lagi kotor dari kereta potong kau ni", kata Seri sambil tersenyum sebelum span tadi disental ke muka lelaki gempal. Meronta-ronta lelaki gempal itu menahan sakit dan lemas. Seri menyumbatkan span itu kedalam mulut lelaki gempal bermulut cilaka itu sebelum menghentak kelangkang lelaki itu.

"Aku harap lepasni mulut kau dah tak busuk lagi sebab aku dah cuci dengan sabun terbaik kat kedai ni"

"Oh satu lagi,aku hentak telur kau sebab aku harap kau mandul. Jadi takdelah generasi babi gemuk mulut busuk yang suka kelepet orang. Dan oh ya, aku halalkan servis cuci kereta potong dan servis mulut kau tadi. Jangan sesekali datang sini lagi kalau kau taknak aku hentak telur kau lagi. Hiks. Bye"

Seri bersiul girang sambil berlalu pergi ke kaunter.

"Meng, kereta BMW tu dia tak bayar, dia orang susah. Kau potong dari gaji aku la ye Meng"

Meng mengangkat kening.

"Olang susah bawak kerete BM ka? Olang susah bawak kerete solong maa", Meng menjawab. Seri hanya tersenyum.

"Potong jela"

"Ya la ya laa", kata Meng. Mata mereka berdua tertumpu pada kereta BMW milik lelaki gempal itu. Lelaki gempal itu memandang Seri dari dalam kereta. Seri membuat isyarat menarik tangan di leher kemudian membuat isyarat pergi kepada lelaki gempal itu. Dengan laju lelaki gempal itu pergi. Meng memandang Seri. Seri hanya mengangkat kening sebelum menyambung kerjanya.

"Eri, Eri. Masuk bulan ini sudah enam olang cuci keleta kat sini lu belasah. Nasib bos tiada, kalau tak matilanak", gumam Meng sendiri. Dia mengeleng kepala sebelum menyambung kerjanya. Tiba-tiba, telefon pejabat di carwash itu berbunyi.

"Hallo, AADC Carwash disini, siapa disana", Meng menjawab.

"Nurul Seri Binti Mat Kasam, ni ada telefon untuk lu"

--

SISIWhere stories live. Discover now