"Jauh fly ?"Lamunan Seri tersentak. Seri yang sedang berbaring segera bangun dan membetulkan posisi duduknya sambil memandang Meng dihadapannya.
"Sedapnya lu baring, mentang-mentang takda customer hari ni ye", kata Meng. Seri hanya tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Sorry Meng, tak cukup tido la. Semalam aku kemas barang. Malam nanti aku nak gerak dah", kata Seri. Meng hanya mengganguk kepala. Dia sudah sedia maklum bahawa Seri akan berhijrah jauh selepas ini.
"Lu dah cadang pergi mana?"
Seri memandang Meng. Soalan Meng tidak dijawabnya lagi. Seri mengangkat kening.
"Aku cadang nak pergi Syurga !", kata Seri. Meng hanya ketawa tanpa memberikan apa-apa kata. Meng menggeleng kepala. Seri hanya memandang Meng sepi. Dia agak kecil hati melihat respon bosnya itu. Tapi dia sedar, anak haram, anak jalanan, anak derhaka seperti dia tidak mungkin akan ke syurga. Sedangkan dengan ibunya pun dia tidak semoat mintak maaf. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, entah mahu ditelan bumi atau tidak. Dia tidak layak. Respon Meng benar. Dia memang tidak layak. Seri tertunduk. Meng memandang Seri yang telah berubah wajah, dia sedar dia telah mengecilkan hati pekerjanya itu. Walaupun luaran Seri seperti lelaki, tetapi Seri tetap memiliki hati seorang perempuan. Kuat sentap. Meng mendekati Seri, kepala Seri diusap perlahan.
"Gua selalu doakan yang terbaik untuk lu", kata Meng. Wajah suram Seri bertukar cerah. Dia tersenyum lebar lalu menolak tangan Meng dari kepalanya.
"Eleh macam doa kaki tengok porn macam kau tu makbul", kata Seri. Lidahnya dijuih. Meng hanya mencarut dalam bahasanya, malas mahu bergaduh dengan setan itu. Meng menyeluk poket seluarnya. Sehelai not berwarna ungu dihulurkan kepada Seri.
"Duit raya ke?", soal Seri.
"Kepala bana kamu, ambik duit ni, pergi beli tongkat ali"
"Uih, beli air ke akar tongkat ali ni sampai seratus", Seri mengangkat duit seratus.
"Banyak bunyik la lu. Pegi beli, gua pecat lu nanti" , kata Meng.
"Okayy, balance? Keep the change ye !", kata Seri sambil menghidupkan motornya. Meng menghulurkan helmet.
"Takpayahlah jadi jpj sangat, aku gi kedai depan tu je, bukannya nak pergi Zibabwe sampai nak helmet. Dah gerak dulu", Seri meluncur laju meninggalkan Meng yang memeluk helmet. Meng menggeleng kepala melihat cara pemanduan Seri yang macam setan. Tiba-tiba Meng menjerit kuat.
"TONGKAT ALI KERAS KAW KAW PUNYA TAU!!!"
Seri yang sedang menunggang motor menoleh kebelakang apabila mendengar suara Meng. Tangannya diangkat membentuk isyarat OK.
" SERII PANDANG DEPANNNNN!"
Seri segera memandang depan apabila Meng menjerit. Tak jauh dihadapannya, sebuah lori muatan berat meluncur laju terkeluar dari landasan yang betul. Seri tak mampu mengelak.
SRTTTTTTTTT!
Boooommm!!!
Seri terperosok jauh di bawah lori. Tangannya mengeletar. Kakinya hancur ditelan tayar. Darah Seri bersepah membasahi jalan .Mata Seri terbuka luas memandang Meng. Meng yang melihat dari jauh hanya kaku. Kaget. Dalam fikirannya jauh terdengar suara Seri berkata ;
"Aku cadang nak pergi Syurga"
--
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...