"Menghitung menunggu mati agar kau jumpa yang dinanti semoga pemergian ku ini terbaik untukmu- adoi sakitlah baby"
Syira menunjal kepala Ezad. Ezad hanya tersengih sambil mengusap kepala.
"Yang biy nyanyi mati-mati ni kenapa? Memang nak mati sangat ke? Kalau nak mati menang dulu race kejap lagi. Lepastu biy boleh melingkup dalam neraka", Syira membebel. Rokok ditangannya disedut dalam sebelum dihembus asapnya. Ezad memandang Syira yang asyik menghisap rokok. Tubuh putih gebu Syira yang memakai tube merah dengan skirt pendek atas peha menaikkan nafsu jantannya. Ezad mendekati Syira, tangan besarnya mengusap peha Syira yang terdedah. Mulutnya didekatkan pada leher Syira yang putih, diciumnya dalam-dalam. Syira yang sedar Ezad sudah dalam mod mengawan segera menolak Ezad jauh darinya.
"Apa ni baby, selalunya okay je?", Ezad tidak puas hati. Tangannya digenggam kuat menahan geram. Syira mengangkat tapak tangannya ke arah muka Ezad.
"Talk to my hand", kata Syira. Ezad mengangkat kening. Syira membelakangkan Ezad dan mengeluarkan sebatang lagi rokok. Dihidupkan dan dihisap penuh nikmat. Ezad mendekati Syira dan memeluknya erat dari belakang. Syira mendengus kasar.
"Kalau biy nak talk dengan part lain boleh?", tangan Ezad melangkau sehingga ke pangkal peha Syira. Syira menolak tangan Ezad. Dia menarik leher Ezad dan berbisik.
"Bendera merah!", jerit Syira kuat. Ezad menekup telinganya. Sundal. Ezad membelakangi Syira.
"Kalau dah tau bendera benda buat apa lu menyemak kat sini, baik gua carik bohsia lain!", Ezad berlalu pergi. Syira menjeling Ezad yang telah jauh sambil tersenyum smirk. Rokoknya disedut lagi.
"Woi Syira, mana Ezad?"
Syira memandang empunya suara yang menegur. Seorang lelaki botak yang sedang tersengih kepadanya. Lelaki botak itu turun dari motor dan mencium pipinya.
"Hello Man Dis, lambat datang? Game nak start kan? Budak lain dah ready dah", Syira memeluk bahu Man Dis. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Man Dis.
"Pastikan kau kalahkan Ezad"
Man Dis mengangguk. Tangannya menunjukkan isyarat dua.
"Bak barang, aku nak kasi power sikit"
Syira membuka beg bimbitnya. Tangannya ligat mencari sesuatu sebelum dia menarik keluar dua tiub kecil berisi serbuk putih. Sebuah beg lutsinar berisi pil berwarna merah juga dikeluarkan.
"Ini apa?", soal Man Dis bila barang bertukar tangan. Syira tersenyum. Tapak tangannya diangkat ke muka Man dis.
"Talk to my hand"
Man Dis ketawa besar umpama kerasukan setan. Dia mengangguk. Tiba-tiba seorang perempuan petite menjerit kuat.
"Ezad dah ready, jom game nak start"
--
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...