17.

2.1K 33 0
                                    

"Apeh, hang rasa aku boleh kahwin tak?", soal Seri. Apeh yang sedang leka membuka tayar motor berhenti seketika, kening kanannya diangkat kearah Seri.

"Ish hang ni, aku tanya kan? Hang rasa aku ni boleh kahwin ke?", soal Seri lagi. Seri mendekati Apeh dan menghulurkan telefon bimbitnya kepada Apeh. Apeh mengelap tangannya pada tuala yang dililit dileher sebelum menyambut telefon bimbit Seri.

"Apa ni, video baru Maria Ozawa? Ish aku dah tak minat la dia. Dah tua. Aku layan Nurul je sekarang ni", kata Apeh.

"Cuba hang baca dulu apa aku tunjuk, jangan la bangsat sangat hang ni. Aku peluku satg baru ada akai gamaknya", tengking Seri. Apeh tersenyum sinis. Tangannya menarik slide pada screen telefon bimbit Seri.

Apeh memandang Seri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Apeh memandang Seri. Muka Seri bersinar-sinar seolah dia baru sahaja mencuci muka dengan sabun Sunglight.

"Jadi?", soal Apeh. Seri menarik muka masam. Jawapan macam budak nyanyi kat Tasik Cermin masa dekat Motif Viral.

"Hang ni, baca la. Kahwin, murah rezeki. Bahagia. Nanti dah kahwin, dah bahagia. Ada baby, bestnyaaa", kata Seri. Apeh ketawa besar. Seri yang melihat reaksi Apeh tadi segera mengenggam spanar dan mendekati Apeh.

"Hang gelak apa?", soal Seri. Spanar ditangannya digenggam erat.Mahu saja dilekuk di kepala Apeh supaya Apeh tidak berkelakuan seperti seekor siput babi.

"Eh rileklahh, tapi kan. Kalau nak ada zuriat. Ada baby,hang kena kahwin dengan jantan. Hm ni kau nak kahwin dengan jantan ke betina? Kau kan dua-dua kau sapuu", kata Apeh. Muka Seri merona merah. Spanar ditangannya dia angkat tinggi.

"Babi luuu", pekik Seri malu. Mukanya merah padam dengan soalan Apeh tadi.

"Malu apa bosskuuuu", ketawa Apeh. Mereka berlari-larian seperti beruk disekeliling bengkel motor.

***

Apeh mengelap airmatanya yang masih tersisa dia tubir. Seri yang masih kaku diatas katil membuat hatinya hancur. Seri bukan seperti Seri lagi. Badannya cuma sampai ke peha saja. Muka pun sudah separuh koyak. Menampakkan isi daging.

"Kau kena kuat Seri, kau kan nak kahwin. Aku boleh kahwin dengan kau Seri. Aku janji.", gumam Apeh perlahan.Tangannya memegang erat tangan Seri. Ah Meng yang duduk disebelah Apeh terkejut mendengar confession si Apeh.

"Kau biar betul Apeh?", soal Ah Meng. Ah Meng terbayang bekas-bekas kekasih dan ayam-ayam Apeh. Semuanya gebu dan blonde, ada satu dua saja yang makcik-makcik. Mungkin sugar mammy. Dia tidak tahu pula Apeh mempunya perasaan terhadap Seri yang tidak blonde ini.

"Aku sayang Seri. Hidup dia dari dulu sampai sekarang tak pernah bahagia. Selalu kena macam-macam. Aku tak sampai hati Ah Meng. Dia sabar walaupun ujian bertimpa-timpa. Dia boleh senyum boleh rilek. Aku ni Meng, jahat. Tapi aku tak pernah bersyukur dengan apa aku ada  Aku jahat, biarlah aku yang tanggung semua dia dapat", tangis Apeh. Tak dapat ditahan lagi sebak didadanya. Ah meng mengusap belakang Apeh.

"Allah tak turunkan ujian kalau hamba-Nya tak mampu, Apeh. Seri kuat. Dia lagi kuat dari kita. Kita masih sihat, kita boleh lagi ubah siapa diri kita sekarang", kata Ah Meng. Ah Meng cina tapi dia dah terbiasa berkawan dengan melayu Islam. Walaupun kebanyakannya hanya Islam pada kad pengenalan.

"Haaaaaaa"

Apeh dan Ah Meng serentak memamdang Seri. Seri bernafas kasar, dadanya turun naik laju. Seluruh badannya menggelupur.  Apeh menyuruh Ah Meng memanggil doktor. Seri masih lagi menggelupur. Apeh sebak. Seksanya keadaan Seri sekarang.

"Makkkkkkkkk!", jerit Seri

Apeh tergumam. Seri menjerit lagi. Apeh tak sanggup melihat keadaan Seri. Didekatkan mulutnya ke telinga Seri.

"Seri, ikut aku mengucap ye."

Dua kalimah Syahadah dialunkan perlahan oleh Apeh di telinga Seri. Air mata Apeh mengalir laju. Hatinya meronta, meminta diringankan ujian kepada Seri. Sesungguh hanya Dia mengetahui. Doktor bergegas masuk dengan dua org jururawat.

"Awak tolong keluar dulu" halau Doktor. Apeh melepaskan genggaman tangan Seri. Dia ditolak keluar oleh jururawat. Matanya sedikit pun tidak beralih daripada Seri yang masih menggelupur.

"Terima kasih Apeh"

Apeh terkedu. Memang dia nampak dengan masa kasarnya Seri membuka mata dan berkata sesuatu kepadanya. Tapi dia lihat doktor dan jururawat masih kelam kabut memeriksa Seri.









"Sama-sama Seri"

SISIWhere stories live. Discover now