Seri memulas kepala paip. Dia keluar dari bilik air. Segar selepas seharian berkerja. Terpaksa menghadap perangai pelanggan yang haramjadah. Ditambah dengan karenah dua budak sekolah yang dijumpainya siang tadi."Haihhh", Seri menarik nafas panjang. Sedih. Dia sedih melihat dua budak sekolah itu. Ponteng sekolah, berambut warna warni, merokok lagi. Seri mengantungkan tualanya dikepala katil. Dia berbaring. Dia mengenangkan nasib apa yang akan terjadi pada dua budak sekolah itu nanti. Kesian. Dilahirkan sempurna tapi memilih jalan singkat untuk bahagia. Masa muda disia-siakan untuk bersuka. Seri memegang kepalanya. Sakit dan pedih. Dia menyelak sedikit rambut depannya. Dia memegang satu parut yang masih tebal. Masih sakit walaupun luka parutnya telah bercantum. Sesakit hatinya.
--
"Bodoh! Dasar Sundal! Itu anak siapa? Anak haram mana?"
Seri memeluk lututnya. Dia bersembunyi di bawah katil. Dia takut mendengar suara ayahnya yang memekik-mekik memarahi ibunya.
"Anak kita la bang, anak siapa lagi?"
"Jangan nak bohong aku! Kau ingat aku taktau kau beromen dengan pakwe lama kau? Kau ingat aku bodoh?!",
"Kalau aku nak beromen dengan siapa pun apa kau kisah? Kau pun bukannya betul sangat. Dua tahun kau hilang, lepastu bila kau balik kau nak memekak tanya itu anak siapa? Kau pun pergi beromen dengan janda tingkat bawah tu kan? Kau ingat aku taktau?"
"DASAR ANAK SUNDAL", satu bunyi kuat kedengaran. Suara ibunya menangis kuat sambil menjerit-jerit. Seri takut tapi dia mahu selamatkan ibunya dari lelaki yang ibu kata ayah Seri walaupun Seri tidak pernah melihat wajahnya sejak dari lahir. Seri keluar dari bawah katil. Dia keluar dari bilik dan melihat ayahnya memukul ibu dengan tali pinggang. Ibu merintih sakit, Seri lihat ibunya menitiskan air mata. Sejak dari lahir ini kali pertama dia melihat ibunya menangis. Seri berang, semangatnya tiba-tiba berapi. Dia berlari dan memukul ayahnya dari belakang.
"Anak haram! Kau memang anak haram! Kau bukan anak aku!", ayahnya berang dan menolak Seri sehingga jatuh. Seri tidak berputus asa. Seri bangun dan menggigit lengan ayahnya. Ayahnya makin berang menolak Seri sehingga tubuh kecilnya tercampak jauh. Dia tercampak pada sebuah cermin besar sehingga cermin itu pecah. Kepalanya berdarah. Seri berasa sangat sakit. Ayahnya mendekati Seri dan mengangkat tali pinggang tinggi dihadapannya. Seri sakit, dia tidak mampu bergerak.
"MATILAH KAU ANAK HARAMMMMMM!", ayahnya menjerit kuat. Libasan tali pinggang rasanya semakin hampir dengan tubuhnya. Tiba-tiba ayahnya terjelepuk jatuh dihadapannya. Seri lihat ibunya sedang memegang secebis kaca yang berdarah.
"Kau takboleh bunuh anak aku. Kau yang mati dulu bangsat", ibunya bersuara seakan dengar tidak dengar. Tubuh ibunya mengeletar kuat. Ayahnya tidak bergerak. Darah keluar membuak-buak dari belakang tubuh ayah Seri. Seri rasa semakin pening, kepalanya juga mengeluarkan banyak darah. Saat dia mahu pengsan, dia rasakan tubuhnya dirangkul. Hangat.
--
"Ibu...", air mata menitis ke atas tilam. Seri mengelap airmatanya. Peristiwa 14 tahun yang lalu seakan baru sahaja terjadi pada dirinya. Parut dikepalanya seakan berdenyut. Sakit. Sayup-sayup dia terdengar bunyi azan dari masjid perumahannya. Dia memegang dada, sekurangnya laungan azan dari bilal melegakan dan menenangkan hatinya. Dia segera ke bilik air dan mengambil wuduk. Dia memakai telekung. Berukiran bunga hijau dan merah. Telekung yang dibeli hasil gaji pertamanya dahulu. Dia segera menunaikan solat isyak.
Selesai solat, dia berdoa penuh tekun. Airmatanya mengalir laju sehingga membasahi sejadah. Segala yang dihajati diminta. Dia berharap segala doanya dimakbul meskipun dia tahu dia selalu melanggar perintah-Nya. Seri memeluk tubuhnya. Sungguh selesa berada didalam telekung, hangat dan rasa selamat.
Tok tok tok
Seri terkejut. Siapa datang? Dia lihat jam pukul 9.15. Dia segera membuka telekung sambil dan berlari ke pintu depan. Ketukan masih kuat dan berantai. Dia bengang.
"Sabarlah!", tombol pintu ditarik. Tiba-tiba tubuh ibunya terjelepuk jatuh ke atas lantai. Seri mendengus kasar.
"Kau ni belum masuk tengah malam dah mabuk? Menyusahkan aku je keje kau ni", bebel Seri. Dia mengangkat ibunya ke ruang tamu. Diletakkan ibunya di atas sofa. Dia masih merangkul ibunya, dia pelik kenapa ibunya hanya diam.
"Diam je? Mabuk ke mati?", soal Seri. Dia melepaskan rangkulan. Ibunya terjelepuk jatuh.
"Ya Allah", Seri melihat tangannya basah dengan darah. Dia berpaling dan melihat ibunya basah dengan darah.
"IBUUU!"
--
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...