"Ish, line tak clear la. Si kaki kipas tu ada, duk round-round kat belakang sekolah"Bunga menggaru kepala yang bersalut tudung sekolah. Dinda buntu. Ada saja si Rizal ketua pelajar yang kepercayaan penuh dari guru displin. Mana lagi tempat yang membolehkan mereka keluar dari sekolah ni lagi selain pintu belakang?
"Haaa aku ada idea!", kata Bunga tiba-tiba.
"Apadia?", jawab Dinda.
"Kita keluar ikut belakang tandas lelaki! Situ line clear!"
"Kau bodoh apa sia? Situ mana ada pintu!", marah Dinda. Dia bengang dengan kebengapan Bunga yang lebih dari hari-hari biasa. Mereka berdua bukan halimunan yang membisakan mereka menembus keluar melalui pagar. Mereka pun bukannya boleh terbang melainkan mereka sedang high. Ya, ketika itu mereka boleh fly.
"Alaa kita panjat jela pagar!"
"Haaa? Panjat pagar??!"
--
"Hahahahahahhhaha"
"Kau diamlah setan, berapa lama kau nak gelak ?",marah Dinda. Bunga cuba menahan ketawa. Matanya berair-air.
"Sial la, macamana kau boleh tersangkut sia dekat dawai pagar tu, koyak kain bodoh. Dahlah bontot besar, nasib baik si Rizal tu takde. Kalau tak stim je dia bodo! Hahahahahahhahaha", Bunga menyambung ketawa. Rokok ditangannya disedut hingga ke otak. Kemudian dia sambung ketawa.
Dinda memandang Bunga tidak puas hati. Sudahlah masa dia tersangkut Bunga tak tolong, lepastu siap ketawa pulak. Sakit hati kita wak. Nasib baik dia bawak seluar legging bersama. Sarung sahaja bagi mengantikan kain sekolah birunya yang telah koyak.
"Bak la sebatang, lu hisap sorang je", pinta Dinda. Bunga mencampakkan kotak rokok L.A berwarna putih kepada Dinda. Dinda mengambil sebatang dari kotak dan menghidupkan api. Dinda menyedut rokok dalam-dalam.
"Kita nak lepak mana ni sial? Takkan nak lepak kat sini kot. Jom la pi mana-mana. Karaoke ke snuker ke apa. Bosan doh", kata Bunga. Tudung dikepala ditarik keluar. Terserlah rambut paras bahu berwarna perang kemerah-merahan. Dinda mencampakkan rokoknya ke tanah. Dipijaknya sehingga lumat. Fikirannya buntu. Betul juga kata Bunga, takkan nak lepak kat hutan belakang sekolah ni. Alih-alih nasib tak baik kang tak pasal-pasal jumpa Bigfoot.
"Kau nak jadi ustazah ke apa, taknak bukak tudung ke? Ke dah insaf?"
Dinda menarik tudungnya. Sanggulnya dilepaskan dan rambutnya dibiarkan lepas. Dinda mencebik ke arah Bunga. Bunga hanya melirik mata sambil menyedut rokok barunya.
"Jom la gerak pi pekan, syok sikit", kata Bunga lagi.
"Pekan jauh la bodoh, kau lupa ke sekolah kita ni kat ceruk hutan khatulistiwa? Mau sejam nak keluar dari sini kalau menapak", balas Dinda.
"Ish aku lupa lah, eh...", kata Bunga terputus.
"Eh apanya? Cakap biar habis lah setan!"
"Tuuu", kata Bunga.
"Apaaa?", balas Dinda.
"Tuuuuuu", kata Bunga lagi.
"Apa sial, kau cakap biar jelas boleh? Dok tu tu. Sula satgi", marah Dinda. Bunga mencebik.
"Tu la setannnnnn", Bunga menolak pipi Dinda ke tepi supaya Dinda nampak apa yang dia cuba sampaikan. Mata Dinda membulat.
"Haaa kau fikir tak apa yang aku fikir?", kata Bunga. Dinda mengangguk. Senyuman mereka melebar.
Rezeki lahai.
--
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...