Seri rindu sgt dekat mak
Apeh mengelap airmatanya. Buku berkulit keras bermukakan tulisan timbul WAWASAN 2020 itu ditutupnya perlahan. Buku yang pernah direbutnya dengan Seri semasa umur mereka 15tahun itu kini tersemat kemas dalam genggaman Apeh. Airmatanya dikesat lagi. Ayat yang keluar dari mulut doktor kelmarin masih terngiang-ngiang dalam fikiran Apis.
--
"Maaf, ini waris Nurul Seri?", doktor berkot putih berkaca mata menegur. Apeh segera bangun dan menendang kaki Ah Meng yang tidur-tidur ayam.
"Maaf ye doc, Seri dah takde waris. Tapi saya kawan dia, ini majikan dia", kata Apeh sambil menunding jari ke arah Ah Meng yang terpinga-pinga kerana terkejut ditendang Apeh tadi.
"Saudara mara pun takde?", tanya doktor itu lagi. Apeh menggeleng perlahan.
"Takpelah, keadaan Nurul Seri sekarang agak kritikal. Hentakan yang kuat semasa pelanggaran tadi dah memberi impak kuat dekat kepala Seri. Otak Seri kemungkinan lebam. Dan, kaki Seri. Saya betul-betul minta maaf. Kaki Seri kedua-duanya tak dapat diselamatkan. Bahagian lutut kebawah kami terpaksa potong. Sekarang dia masih dalam keadaan tak sedarkan diri. Mungkin dia akan lama dekat sini. Saya harap awak bersabar. Saya minta diri dulu, assalammualaikum", kata doktor itu sebelum berlalu pergi. Apeh jatuh terduduk. Ah Meng hanya diam tidak terkata. Dia masih tidak dapat lupakan keadaan Seri semasa eksiden tersebut. Betul-betul di hadapan matanya. Seri terperosok jauh di bawah tayar lori. Tangan Seri mengelupur laju menahan sakit. Kakinya hancur dilenyek tayar kenderaan muatan berat itu. Ah Meng berlari cemas kearah Seri, Seri yang tersepit di bawah tayar lori masih bernyawa, Ah Meng menahan liur. Keadaan Seri sangat teruk, darah bertaburan. Seri menghulurkan tangannya ke arah Ah Meng.
"Sa...sakit Meng", kata Seri dengan muka separuh koyak. Mulutnya berdarah.
Ah Meng pengsan. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di bengkel Apeh. Sebelum kedua-duanya berada disitu sekarang. Ah Meng sedikit trauma. Disentuh sedikit dahinya. Panas. Tangannya mengeletar sedikit.
"Meng, kau pergi la balik dulu. Kau tu demam. Aku nak pegi rumah Seri. Packing barang. "
--
Air mata Apeh mengalir laju. Buku ditangannya dibuka kembali. Diari Seri.
21.4.12
Mak bawak jantan tak tentu hala lagi datang rumah. Bodo punya betina jalang
--
26.4.12Mak batuk-batuk. Mak makin sakit. Tak sanggup tengok mak macamni. Mak.
--
27.4.12
Hari paling sial. Dapat cust macam babi. Nak cuci kereta percuma. Bodo. Kalau boleh aku nak bunuh semua jibauk macmni kat mukabumi ni. Babi.
--
1.5.12
Mak batuk darah. Seri dah letak ubat atas peti sejuk. Kalau mak nampak mak makan tau.
--
6.5.12
Mak balik. Badan calar-calar? kenapa. tak sanggup nak tanya. buat gaduh je nanti
--
8.5.12Mak dah takde. Mak dah takde. Mak dah takde. Ya Allah. Aku dah takde sapa2 aku tak sempat mintak maaf dengan mak. Aku banyak sangat dosa dengan mak. Aku tak layak hidup lagi. Baik aku mati
--
10.5.12
Seri terdengar suara mak. Mak panggil seri anak haram. Seri lupa mak dah takde. Seri sedih. Tadi seri jumpa baju mak bawah katil. Bau minyak wangi mak kuat lagi kat baju tu. Seri nak bawak tidur ye. Harap kita boleh jumpa dalam mimpi.
--
11.5.12
Mak, Apeh cakap mak selamatkan Seri dulu. Mak. Terima kasih. Seri sayang sgt kat Mak. Seri harap sangat kita dapat hidup sama2 balik. Seri sayang mak.
--
17.5.12
Seri rindu sangat dekat mak
--
20.5.12
Semalam seri mimpi mak. Mak hulur tangan. Seri tak sempat sambut. Seri nak ikut mak
__
Apeh meraung kuat. Tak dapat ditahan lagi kesedihannya sekarang. Tak dapat dibayangkan kesunyian yang dialami Seri. Seri yang selalu senyum, bodoh-bodoh alang, menyimpan terlalu banyak luka dan sedih dalam dirinya. Sebagai seorang kawan, Apeh rasa tidak berguna. Dia tiada masa Seri perlukan seseorang. Jujur dalam hatinya, dia sayangkan Seri tak ubah seperti adiknya.
"Aku mintak maaf Seri", Apeh mengumam. Diari Seri dipeluk erat. Kesian.
samsung? euw what you talking about?
Apeh terkejut. Babi mana datang suara little miss khan ni. Dia tepuk dahi. Lupa dia sudah menukar bunyi noti whatsupnya. Nama Meng suka blue terpampang. Belum sempat dibuka whatsupnya, skrin penuh. Terpampang panggilan dari Meng. Diangkatnya.
"Apeh, cepat datang. Seri nazak!"
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...