20.

897 15 5
                                    

Apeh menyedut rokoknya dalam-dalam. Dihembuskan asap melalui hidungnya. Sekali sekala dia menggaru kepalanya yang gatal sambil kembali menghisap rokok.

"Wei Apeh, cuma kau buat macam dalam youtube tu. Yang keluar asap bentuk "O" tu, gua nak tengok", kata Ah meng yang berdiri di sebelahnya.  Apeh hanya mengangkat kening.

"Fuck hang, Seri tengah nazak tu hang yang ajak aku main O pulak kat sini, aku peluku kepala hang satgi baru ada akai kot. Bodo kaki blue", marah Apeh. Rokok yang masih tersisa separuh dicampakkan ketanah lalu dipijaknya. Ah Meng disitu hanya mengumam sendiri.

"Bodo syaitan membazir"

"Weyh, jom la balik. Dah pagi sangat dah ni. Esok aku nak bukak bengkel. Hang pun dah dekat 3 hari tak bukak carwash kan?", ujar Apeh.

"Habis siapa nak jaga Seri? Dia teruk tadi kan? Takkan sebab duit kau nak tinggal Seri! Apa kau ni Apeh!", Ah Meng meninggi suara. Apeh tergamam sebentar sebelum dia mejerut kolar baju Ah Meng.

"Aku nak hidup Meng! Aku nak kena caril duit untuk hidup. Aku yang hidup ni kena teruskan! Seri tu dah takdak harapan! Hang nak suruh aku tunggu apa lagi!! Tunggu mayat dia mai depan mata aku!". Ah meng yang terkejut.

"BABI KAU APEHHHHHH!", satu penumbuk melayang tepat ke pipi Apeh. Apeh jatuh tersungkur. Apeh memegang pipinya. Sakit. Diusap mulutnya, mencurah darah keluar.  Kepalanya berpinar.

"Aku taknak Ahmeng, aku taknak  berharap. Aku taknak berharap yang Seri akan selamat Ahmeng. Sakit, hati aku sakit bila aku terlalu berharap Seri akan sihat macam selalu, sedangkan aku memang tahu, harapan untuk Seri tu hidup tu memang tipis. Aku kena racun diri aku Ah meng, supaya aku sedar, yang aku takboleh mintak balik Seri hidup! Hang kena faham!", Apeh tunduk. Terdengar Apeh menarik sedu. Matanya bocor dengan air mata. Tangannya mengeletar, mahu saja ditumbuk muka Ah Meng.

"Gua faham Apeh! Tapi cuba kau ingat, gua pernah tanya maksud "Kun Faya Kun" kau kata kalau "Jadilah", maka jadilah ia". Kau kena percaya, kena yakin yang apa-apa kemungkinan mungkin terjadi. Yang penting kau kena terus berdoa.  Jadi, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?", gumam Ah Meng perlahan.  Apeh memandang Ah Meng tidak berkelip. Waduh dah macam Ustaz Ebit Lew dah kawan aku ni. Matanya tidak berkedip memandang Ah Meng. Ah Meng hanya mengangkat kening.

"Kau jangan pandang gua lama-lama. Nak mintak sontot ke sohai?", Ah Meng mengacukan penumbuk ke arah muka Apeh. Apeh hanya menahan mukanya menggunakan tangan.

"Dalam setengah lepas hang punyalah macam ustaz, sekarang cepat betul setan hang kembali ye. Memang hang dasar kaki cerita kuning la Meng" , kata Apeh. Ah Meng menghulurkan tangan. Meminta Apeh yang dari tadi melutut di atas simen serupa.. hm takde apa la.

"Ni jap. Muka aku yang hang penumbuk ni, hang nak bayar ganti rugi ke hang nak bagi bontot? ", kata Apeh. Ah Meng hanya mengangkat jari tengah tepat ke muka Apeh. Mereka berjalan menuju masuk kedalam hospital sambil ketawa.

"Pssss Apehhh!"

Apeh tersentap. Allah!

"Weh Ah Meng. Seriiii !"

SISIWhere stories live. Discover now