Man Dis ketawa besar. Pinggang Syira dirangkul. Syira membiarkan saja memandangkan dia sibuk mengira duit hasil kemenangan Man Dis. Man Dis melihat Syira yang asyik mengira duit, dia segera menarik kesemua duit dari tangan Syira dan dicampakkan ke langit. Duit berteraburan diatas lantai kelab malam. Geng-geng yang asyik menari berebut-rebut mengutip duit dilantai. Syira mendengus kasar."Syira Syira, rilek lah baby. Duit tu apadahal. Janji kita menang kan baby. Kau tengok tak muka Ezad tadi. Makan asap. HAHAHAHAHAHAHAH", Man Dis ketawa besar. Dia menari sambil memeluk Syira Dia sendiri asyik dalam irama lagu yang dimainkan. Syira menolak Man Dis. Dia duduk dan mengeluarkan rokok. Dinyalakan dan disedut. Dia tersenyum puas.
"Padan muka kau Ezad. Kau pikir aku awek kau, aku ikut je telunjuk kau", Syira bercakap sendiri. Man Dis hanya tersengih melihat Syira. Sayang muka lawa tapi cakap sorang-sorang. Gila. Man Dis meninggalkan Syira dan menari dengan gadis lain. Syira memandang Man Dis yang sedang asyik berangkulan dengan seorang bohsia berbaju ketat. Dia mengeluarkan dompetnya, kad pengenalannya dikeluarkan dan diletakkan ke atas meja. Dia menarik keluar tiub serbuk putih dan dikoyakkan hujung tiub. Ditabur serbuk putih diatas kad pengenalan. Dia mendekati kad tersebut dan disedut melalui hidung. Dia diam sebentar sebelum dia tersenyum sendiri. Dia mula bercakap-cakap.
"Padan muka kau Ezad ni baru sikit..kau akan... haaa"
"Ezad, kau akan dapat balasan aku nanti. Hahahahahah"
Syira bangun dan terhuyung hayang. Dia sedang high. Dia sedang terbang dalam alam fantasinya sendiri. Seorang lelaki memeluknya dan menari bersama. Tangan lelaki itu turut menari pada badan Syira. Kori mencium leher Syira dalam.
"Fly ye sayang, kita on ye malam ni", Kori berbisik di telinga Syira. Syira hanya mengangguk tanpa sedar. Ibu jari Kori dijempul.
Man Dis yang memandang dari jauh turut menjempulkan ibu jarinya bermaksud bagus. Man Dis mengeluarkan telefon bimbitnya. Senarai contact dibuka dan senarai nama berhuruf E dicari.
Ezad Sial
Butang hijau ditekan.
"Hello Ezad, esok aku nak ganjaran aku... Adik kau... Dinda
.."
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...