21

1K 11 2
                                    


Apeh menarik tangan Ah Meng. Ah Meng terus terhenti langkahnya dan berpaling memandang Apeh di belakangnya. Ah Meng pelik memandang Apeh. Mata Apeh terbuntang terpaku ada satu arah disebalik bangunan hospital pada rimbunan semak samun. Tangan Apeh yang memegang tangan Ah Meng sedikit meggeletar.

"Oit, kau kenapa ni? Kata nak balik, mandi makan lepasu kita datanglah sini balik. Kau dahlah bau macam karpet basah. Takkan nak jumpa Seri busuk-busuk ayam macamni", marah Ah Meng. Dia menarik tangannya dari pautan Apeh tapi Apeh masih terpaku disitu. Tidak terkutik sedikit pun.

"Meng, aku nampak Seri Meng!," ujar Apeh. Dia kembali menarik tangan Ah Meng.

"Choi! Kau gila ke? Seri dalam Icu lagi kan? Takkan dia tiba-tiba ada dekat sini pulak. Gila ke! Gua tau kau rindu Seri. Tapi kau gurau gurau pasal ni serius tak best lah Apeh. Seri terlantar tu", marah Ah Meng.

"Ya Allah, sumpah dengan mata aku sendiri, aku nampak Seri berlari tadi. Dia stop kat belakang semak tu. Dia panggil aku! Aku tak tipu! Aku betul-betul nampakkkk!!!', tengking Apeh. Muka Ah Meng merah padam.  Mahu saja dia menumbuk muka Apeh lagi.

"Babi! Kau jangan gua tumbuk muka kau lagi baru kau berhenti gila macamni! Tak kelakar lahhhh!"

"Pssst ! Ah Meng...."

Ah Meng tergamam. Dia segera memandang ke arah suara yang memanggil namanya. Kelihatan Seri berdiri disebalik bangunan, hanya kepala dan sebahagian badannya yang kelihatan. Seri memakai baju putih, mukanya sedikit pun tiada cacat cela. Mukanya cukup bersih, tiada sebarang luka atau calar. Seri mengangkat tangannya, melambai ke arah Ah Meng.

"Meng, sini..", suara Seri perlahan. Muka tersenyum sambil tangannya tetap melambai ke arah Ah Meng.  Ah Meng mula melangkah perlahan tanpa disedarinya, dia cuba menghampiri Seri. Tiba tiba Apeh menarik tangan Ah Meng.

"Jangann!", tengking Apeh.

"Tapi tu Seri, Peh. Dia panggil aku!"

PANGGGG!!!

Tangan Apeh melekat dipipi Ah Meng.
Ah Meng terus memandang Apeh. Apeh menunjuk ke arah rimbunan tadi.  Ah Meng segera memandang. Kosong.

"Tapi tadi?",soal Ah Meng. Apeh segera mengeleng kepala. Ditariknya tangan Ah Meng dan membawanya cepat ke kereta mereka.  Di dalam kereta, mereka masing- masing diam membisu. Apeh mula bersuara memecah kesunyian.

"Apa yang kita nampak tu ye Meng?, hang pun nampak Seri kan?", tanya Apeh. Ah Meng masih focus memandu.

"Tapi aku nampak Seri bersih je. Cukup sifat, muka cantik bersih. Senyum je kan?", tanya Apeh lagi.

"Kenapa kau tak bagi gua pergi kat dia? , dia panggil gua tu!", tengking Ah Meng, matanya berair. Apeh terkedu.

"Meng, hang sendiri bagitau aku, Seri kat ICU, still terlantar kat atas katil. Meng, hang ingat tak? Seri accident Meng. Kaki dia dua-dua terpaksa kena potong, sebab remuk. Muka dia separuh hancur...Meng, aku haihhhh...", kata kata Apeh terhenti. Air mata mengalir laju dari matanya. Dia tak mampu menghabiskan ayatnya. Tak sanggup menceritakan tentang Seri lagi.

"Seri selalu ingat dia takde siapa-siapa dalam dunia. Dia selalu mengadu yang semua orang kat dunia ni tak suka dia, semua buang dia. Kalau dia tahu, yang kita berdua tengah betul-betul takut kehilangan dia. Seri untung, kalau aku mati tak tentu ada kawan yang menangis macam orang bodoh sebab takut aku mati kan?", ujar Apeh perlahan. Suaranya tersekat-sekat.  Terdengar dia menarik sedunya. Apeh cuak. Aduh menangis macam pondan pulak jantan ni! Spontan tangan Ah Meng memegang tangan Apeh. Dia mengenggam erat tangan Apeh.

"Dont worry, gua ada Peh", ujar Ah Meng. Dia tersenyum memandang Apeh. Apeh yang sedang menangis memandang muka Ah Meng.

"Bodo hang kaki blue! Hang gay ke setan!!!!', tengking Apeh. Dia segera menarik tangannnya. Mereka dua-dua ketawa.

"Bodo kau yang nangis macam pondan! Cuak la aku. Dahlah lempang muka gua. Sakit tau!", gurau Ah Meng.

" Alah hang, hang pi penumbuk sedas dekat pipi aku ni hang nak kata apa? Elusan seorang ibu gitu? Bodoh!", Apeh ketawa. Mereka yang dua-dua ketawa tiba-tiba Ah Meng terdiam

"Peh, gua rasa Seri tak akan okay....", ucap Ah Meng perlahan.

"Hang cakap apa ni Meng? Kan tadi baru hang nasihat aku pasal takdir ni", tanya Apeh.

"Sebenarnya tadi.."

Tiba-tiba satu silauan memancar dari depan. Sebuah kereta tersasar dari laluan, memecut laju dari arah hadapan. Ah Meng panik. Tangannya kejang. Dia memusing stereng laju ke tepi sebelum kereta mereka hilang kawalan dan merempuh divider.

Hancur.

SISIWhere stories live. Discover now