22

769 12 0
                                    


"Wei Peh, bangunlah sial. Kau nak tido sampai bila? Sampai mampus?"

Apeh tersentak dari tidurnya, matanya terkebil-kebil cuba untuk terbuka. Dia cuba bangun, tetapi kepalanya terasa teramat sakit. Seakan sebilah pisau tercacak tepat di dahinya. Tangannya mengagau dahinya dalam keadaan diri separuh sedar.

"Dah kenapa kau gosok-gosok dahi? Takut pelir tumbuh kat dahi ke apa"

Apeh mendengar lagi suara yang dari tadi menganggunya. Matanya cuba dibuka luas untuk melihat jelas siapa yang dari tadi memekak tak tentu pasal.

"Sssss... Seriii....???", Apeh terkedu. Suaranya tersangkut ditenggorok. Kepalanya berpinar. Sekujur tubuh Seri yang sihat, tanpa sebarang cacat cela. Seri memandangnya dengan pandangan  pelik, tangan Seri terselit sepuntung rokok yang terbakar. Apeh masih tergamam.

"Takk, takk... Sekarang ni, aku tengah mengingau ke apaa?? Aku tengah mimpi ? Ke macamana???,", Apeh mengelupur ayam. Dia tidak percaya melihat Seri yang sihat walafiat di depannya. Apeh menepuk-nepuk kuat pipinya agar dia cepat sedar dan kembali ke realiti yang Seri masih nazak, dan bukan Seri yang sedap menghisap rokok dunhill yang berharga RM17.40.

"Mimpi pelanco kau ni syaitan. Nah hambekkk!", Seri menuncuh puntung rokok tepat ke peha Apeh. Apeh terus mengelupur kesakitan.

"Weh weh sakit terbakar,"jerit Apeh. Pehanya terasa perit. Jelas kesan terbakar diseluar jeansnya sehingga menampakkan kulit pehanya yang sedikit melecur.

"Hmmm, bau daging bakar", ujar Seri sambil mengembangkan hidungnya cukup besar lobang hidungnya. 

"Serius la Seri, hang memang babi Seri", marah Apeh. Seri hanya tergelak besar melihat Apeh memakinya. Apeh yang sedang memaki Seri, terdiam. Ditatap Seri lama-lama. Hatinya sayu. Terasa sakit didadanya. Apa yang dialaminya sebelum ini, hanya mimpi atau apa yang sedang dia lihat sekarang adalah khayalan ? Apeh sebak, dia mula mengigil, cuba untuk menahan tangis. Tangannya spontan memegang bahu Seri. Kepalanya dirapat ke arah telinga Seri.

"Seri, aku sayang hang seri. Jom kita kahwin", bisik Apeh perlahan. Seri tergamam. Dia keras kaku melihat Apeh yang seakan buang tebiat nak mampus.
Dia menolak badan Apeh.

"Kau kenapa ni sial? Demam? Ke kau tengah sangap? Takkan dengan aku pun kau stim?", marah Seri. Tangannya ditekap ke dahi Apeh. Risau melihatnya kawannya seakan dirasuk mambang. Apeh hanya tersenyum sedikit.

"Aku takkan lepaskan apa yang aku nampak depan mata aku sekarang Seri", tangan Apeh memegang kepala Seri erat sebelum ditarik mendekatinya. Bibir mereka bertemu. Mereka bercumbu. Seri yang terkejut beruk melihat reaksi Apeh segera menendangnya spontan. Seri terkebil-kebil dan terus bangun dari tempat duduk asalnya.

"Sial la kau Apeh, kau nak rogol aku ke??!!!!!", tengking Seri. Dia megempalkan penumbuknya seakan ingin menumbuk Apeh.  Apeh tergamam, tapi tidak terkejut. Tiba-tiba Apeh merasa pelik. Dia memandang sekeliling, dari dia bangun sebentar tadi, sehingga sekarang, tiada seorang manusia pun yang ada disitu kecuali mereka berdua. Dia memandang sekeliling. Ya, ini workshop aku. Barang-barang diworkshopnya cukup lengkap.

"Woi, kau diam apa! Kau dah romen aku. Karang aku pregnant macamana sial!," tengking Seri. Apeh tidak mengendahkan Seri. Dia masih berasa asing dengan keadaan sekeliling, dia memandang ke arah jalan raya. Kosong. Seakan dunia dikuaratin. Sejenak dia memandang ke arah jalan, dia perasan kereta-kereta rosak yang tersadai dia bengkelnya. Apeh tergamam melihat kereta Myvi Biru.

"WYU 1235", gumam Apeh perlahan. Kereta ni kereta Man Dis. Hampir separuh kereta bahagian depannya remuk kerana melanggar kerbau.

"Tttapii.. kereta ni dah siap setahun lepas...", Apeh segera menyeluk poketnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Jelas terpapar tarikh dan masa.

*10.13am 01/04/2019*

Apeh terdiam. Kenapa masa dah kebelakang. Dia keliru. Dia memandang Seri seakan meminta penjelasan. Tiba-tiba wajah Seri yang tadi sedang marah berubah sayu. Seri menundukkan wajahnya.

"Apeh, aku rasa kau dah tau kan...", ujar Seri perlahan. Cukup sayu sehingga membuatkan Apeh merasa cukup sebak.  Apeh cuba bangun memegang tangan Seri. Sejuk. Seperti memegang sebongkah ais. Apeh menelan liur, keliru dengan apa yang dia sedang alami sekarang.

"Seri kenapa ni? Aku ada buat salah ke?", pujuk Apeh. Dia memegang erat tangan Seri. Apeh menangis. Seri melepaskan pegangan tangan Apeh. Dia berlari perlahan ke arah jalan raya yang kosong. Seri berdiri kaku di tengah jalan raya.

"Apeh, terima kasih sebab kau selalu ada dengan aku. Masa aku kena buang, kena palau dengan orang lain. Kau kutip aku jadi kawan kau. Aku sayang kau sangat Apeh. Aku takboleh tipu kalau aku kata aku pernah ada hati kat kau. Tapi aku tau aku siapa. Aku sedar. Cukup aku nak bagitahu kau sekarang. Aku dah rasa bahagia. Aku sebenarnya kena bersyukur sebab aku ada kau, ada Ah Meng, ada mak aku. Aku dah rasa bahagia sekarang. Aku ucap terima kasih banyak-banyak dekat kau. Kalau aku dah takde lepasni, aku takde menyesal apa-apa. Aku tenang. Tolong sampaikan salam aku dekat Ah Meng. Aku pergi dulu Apeh. Assalammualaikum", Seri tersenyum, wajahnya cukup tenang. Putih dan bersih. Apeh ingin berlari ke arah Seri. Tapi kakinya melekat kuat ke tanah. Hatinya berdebar. Seakan semuanya mimpi.

"Bye Apeh,", ujar Seri. Dia mengangkat tangannya, jarinya menunjuk ke arah hujung jalan. Apeh bernafas laju. Muka pucatnya. Sebiji treler 18tayar bergerak laju kearah Seri. Seri memandang Apeh yang tidak boleh berbuat apa-apah. Apeh meraung kuat.

"PINNNNNN!!!!"

Matanya pantas menangkap treler yang laju merempuh Seri.

"SERRRRRIIIIIIIIIIIIII!!!!",pekik Apeh. Apeu tersentak. Dia membuka mata. Benda pertama yang dia nampak adalah kipas syiling.

"Haffiz? Awak okay?"

--

SISIWhere stories live. Discover now