11

8K 91 11
                                    

Seri menutup yasinnya. Dia menekup wajahnya yang sembab. Bahu dipegang.

"Sabarlah Seri, Allah lagi sayang mak kau", Apeh mengambil tempat disebelah Seri. Seri segera mengelap airmatanya.

"Takdaklah, aku tengah sabarlah ni", kata Seri. Dia cuba untuk tersenyum. Apeh menggeleng kepalanya memandang Seri. Dia menepuk bahu Seri.

"Jangan tipulah Seri, macam aku tak kenal kau. Dari kecik lagi. Kau tu kuat nangis", kata Apeh. Tiba-tiba Seri meraung kuat, dia memeluk kubur yang masih merah tanahnya. Apeh panik melihat Seri. Dia menarik Seri.

"Seri, sabar Seri. Jangan macamni", pujuk Apeh. Seri masih meraung kuat. Tangannya mencakar-cakar tanah yang berselerak dengan bunga dan hirisan daun pandan.

"Aku sayang ibu aku Apeh! Aku tak sempat nak mintak maaf dengan dia! Apeh! Aku tak sempat nak mintak maaf dengan dia!", Seri merayu. Dia terus menerus memeluk kubur ibunya. Baju kurung putihnya kotor dengan tanah. Selendang yang dililit dikepala juga tercabut.

"Ye aku tahu", Apeh bersimpati dengan Seri. Tangannya mengusap kepala Seri. Sejahat-jahat, sehorny-horny, sesetan-setan Apeh, masih wujud rasa belas kasihannya terhadap Seri. Dari kecil dia kenal Seri, dia kagum dengan Seri. Sejak kecil Seri terpaksa melalui macam-macam dugaan. Semuanya kerana dia anak tak sah taraf.

--

"SERI ANAK HARAM! SERI ANAK HARAM! SERI ANAK HARAM!

Seri memekakkan telinganya. Dia terus fokus membaca bukunya. UPSRnya makin hampir. Tiba-tiba bukunya dicampak. Dia memandang orang yang berani mencampakkan bukunya.

"Duwi! Apa masalah kau!", bentak Seri. Duwi hanya tersenyum sinis.

"Anak luar nikah macam kau ni takpayah nak bajet baik la. Kalau kau cemerlang pun. Cikgu bukannya suka kat kau!", tengking Duwi. Seri hanya memandang bawah menahan geram. Memang betul kata Duwi, cikgu-cikgu disekolahnya semua membencinya. Terutama sekali guru kelasnya, Cikgu Rogayah. Cikgu Rogayah membencinya kerana Cikgu kata ibunya menggoda suaminya sehingga mereka bercerai. Cikgu Rogayah selalu menunjal kepalanya dan menarik telinganya. Pernah sekali Cikgu Rogayah mencubit perut Seri sehingga berdarah. Kulit perutnya terkoyak. Cikgu lain pun sama. Cikgu Rizal, cikgu displin pernah merabanya ketika dia ditahan kerana memukul pelajar sedangkan dia tak pernah berbuat apa-apa.

Tangan Seri digenggam erat. Dia mengalirkan air mata setelah sekian lama dia tahan. Rakan-rakannya yang lain bersorak seronok.

"SERI MENANGIS WEI! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH"

"Bagus Duwi!"

Duwi menarik wajah Seri.

PANGGGG!

Seri memegang pipinya. Perit. Cikgu Rogayah yang masuk kelas ketika itu hanya buat endah tidak endah. Kelas berjalan seperti biasa. Saat keputusan UPSR diumumkan, Seri mendapat 4A 1B. Antara pelajar cemerlang disekolahnya tetapi dia tidak diiktiraf sama sekali. Malah dia tidak langsung mendapat sijil kecemerlangan. Pelajar yang mendapat 5A dan 3A sahaja yang dapat. Dia juga tidak dipanggil untuk sesi tangkap gambar untuk pelajar graduasi darjah enam. Dia dikurung didalam tandas oleh Cikgu Julia kerana Seri dituduh meniru semasa UPSR.

"Ibu!", Seri pulang dari sekolah dengan girang. Harapannya untuk menunjukkan keputusan UPSRnya kepada ibunya. Walaupun emosi dan fizikalnya didera berkali-kali disekolah, dia masih berharap sedikit pujian dari ibunya.

"Ibuuuu...?", Seri melihat sekeliling. Rumahnya gelap. Tingkap ditutup rapat menghalang cahaya dari masuk.

"Hoi!", suara garau menengking. Seri terkejut. Dia melihat seorang lelaki yang besar dan berjambang memandangnya dengan mata yang merah.

"Ibu..ibuu mana?", Seri bertanya. Lelaki itu memandang Seri atas bawah. Tangannya mengusap jambangnya. Dia melambaikan tangannya kearah Seri. Seri mendekatinya perlahan-lahan.

"Ibu kau dalam bilik ni", tangan lelaki itu menunjukkan ke arah bilik ibunya. Seri tersenyum lebar. Lelaki itu menarik tangannya masuk kedalam bilik. Kosong. Seri pelik.

"Mana ibu?", Seri bertanya. Dia terkejut melihat lelaki itu membuka seluarnya. Mulut Seri ditutup dan bajunya direntap. Tangan lelaki itu menjalar kebadan genit Seri.

"Hmmmp ibu..."

---

"Sejak hari tu, aku terus berubah. Aku jadi jahat. Aku ponteng sekolah, aku pukul orang, aku meragut, hisap rokok. Aku layan jantan betina. Aku sewa pelacur. Sebab masatu aku fikir hidup aku dah musnah. Aku dah kotor! Aku anak luar nikah! Darah yang mengalir dalam badan aku ni darah haram! Aku tak suci! Aku benci ibu aku! Kenapa dia lahirkan aku! Aku benci ibu aku! Hari-hari aku gaduh dengan dia. Hidup dia pelacur tapi kenapa aku pulak yang kena hadap semua ni. Aku benci betina sundal yang lahirkan aku kat dunia ni. Tapi....", ayat Seri terhenti. Mukanya ditekup dengan Yasin.

"Tapi?", soal Apeh.

"Sejak aku tengok ibu aku sakit. Aku takboleh tahan. Aku sedih. Aku teringat lagi masa dia selamatkan aku masa ayah aku nak pukul aku dulu. Aku.. aku jadi terhutang budi..."

"Kau nak tahu tak? Masa kepala kau berdarah tu, mak kau macam nak gila berlari turun naik flat sebab nak mintak tolong orang selamatkan kau. Dia dukung kau sedangkan dia sendiri aku tengok luka, lebam sana sini. Terhinjut-hinjut. Tapi kau tau kan, dengan status dia, takde siapa tolong dia. Dia melutut merayu orang perumahan tolong kau. Aku rasa masatu dia sanggup berlari pergi hospital malam tu janji kau selamat. Last-last, ada sorang lelaki ni tolong dia. Bawak dia dengan kau pergi hospital. Esoknya aku nampak mak kau balik. Aku pergi mengintai dia kat tingkap. Aku nampak dia peluk baju kau. Dia meraung macam orang gila"

Muka Seri kosong. Dia memandang kubur yang masih merah. Segala tanggapannya kepada ibunya hancur. Selama ni dia ingatkan ibunya hanya terpaksa melahirkannya. Sedangkan ibunya terlalu sayangkan dia.



"Ibuuuuuu..... maafkan Seri....."

SISIWhere stories live. Discover now