"Cibai, kau ni reti ke tidak bawak motor? Terhuyung-hayang macam orang high je setan",Dinda menyepak badan Bunga dari atas motor. Bunga mengangkat jari tengah kepada Dinda. Dinda hanya mengekek."Aku mana reti bodoh bawak motor kapcai ni, skuter aku tau la. Mampuslah janji sampai, kau duduk diam-diam kalau tak aku terajang kau dari motor ni baru kau tau. Dah diam!", Bunga menjerit kepada Dinda melawan arus angin. Dinda meraba dada Bunga sebagai jawapan kepada Bunga.
"Pergh mantap siot!", Dinda menjerit disebelah telinga kanan Bunga yang khusyuk dengan pemanduannya yang umpama orang mabuk.
"Gua baru beli push up bhai. Terangkat. Kahkahkah. Sedap kan setan? Hahahahahahaha", Bunga ketawa seperti kerasukan setan. Tiba-tiba motor mereka berhenti. Dinda terkejut.
"Pehal do? Lu nak mati ke berhenti tengah jalan ni?",marah Dinda. Dia menunjal sedikit kepala Bunga. Bunga menjeling ke arah side mirror memandang Dinda sambil menunjukkan ke arah lampu isyarat yang sedang merah. Dinda hanya tersengih sambil menepuk belakang Bunga.
"Bersivik do, patutlah pendidikan sivik 100%", Dinda mengejek Bunga. Bunga mencebik. Sebuah kereta saga putih turut berhenti disebelah mereka. Cermin kereta tempat duduk pemandu diturunkan.
"Pergh awek, jom pergi karok sepam dua. Abang belanja kaw punya", seorang lelaki separuh abad menegur mereka. Lelaki tua itu tersenyum hingga menampakkan beberapa giginya yang lopong dan kekuningan. Dinda dan Bunga mahu sahaja muntah disitu.
"Sorrylah pakcik, simpanlah duit tu buat pergi haji. Lagi satu kitorang tak layan orang tua ni. Mati pucukkkk! Kahkahkahkahkah", Bunga terus memecut laju meninggalkan lelaki tersebut. Dari jauh mereka dua dengar lelaki tersebut menjerit kuat dari dalam kereta.
"DASAR SUNDAL!!!"
Dinda dan Bunga ketawa bagai nak gila. Sedikit pun tidak terasa dengan ayat tersebut. Sudah biasa digelar begitu.
"Wei nasib baikkan kita dapat curik motor ni", tiba-tiba Bunga bersuara. Dinda hanya mengangkat kening.
"Do, kita bukan curik. Kita mintak tanpa kebenaran je",balas Dinda.
"Apa beza setan, hahahaha"
--
"Tu nampak tak?", Bunga menolak wajah Dinda. Dinda membulatkan matanya. Dia mengganguk.
"Wei rezeki ni",Bunga bersuara. Dinda mengangguk lagi. Sebiji motor yang masih hidup enjinnya tersandar di tepi jalan berhampiran tempat mereka melepak.
"Jom, aku ada idea", Bunga menarik tangan Dinda yang masih lagi terpinga-pinga. Mereka mendekati motor kapcai yang masih hidup itu. Semak samun tiba-tiba bergoncang sendiri. Bunga mendekati semak itu perlahan-lahan.
"Wei kau nak pergi mana, jangan lah tinggal aku! Aku takutlah", jerit Dinda apabila melihat Bunga meninggalkannya sendiri. Bunga mengangkat jari telunjuk ke bibirnya sebagai tanda isyarat supaya Dinda diam. Dinda menutup mulutnya dan mengangguk. Bunga menyelak semak dan mengintai. Seorang lelaki berbangsa nepal sedang berdiri menghadap pokok besar. Seluarnya terlucut sedikit. Bunga memberi isyarat diam dan tunggu.
"Kau tolak motor sikit, kejap lagi aku datang",Bunga separuh berbisik. Dinda membuat isyarat okay. Dia menolak motor jauh sedikit. Bunga terus masuk ke semak. Apa yang dibuat pun Dinda tidak tahu. Sepuluh minit kemudian Bunga keluar sambil membuat isyarat bagus. Dia memanjat naik motor dan menyuruh Dinda naik.
--
"Do sebenarnya apa yang kau buat dalam semak tadi?", soal Dinda melawan arus angin. Bunga tersenyum.
"Aku goda dia sikit. Dia tengah kencing tadi. Aku datang selak sikit kain aku sampai betis. Dia stim bodoh. Lepastu aku tolak dia sampai ke pokok. Aku himpit dia, aku suruh dia pandang belakang. Lepastuuu....."
Dinda mencebik. Nak buat saspen pulak bohsia ni.
"Lepastuuuu?"
"Aku karate tengkuk dia sampai pengsan, hahahaha. Tu tengah terbongkang dalam hutan tu", Bunga bercerita girang. Seronok mungkin.
"Jahat gila kau. Kita boleh je bawak lari motor dia senyap-senyap kan. Tak payah kot nak karate dia sampai pengsan", marah Dinda. Bunga memandang side mirror.
"Saja, aku dahlama tak tengok barang tegak. Keris menongkah langit. Hahahahahhahahaha", Bunga ketawa.
"Kau pun tau kan sejak single ni. Aku ni sangap la jugak. Dahagakan kasih sayang la baby", sambung Bunga lagi.
"Kau doplohpatjam sangap bodo"
"Eleh ka-",ayat Bunga terpotong apabila motor mereka tiba-tiba terhuyung-hayang.
"Apahal ni wei !",Dinda cuak. Motor mereka terolang-aling seakan mahu terbabas. Bunga cuba mengawal tetapi gagal. Akhirnya dia memberhentikan motor tersebut di tepi jalan. Dia turun dari motor dan memandang Dinda yang masih di atas motor.
"Turunlah sia", marah Bunga. Dinda mengangkat jari tengah lalu turun dari motor. Bunga memeriksa meter. Minyak masih banyak. Dia memeriksa tayar pula.
"Pecah sial. Sejak bila pecah ni", Bunga berkata kepada Dinda. Dinda turut tengok tayar yang pecah. Dinda menggaru kepalanya.
"Habis nak buat apa ni?",soal Dinda. Bunga mengangkat bahunya. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari dalam beg.
"Time kritikal camni kau nak hisap rokok lagi?", marah Dinda. Bunga menjeling.
"Habis, aku bukannya pandai bukak tayar motor, kau pandai? Sparepart pun takdak", jawab Bunga selamba. Tiba-tiba sebuah motor berhenti dekat dengan mereka. Penunggang motor bertopi keledar wajah penuh turun dari motor tanpa membuka topi keledar. Hanya visor dibuka.
"Kenapa ni dek?", soal penunggang motor tersebut kepada Dinda dan Bunga.
"Saja melepak tepi jalan, jual badan. Bodoh, motor meragamlah!", perli Bunga. Dinda menyinggung siku Bunga. Bunga hanya membuat selamba. Penunggang motor itu hanya menggeleng kepala. Dia membuka topi keledarnya. Bunga yang tadi endah tidak endah dengan penunggang motor itu memandang wajah dia tanpa berkelip. Wajah Bunga merona merah. Dia menarik tengkuk Dinda dan berbisik.
"Aku rasa aku dah jumpa jodoh aku"
--
Saya baru pub novel baru "Hostel California", life tentang budak hostel. Harap sudi baca dan vote - ♡
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...