"Duwi, aku tak suka kau rapat sangat dengan budak-budak rempit tu"
Duwi yang sedang membuka kasut, segera memandang ke arah suara yang menegurnya.
"Ish mangkuk ni lagi", gumam Duwi di dalam hati. Syira mengangkat kening menunggu respon dari Duwi yang masih tercongok di depan pintu.
"Hey Duwi, aku cakap ni kan? Kau pekak ke?", tengking Syira. Duwi mendengus kasar.
"Hey kak, aku tak suka la kau campur hal peribadi aku. Aku nak berkawan dengan siapa, nak romen dengan siapa pun. Apa masalah kau kak? Aku tak kacau sikit pun hidup kau kan!!?", Duwi meradang. Dia segera masuk ke dalam rumah. Pintu depan dibiarkan terbuka. Langkah kaki Duwi laju menuju ke arah biliknya. Syira segera membuntuti adiknya itu, memintasnya dan menghalangnya dari masuk ke dalam bilik.
"Apa masalah kau ni kak. Aku penat nak mampus ni. Please la jangan kacau aku"
"Dik, tolonglah. Sekali ni je aku cakap. Tolong! Jangan rapat dengan kawan-kawan kau tu", rayu Syira.
"PEGI MAMPUSLAH!", Duwi menolak Syira kuat. Syira yang tidak seimbang jatuh ke lantai. Duwi memandang sinis kakaknya yang telah tergolek umpama nangka busuk.
"Aku benci kau",kata Duwi sebelum masuk ke bilik dan menghempaskan pintu. Syira cuba untuk bangun tapi tulang pinggulnya terasa perit. Mungkin kesan dari hentakan tadi. Syira terduduk, matanya bergenang. Kesal dengan apa yang telah terjadi.
"Mintak maaf ummi, abah. Syira takdapat nak didik Duwi"
Syira teringat kenangan lama dia dan keluarganya. Ummi dan Abahnya orang kuat agama, kalau sebut Haji Mahmud hampir seluruh kampung mengenal Imam kuat itu. Ilmunya tinggi dan sentiasa merendah diri. Digandingkan dengan Umminya, Hajjah Bainun. Seorang wanita yang cukup aktif dalam penglibatan yang melibatkan agama serta orang yang memerlukan. Syira ada dua lagi adik beradik. Suria dan Seri. Kembar seiras yang sangat manis. Baru berusia 9 tapi sangat dikenali dengan alunan suara Taranum yang sangat sedap. Syira sangat bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup serba serbi. Tapi, mungkin bukan bagi Duwi. Duwi tidak suka bila Ummi dan Abah melarangnya. Dia rasa tidak bebas. Dia mudah memberontak. Pernah sekali Duwi balik dengan rambut yang telah diwarnakan merah. Abah bising dan merotannya. Selepas kes tersebut, Duwi lari dari rumah dan tidak balik seminggu. Puas kami mencarinya, Abah sampai tidak ke masjid dan memgimamkan solat seperti selalu. Ummi demam panas. Suria dan Seri pun sama. Sampai tidak kesekolah, risau akan Duwi.
Mungkin sesuatu yang indah tak kekal lama. Abah , Ummi Seri dan Suria kemalangan dalam perjalanan mencari Duwi. Kereta Abah hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. Mereka berempat meninggal serta merta disitu. Betullah mereka kata, orang yang baik akan pergi dahulu.
"Ummi, Syira tak mampu nak tahan lagi macamni. Syira nak pegi sekolah, Syira nak peluk Ummi. Kenapa Ummi tinggalkan Syira", Syira teresak-esak. Ujian yang menimpanya ini seakan tidak mampu ditanggung lagi.
--
Duwi membetulkan menyikat rambutnya yang berwarna kelabu perang. Lipstick dioles sedikit dibibir. Dia memandang dirinya di cermin. Cantik! Tshirt putih pendek bawah dada serta seluar denim pendek cukup menyerlahkan bodynya yang mantap. Syira memerhatikan tingkah Duwi dari jauh. Gedik.
"Nak pegi mana?", soal Syira.
"Dating!", Duwi tersenyum.
"Ha? Dengan siapa?"
"Ezad!"
Syira mengaru kepala. Pakwe baru Duwi?
"Dahlah kak , aku maybe tak balik malam ni. Takpayah masak la untuk aku , kau jaga diri elok-elok kak. Aku mintak maaf pasal tolak kau. Kau jaga kesihatan kau tau. Aku sayang kau", gumam Duwi perlahan. Dia menghulurkan tangannya. Syira pelik, kenapa adiknya bertingkah pelik begini. Syira menyambut tangan Duwi. Sejuk dan lembut. Duwi mencium tangan Syira. Duwi memeluk Syira dan mencium dahi Syira lama. Syira pelik. Duwi seakan ingin pergi jauh.
"Assalammualaikum kak. Duwi pergi dulu", ujar Duwi lalu pergi. Syira masih lagi kaget. Dadanya berdentap kuat. Terkejut dan berdebar. Dia cukup pelik dengan perangai Duwi tadi. Dia merasa susah hati. Dia segera beristighfar, menolak segala perasaan buruk sangka.
"Waalaikummussalam Duwi"
YOU ARE READING
SISI
RandomSeri impikan kisah hidup yang sempurna tetapi hancur kerana statusnya. Bunga, Dinda, Ezad dan Kori hidup dalam syurga yang mereka cipta didunia. Seks, dadah, arak bagai makanan ruji mereka. Syira? Dendam pasti akan terbalas. "Kau yang cipta neraka...