Bab 13

12.8K 249 20
                                    

"Puan Melissa Arinna, buka mata, buka mata perlahan lahan.. dengar tak suara saya Doktor Shanker, if you can listen to me, please open your eyes enough of sleeping, time to wake up. Okay buka mata pandang saya." Lisa membuka mata walau masih samar samar, Lisa cuba hendak membuka mata terasa berat kelopak mata hendak dibuka.

" Okay good. Buka lebih besar, tujuh bulan tidak sedar diri. Sekarang masa untuk bangun. Back to reality.. Ini air minum sikit. Jangan degil minum. Okay ikut cakap saya, angkat tangan kanan, okay good, tangan kiri, okay good, buka mata jangan tutup. Gerak semua jari. Rotate kaki kiri dan kanan. Saya akan panggil nurse Tolong kamu bangun. Saya akan kembali. Saya call suami kamu dulu. Jangan tutup mata, keluarga kamu disini."

" Puan, sekarang saya akan tinggikan katil. Perlahan lahan saya mahu Puan pegang sini angkat badan naik ya." Lisa mengangguk kepala.

" Okay good. Tangan Puan angkat dua dua keatas, buat sepuluh kali. Kemudian kaki satu naik turun 5 kali. "

" Puan mesti cakap dengan saya"

" Nama penuh apa?"

"Melissa Arianna."

" Umur, berapa?" Lisa diam tidak menjawab.

" Kenapa diam?"

" Tak pasti umur berapa?"

"Maksud Puan?"

" Tak tahu umur saya berapa?"

" Asal dari mana?"

" Kedah. Anak tunggal, mak dengan ayah dah meninggal."

" Okay tak apa. Saya tinggal Puan dulu nanti doctor datang"

" Nurse, saya ada keluarga?"

" Ada, suami puan ada datang, saudara Puan juga ada. Tan Sri sama Puan Sri pun ada datang melawat juga. Biar doctor Shanker cakap dengan Puan dulu."

Selepas dua jam bersama doktor Shanker, Lisa menjadi semakin keliru, antara ingat dan tidak segala kejadian yang terjadi.

" Begini puan, tak perlu menangis Puan baru sedar saya biar Puan rehat dahulu, kemudian saya akan jumpa Puan esok pagi. Lisa mengganguk lemah di pimpin oleh nurse masuk semula kewad.

Terkejut Lisa sebaik masuk kedalam bilik diihat Mak Yam, menunggu dikerusi.

" Mak Yam.. Mak Yam masih hidup" jerit lisa lalu memeluk Mak Yam.

" Ya Allah, Lisa sayang, mak Yam masih hidup. Udah kamu teriak macam ni. Mak Yam tak mati lagi."

" Mak Yam, apa yang terjadi, kenapa doktor kata lisa tak sedar diri selama tujuh bulan. Mak Yam umur lisa berapa? 45tahun ka?"

" Hisss..45 tahun merepek apa kamu. Kamu kahiwn umur 21. Merepek apa yang 45tahun."

" Mak Yam Lisa ada anak ke?"

" Mana adanya. Kamu ni kenapa lepas sedar jadi begini. Tah suami kamu tu sentuh kamu ke tidak lagi."

" Mak Yam suami lisa siapa?"

" Anak Tan Sri la, Si Nazrin yang langgar mak dengan ayah kamu. Mak mentua kamu tiap hari datang melawat. Mungkin petang sampai la. Suami kamu datang juga tak lama lepas berapa minit dia pergi. Kadang kadang dia yang jaga kamu. Apa dia buat waktu malam Mak Yam tak tahu la"

" Mak Yam, Lisa tak pasti apa yang lisa nak bagitau ni betul ke tidak. Mak Yam Nazrin sayang Lisa ke?"

" Tak tahu la mak Yam. Dengan Mak Yam pun tak cakap. Dia masuk Mak Yam duduk sini. Cuma hari tu dia beli nasi lemak dekat Mak Yam. Lain lain tak ada la cakap apa pun. Dia suruh Mak Yam tinggal di rumah kamu. Mak Yam tak mahu"

Love You ForeverWhere stories live. Discover now