Bab 19

15K 268 17
                                    

Tiga bulan sepuluh hari usia Muhammad Quyyum Shah. Setiap kali lepas waktu berkerja Nazrin akan terus pulang untuk bersama Quyyum, tapi sejak tiga hari lepas Lisa perasaan yang Nazrin tidak seceria selalu. Pulang saja dari kerja terus mandi dan tidur tidak disentuh masakan Lisa. Apa yang Lisa cakap tidak diendah malah kurang bermain bersama Quyyum

" Mak Yam, buat apa?"

" Baru lepas solat. Kamu di mana?"

" Lisa kat rumah, dalam bilik belakang. Mak yam Lisa takut dengan Rin. Tiga hari Mak yam, dia langsung tak sentuh apa Lisa masak. Balik kerja mandi tidur, Lisa cakap langsung tak endah. Dengan Quyyum pun tak sentuh. Kalau tak mak yam balik kerja terus main dengan Quyyum. Ni tak. Muka bengis sungguh"

" Apa pulak tak kena? Kan ustaz dah pulih dah ruqyah, ada pendinding kan si Nazrin tu. "

" Lisa tengok Al quran kecik tu sekarang dia simpan dalam laci. Lisa tak berani nak tegur"

" Kamu dah solat?"

" Dah Mak yam."

" Tak cuba cakap dengan dia?"

" Tak berani makyam. Lisa nak keluar tidur rumah Umi pun takut"

" Baca ayat kursi dalam hati kamu"

" Makyam kadang kadang waktu tidur Lisa rasa macam ada orang dalam rumah. Lisa minyak celak Quyyum tu pun kadang kadang terkejut tengah malam. Lisa bagi Quyyum peluk Al Quran."

" Kamu tidur mana malam malam sejak tiga hari ni?"

" Tidur dalam bilik Quyyum. Lisa takut nak tidur dengan Rin."

" Bahaya Lisa kalau macam ni"

" Makyam nanti Lisa call lain. Lisa dengar pintu bilik buka"

Terkejut Lisa bila keluar dari bilik dilihat Nazrin didapur. Bertambah terkejut Lisa bila melihat Nazrin mengambil beras dimakan.

" Sayang nak makan nasi?" Tergagap Lisa hendak bercakap

" Kau ni busuk betul" terus Nazrin masuk kedalam bilik. Lisa mengikut Nazrin masuk kedalam bilik. Dibiar pintu bilik terbuka.

" Sayang, kenapa ni, Lisa minta maaf kalau Lisa ada buat salah. Jangan macam ni"

" Aku kata kau bau busuk, bau hanyir aku tak boleh tahan bau kau" tengking Nazrin dibaling mangkuk beras keatas carpet.

" Sayang kenaoa ni?" Lisa tunduk mengutip sisa beras.

" Sayang, " Belum sempat Lisa habis bercakap Nazrin turun dari katil dipukul Lisa dengan teruk. Berkali kali Nazrin menghentak kepala lisa didinding hingga berdarah dahi Lisa. Ditendang Lisa di paha dan perut berkali kali.

" Kau ni bau busuk. Aku tak boleh tahan. Bau apa ni" menjerit Nazrin terus muntah dihadapan pintu bilik.
Lisa cuba untuk bangun dipegang almari perlahan lahan Lisa bangun walau sakit diseluruh badan terasa. Sekali lagi menampar muka Lisa. Ditarik rambut Lisa keruang depan. Nazrin asyik menyebut bau busuk, dan terus dipukul Lisa. Nazrin berhenti bila Quyyum menangis. Dipandang anaknya. Terus Nazrin masuk kedalam bilik, dihempas pinti bilik. Didalam bilik Nazrin menjerit dengan kuat. Walau tiada tenaga Lisa mendukung Quyyum masuk kedalam bilik yang diduduki.

Lisa meletak Quyyum diatas katil, diambil tisu disumbat kedalam hidung. Darah terus mengalir. Lisa mendukung Quyyum seakan tidak mahu berhenti menangis.

Ya Allah, handphone, botoi susu diluar.. macam mana nak keluar aku takut.

Tangisan Quyuum senakin kuat. Liaa medukung Quyyum kedalam bilik air. Sebelah tangan Lisa membasuh muka. Diganti tisu dihidung. Lisa membuka baju diganti baju baru. Sebaik keluar dari bilik air hidung Lisa bau hanyir didalam biliknya dengan kuat.

Love You ForeverWhere stories live. Discover now