Aku menunggu Doctor yang memeriksa keadaan Heeun keluar dari bilik kecemasan.
Dari tadi aku tak duduk diam. Banyak perkara bermain diminda aku.
Bagaimana kalau banyak darah hilang?
ARGHH!!
Aku tak patut fikir negative, Aku hanya mampu berdoa agar Heeun selamat dan tidak kehilangan darah yang banyak.
Mulai sekarang, kau aku akan protect.
Aku berjanji pada diri sendiri. Doctor yang merawat Heeun keluar. Lantas aku menuju kearahnya.
"Doctor..." Panggil aku, Doctor itu menoleh ke arah aku dengan sedikit terkejut.
"Bagaimana dengan keadaan Isteri saya?" Aku mula bertanya, doctor itu memandang aku
"Awak ini suami dia?" Doctor itu tersenyum.
"Ya.." Aku tipu, tapi ini lah tipu paling gembira.
"Baguslah, awak bawa dia dengan cepat kesini. Dia tak ada apa, Cuma keadaan dia sedikit lemah. Dia ada apa-apa masalah ke?" Terang doctor itu panjang.
Aku mengeluh lega, dan menggeleng. Tidak dapat bayangkan macam mana hibanya sekiranya aku kehilangan Heeun..
"Saya rasa dia hanya tertekan dengan hidup. Saya harap awak jaga dia dengan baik. Awak boleh tengok dia. Saya minta diri dulu." Doctor itu menepuk bahu aku.
Aku hanya mengangguk. Kalau boleh memang aku akan jaga dia dan buatkan dia jadi milik aku seorang. Tetapi Donghyuk cinta pertama dia.
Agak mustahil untuk melupakan cinta pertama, bukan?
Aku melangkah masuk ke bilik Heeun ditempatkan.
Dia memandangku tanpa riak.
"Heeun.." aku memanggilnya lembut dan duduk di sisinya.
"J-jinhwan.." Dia menyebut nama aku dengan mata berkaca.
"Kenapa kau selamatkan aku Jinhwan? Tengok. Omma, Donghyuk langsung tak jenguk aku. Mereka memang lupakan aku ke Jinhwan? A-aku sedih Omma lupakan aku semata-mata untuk Donghyuk. Donghyuk langsung tak hargai aku.." Dia berkata dengan tangisan kecil.
Aku peluknya untuk menenangkan dia.
"Biarkan mereka yang bodoh tak reti hargai cinta kau Heeun. Ramai lagi sayang dan suka kau heeun. Kau patut tabah dan teruskan hidup." Dia mendongak memandang aku.
Aku tersenyum dan sambung, "Salah seorangnya adalah aku Heeun.."
Heeun hanya menunduk. Mungkin malu?
"T-terima kasih.. J-Jinan.." Dia berkata seperti orang gagap.
"Hey, sejak bila kau gagap ni?" Aku tertawa kecil. Pipinya berona merah apabila aku mengusiknya.
"Jinhwan, Aku nak balas dendam. Aku akan hancurkan kebahagiaan Omma dengan Donghyuk. Tolong bantu aku Jinhwan.." Dia tiba-tiba sahaja merayu untuk tolong dia membalas dendam.
Naughty girl, I like..
Aku tersenyum nakal, "Yes sure, untuk dendam kau. Aku akan tolong kau"
Aku mengucup lembut bibirnya, Dan dibalas oleh nya.
Dari sini bermulanya Sebuah Dendam..
love bird dead
love wolf alive.
YOU ARE READING
[C] Wrong? (MalayFanfic18+)
FanfictionPark Heeun, sudah berjaya membuat bapa tirinya, Kim Donghyuk jatuh hati padanya. Malangnya, Hati Heeun sepenuhnya milik Jinhwan, kekasih hatinya yang telah dia merampas hatinya. Heeun, Dia rancang benda keji, dia rancang dengan godaan. Akhirnya...