<Janji>

3.7K 77 5
                                    

HEEUN POV

Ting.. Ting...

Bunyi itu menganggu aku dari terus terpejam. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Semakin ia mahu terbuka, semakin lemah aku rasakan.

Aku cuba lagi sekali membuka mata, kelihatan silau menghalang aku dari terus membuka mata.

"Kau boleh Eun.. Kuatkan semangat kau Eun..." Suara Jinhwan berbisik ditelinga aku membuatkan aku makin semangat untuk aku membuka mata aku.

Aku rindu mahu lihat wajah kacak dan manis Jinhwan. Aku rindu pelukannya, Aku rindu ciumannya.

Aku rindu segalanya tentang dia.

Selama lebih 2 minit aku berlawan dengan silau, akhirnya aku dapat membuka mata aku.

Aku ternampak jinhwan sedang tidur sambil mengenggam tangan aku.

Air mata aku mengalir, Baguslah, aku masih dapat lihat dia berada disisi aku.

Aku mengangkat tangan perlahan-lahan hajat ini membelai rambut buah hati tercinta ini.

Tangan aku semakin dekat dengan kepalanya. Tangan aku terbantut untuk mara ke rambutnya, Apabila dia mula terjaga.

Dia memandang aku,

"Eun? Kau dah bangun eun?" Jinhwan memandang aku risau, Tangan aku yang masih dilangit digapainya dan meletakkan tanganku di atas kepalanya.

Aku tersenyum lemah sambil mengangguk lemah. Senyuman gembira terbit dibibirnya.

"Tunggu sini.. Aku pergi panggil doctor ya?" Jinhwan meminta izin untuk memanggil doctor. Aku menggeleng lemah.

"T-tak.. aku nak kau stay dengan aku.. A-ku taknak hilang kau.." Aku memandang Jinhwan dengan simpati, Jinhwan tetawa kecil melihat kerenah aku.

"Ya lah. Aku tak akan tinggal kau. Tapi, bagi aku panggil doctor dulu okay?" Dia lagi sekali menyakinkan aku. Aku dengan ragu hanya mengangguk.

Jujur, aku dapat bad feeling.. Yang dia.. Akan tinggalkan aku...

Pintu dikuak dengan perlahan, aku mengalihkan pandang ke arah pintu.

Aku tersenyum mengharap Jinhwan..

Tetapi senyuman aku mati apabila, Donghyuk yang datang..

Dan paling membuatkan aku sakit hati, dia membawa polis sekali..

"Eun, Aku datang." Donghyuk senyum sinis kepada aku.

"Maafkan saya cik Heeun, Kami perlu menangkap Kim Jinhwan." Polis disebelah Donghyuk pula berkata. Aku mengalirkan air mata..

JINHWAN POV

Aku melangkah keluar dari bilik Heeun dengan senyuman bahagia, Akhirnya Heeun bangun juga.

Aku melangkah ke bilik doctor untuk memberitahu bahawa Heeun sudah sedar.

"Doctor, Heeun dah sedar--" Aku terkaku apabila Donghyuk bersama 3 orang polis berada dibilik ini.

"Encik Jinhwan bukan?" Tanya seorang dari pegawai polis itu.

Aku dengan ragu mengangguk kekok.

"Anda ditahan, kerana disyaki cubaan membunuh." Polis itu menggerakkan tangannya memberi isyarat kepada anak buahnya untuk memberkas aku.

"T-tapi Tuan.. sa-saya tak bersalah!" Aku cuba membela diri aku.

"Sudah lah Jinhwan, Jangan berlagak tak bersalah. Kau telah buat Heeun dan aku menderita." Jawab donghyuk sinis dan menjeling aku.

"Donghyuk.. A-aku tahu kau benci aku tapi.. aku-" Kata-kata aku putus apabila aku diheret oleh dua pegawai polis ini.

A-aku dah janji dengan Heeun... Yang aku tak akan tinggalkan dia..

Airmata aku mengalir dengan deras. Aku tak dapat kotakan janji aku..

Maafkan aku Heeun.. Aku janji aku akan tepati janji aku. Aku akan kawini kau! Aku janji!

Aku menjerit dalam hati berharap Heeun aku mendengar luahkan aku.

Aku sempat memerhati Donghyuk tersenyum bila nampak aku diheret oleh pegawai-pegawai polis ini.

Aku akan ingat muka, kau Donghyuk. Sampai, mati!

----------------

Hi! Lagi sekali thankyou for 3k reads tsk tsk author amat menghargainya! Oh by the way, cerita ini akan habis dalam masa terdekat (maybe?) So should i do Sequel? Atau nak satu book je? Tak payah sequel?

[C] Wrong? (MalayFanfic18+) Where stories live. Discover now