<Tunaikan>

5.4K 100 38
                                    

Gambar tu my drawing lmao kinda lame do HHAHAHA nvm saja nak kongsi

---

Yunhyeong masih memaksa Donghyuk supaya jujur. Tetapi Donghyuk masih mendegil tidak mahu memberi sebarang kerjasama.

"Saya ulang buat kali ke-lapan mungkin? Encik ada buat penderaan atau pun tidak?" Yunhyeong berkata tenang sambil merenung kedua mata milik Donghyuk.

"Saya kata, saya tak buat. SAYA TAK BUAT LAH!" Rahang dan otot-otot dimukanya jelas kelihatan menandakan dia menahan marah yang mendidih-didih didalam badannya.

"Baiklah," Yunhyeong menongkatkan dagunya dengan tangan. Dia menekan number seseorang. "Nurse, buat panggilan polis. Saya dapati seseorang telah buat perkara yang salah." Tenang sahaja nada suara Yunhyeong.

Terlopong mata Donghyuk mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Yunhyeong. Donghyuk bertindak untuk bangun.

Yunhyeong juga turut bangun. Donghyuk memandang muka yunhyeong dengan penuh dendam dan kemarahan. Satu tumbukkan dilepaskan oleh Donghyuk untuk Yunhyeong.

Kerana tidak mahu melanggar prosedur sebagai seorang doctor, Dia segera memanggil pengawal yang bertugas supaya menahan Donghyuk dari terus mengganas.

"Hanbin, Jiwon, bawa lelaki ini keluar." Arah Yunhyeong, darah yang ditepi bibirnya dikesat kasar. Kekecohan itu mengundang tarik para pesakit dan warga hospital itu.

Pengawal yang bernama Hanbin dan Jiwon itu terus membawa Donghyuk keluar. Donghyuk bergelut untuk dilepaskan. Semasa pergelutan itu, Donghyuk merasakan tangannya digari.

"Maaf Encik Donghyuk, anda ditahan kerana melakukan penderaan seks" Jelas seorang pegawai polis itu.

"Ta-tak! Aku tak buat lah sial!" Donghyuk meronta-ronta meminta dilepaskan. Pegawai polis itu membuat isyarat tangan bermaksud menyuruh orang suruhannya membawa Donghyuk didalam kereta polis.

"Terima kasih Doctor Yunhyeong, kerana memberi kerjasama dan menolong kami menangkap dia." Pegawai polis itu tersenyum dan berjabat tangan dengan Yunhyeong. Yunhyeong turut membalas dengan senyuman.

Selepas selesai kekecohan itu, Yunhyeong pergi kedalam ward yang dimana Heeun ditahan.

"Kesian, mungkin ini sebab dia cantik? Tsk tsk" Yunhyeong menggeleng kepala melihat nasib gadis yang terbaring didepannya sekarang.

"Jisoo, pindahkan dia ke ward VIP. Atas nama saya" Yunhyeong mengarah dan senyum memandang jururawat kanannya, Jisoo.

"Baiklah, doctor." Jisoo mengangguk dan pergi kearah kaunter pendaftaran. Yunhyeong membelai rambut Heeun dengan simpati.

"Aku dah tunaikan permintaan kau...." Yunhyeong berhenti dari meneruskan katanya, dia bangun dari duduknya dan tersenyum.

"Kim Jinhwan..." Dengan bergaya dia keluar dari bilik ward Heeun.

-----------------

Jinhwan POV

Aku memandang keluar penjara. Aku mengikis dinding penjara dengan kiraan hari. Sejak aku masuk dalam ini, Aku tak dapat duduk dengan senang. Bukan kerana tak selesa, tetapi aku memikirkan macam mana Heeun sekarang?

Adakah Taehyung dan Yunhyeong menunaikan permintaan aku? Aku mengeluh dan kembali duduk sambil memeluk lutut aku.

"Kim Jinhwan," Seorang anggota unit penjara memanggil nama aku dan berdiri didepan jail dimana mereka tempatkan aku.

Aku bangun dan mendekati lelaki itu. "Ye saya?" Aku berkata ini kepastian, kenapa mereka memanggil aku?

"Awak dibebaskan." Kata-kata anggota penjara itu membuat aku teruja dan melopong.

"Ma-maksud encik?" Aku memandang lelaki itu dengan teruja, dia memandang muka aku dan kembali menyelak helaian kertas kerja ditangannya.

"Mengikut kata mahkamah, Awak dilepaskan kerana salah faham antara awak dengan lelaki bernama Kim Donghyuk. Dan dia sudah diberkaskan." Pegawai itu mengalihkan pandangnya dan memandang aku dengan senyuman.

Donghyuk diberkas...

Aku tersenyum sinis dan puas. Aku dah kata aku akan balas dendam. heh.

"Bila saya boleh keluar ya Encik?"

---------------------

First, Thankyou so much for 9K readers! huhuhu I'm so thankful that you guys read my fanfic and maybe like it? :)
Second, Maybe there will have 2 or less part to end this story. YEY!!

I'll think about sad or happy ending hmm...

Do read my other book;
•Kissing bad girl (Jungkook 18+)

[C] Wrong? (MalayFanfic18+) Where stories live. Discover now