Aku berjalan menuju ke tempat kerja ku.Agak jauh dari kawasan tempat tinggal ku.Kerana aku hanya hidup sederhana bersama nenek,aku tidak mampu untuk membayar tambang bas.
Oh ya,aku tidak beritahu kamu di mana aku tinggal sekarang kan?Biar aku ceritakan sedikit kerana perjalanan ku masih jauh.
Percaya atau tidak,aku sekarang tinggal di kerajaan Brikraris Lisse.Musuh kerajaan Lutotipus Neptunanis.
Setelah aku mendapat tau tentang tu,aku berasa lega kerana menipu.Jika tidak,mungkin aku telah dipancung.
Sejak aku hidup bersama nenek,hidup ku menjadi lebih tenang dan aman.Dengan kehadiran dia,aku tidak mahu menjadi puteri lagi.
Oh ya,aku juga lupa memberitahu kamu.Semua makhluk di dunia kami mempunyai kuasa istimewa.Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.
Kuasa aku?Aku mempunyai kuasa kilat merah yang dikenali sebagai Electriconist Red dan penyembuhan yang dikenali sebagai Healing.
Aku belajar kuasa kilat merah itu sejak kecil bersama ayah ku iaitu Raja kerajaan Lutotipus Neptunanis.Aku dapat menguasai kuasa itu sejak berumur 4 tahun lagi.Hebat bukan?
Kuasa Healing?Aku belajar daripada nenek.Dia mempunyai kuasa penyembuhan segera cuma aku perlu memakan beberapa jenis herba setiap minggu supaya kuasa Healing itu bertambah kuat.
Adakah herba itu pahit?Hahahaha,sudah semestinya tetapi aku tidak kisah.Aku suka dengan haruman herba.
"Baaaa!!" Aku tersentak apabila seseorang mengejutkan ku dari belakang.Aku memandang ke belakang.
"Wilson!Lajunya kau lari!" Wilson hanya tersengih melihatku.Aku hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepala ku.
Ah!Aku juga lupa nak bagitau korang.Kuasa Wilson ialah Speedy dan kekuatan luar biasa.Speedy ialah kuasa yang boleh membuatkan kita lari sangat pantas bagaikan kilat.
"Tenung apa tu?Aku tau la aku ni hensem." Aku tersedar dari lamunan ku.Aku memukul bahu Wilson yang sudah sedikit angkuh lepas puji diri sendiri.
"Perasan jela kau ni.Muka tu dah macam raksasa hutan tau." Aku ketawa sambil berjalan meninggalkan Wilson di belakang.
"Orang yang muka macam raksasa hutan ni jugak akan jadi suami kau suatu hari nanti.Hehe...." Wilson membebel seorang diri lalu mengejarku dari belakang.
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
"Kerja kita dah habis.Kamu semua boleh balik." Kata-kata itu bagaikan memberi kami peluang untuk bernafas semula.
"Mocha,jom balik sama-sama." Wilson memaut leherku.Aku hanya mengangguk.
Aku tidak tahu mengapa tetapi sejak petang tadi aku rasa tidak sedap hati.Seperti sesuatu akan terjadi.Sesuatu yang buruk.......
"Kenapa muka kau macam pucat ni,Mocha?" Wilson tenung wajahku dengab muka yang risau.Aku hanya memberikannya senyuman yang manis.
"Aku okey.Jom balik." Aku menarik tangannya.Aku perlu balik cepat.Aku mesti!
"He...hei!Tunggu la!" Wilson berlari mengikuti ku dari belakang.
-Skip-
Aku berlari menuju ke rumahku.Aku perasan penduduk di situ memerhatikan ku.Makin tidak sedap hati ku.
"Mocha!!" Tiba-tiba cik Rose memanggil ku di hadapan rumah nenek.Mukanya seperti baru lepas menangis.
Apa yang berlaku?Kenapa cik Rose menangis?Kenapa?
"Mocha,tolong bertenang dan dengar dulu apa yang makcik nak cakap." Tangannya memegang bahuku.Aku dapat rasakan tangannya menggeletar.
Tidak.....apa yang berlaku sekarang ni?
YOU ARE READING
Looking For Me? (Finished)
FantasyAku Monica Pikalinche. Aku puteri kerajaan Lutotipus Neptunanis. Tetapi adakah mereka masih percaya kewujudan ku? Kenapa aku berkata begini? Kerana kakak ku yang kejam. Disebabkan harta dan cemburu dia cuba untuk membunuhku.Hampir berjaya tetapi aku...