Looking For Me? - Bab 16

294 20 6
                                    

Aku merenung di beranda.Kata-kata putera Vrick masih terngiang-ngiang di kepalaku.

"Aku takkan lepaskan kau walaupun kau tolak aku berapa kali pun.Heh...."

Aku mengeluh sedikit.

Macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni?

Aku memandang ke arah bulan.

Dan wajah Fline muncul tiba-tiba.

"Fline......"

Aku mula terbayangkan bagaimana kalau aku kehilangan Fline.

Aku tak pasti kenapa.

Tapi disebabkan hatinya yang sangat ikhlas mencintaiku......

Aku sudah mula jatuh cinta dengannya.

"Aku cintakan kau." Gumamku.

"Saya pun." Aku terkejut apabila pinggangku dipeluk dari belakang.

Aku dapat rasakan hembusan nafas dan seseorang mencium leherku.

"Fikir tentang saya ke?" Soal Fline.

"Ma....macam mana awak boleh masuk bilik saya?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Tuanku,saya ni pembantu peribadi dan kesayangan tuanku.Jadi tidak pelik la jika saya dapat masuk dapat bilik tuanku." Fline mencium pipiku lama.

Aku memusingkan badanku dan memandangnya.Mata kami mula bertentangan.Dia tersenyum manis.

Aku tak boleh......

Memang tak boleh!

"Ehh?" Fline terkejut apabila aku tiba-tiba memeluknya.

"Jangan tinggalkan saya." Hanya itu ayat yang mahu aku ucapkan.

Aku tak mahu kehilangan Fline.

Walaupun ramai lelaki yang cuba masuk 'line' , aku tetap nak Fline!

Hamboii ayat aku pon!Hahahaha!

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Keesokan harinya pada waktu petang.

"Haaaaaa......." Aku mengeluh di meja berhadapan cermin di dalam bilikku.

"Kenapa ni?" Soal Fiona.Aku memandangnya yang menunggu jawapanku.

"Penat." Hanya itu yang mampu aku katakan.

Cuba bayangkan!

Pagi tadi hampir jatuh ke dalam lubang yang dalam dan dipenuhi buluh tajam beracun.

Tengah hari pula hampir lemas kat sungai belakang istana.

Petang hampir kene anak panah sesat datang dari planet mana pon tak tau la!

"Seharian kena serang.Aduiii......" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal tapi serabut.

"Tapi awak masih selamat." Kata Fiona dengan senyuman manisnya.

Muka ku berubah merah.

"Mesti sebab abang selamatkan awak kan?" Fiona mula membuat muka nakalnya.

"Mes...mestilah!Dia tu pengawal peribadi saya!" Muka ku berubah merah.

Malunya!

Boleh dikatakan seharian juga la dia terpaksa berkepit dengan aku.

Mana-mana aku pergi mesti kena ada dia.

Mesti dia penat kan?

"Monica......" Aku memandang ke arah Fiona.

"Kenapa?" Soalku.Dia hanya tersenyum.

"Awak betul-betul cintakan abang Fline ke?" Soalnya pula.Aku terkedu.

"Mestilah!" Aku jawab dengan bersungguh-sungguh tapi aku rasa pelik.Kenapa dia tanya?

"Awak ada hati yang sangat baik....." Mukanya tiba-tiba berubah kepada menyeramkan.Senyumannya bertukar kepada senyuman yang susah ditafsir.

"Fi....Fiona?" Aku mahu berundur ke belakang tetapi badanku tidak dapat bergerak.

Kenapa?!

"Awak ada hati yang baik.....sangat baik.....cukup untuk menghidupkan aku balik!" Tangannya mula keluar dari cermin.

Tangannya penuh dengan kesan jahitan dan luka.

Mukanya yang cantik berubah hodoh dengan jahitan dan luka yang sangat dalam dan darah yang mengalir di kepala dan badannya.

"Fl.....uuurghh!!" Baru sahaja aku mahu menjerit,Fiona dengan pantas mencekik leherku.

"Uuuuhhh......!" Aku dapat rasakan kaki aku tidak lagi mencecah lantai.Aku diangkat oleh seekor jembalang!

"Hati yang baik.....itu la ramuan terakhirku......." Dada aku rasa perit.

Aku lihat di cermin.

Dadaku penuh dengan darah.Mungkin akibat 'Fiona' sedang mengorek dadaku.

"Fline.....tolong!"

Aku menangis dengan harapan seseorang boleh mendengar tangisanku.

Banggg!!!

Pintu dihempas kuat dan seseorang telah memotong tangan 'Fiona'.

Akhirnya,aku jatuh di atas riba seseorang.

"Monica!Bertahan!" Aku dapat dengar dengan jelas suara yang memanggilku.

"Kau.......pembunuh!!!" Sejurus itu dengar la suara seseorang menjerit garang dan suara gadis menjerit.

Walaupun begitu,mataku mula menjadi kabur.

Dadaku pula semakin sakit.

Sangat sakit........

Siapa yang tolong aku tadi?

Sia.....

Pa.........

Mataku mula gelap dan aku sudah dibawa mimpi.....

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢








Hai y'all!Sori la sebab lambat update.Author bz dengan sekolah skang ni sbb nk pt3 thun ni.So maybe update amik masa skit.Hope korang faham.Do vote and comment! 😘😘😘😘

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now