Looking For Me? - Bab 12

311 18 2
                                    

"Eergh......" Aku menggosok-gosok mataku.Aku memandang sekeliling.Ni bilik kesihatan diraja.

Aduh!Sakitnya kepalaku!

Aku memegang kepalaku yang masih sakit.Aku lihat tanganku.Darah?Kenapa aku dimasukkan darah ye?Aku kehilangan banyak sangat darah ke?

Ahh....makin difikir makin sakit kepalaku.

Macam mana teh tu rasa lain?Kalau tak silap baunya seperti racun Levil.Aku ingatkan ianya hanyalah herba.Cuainya aku!

Kreakk.....

Pintu terbuka.Aku cuba untuk melihat siapa yang memasuki bilik ini.Aku takut orang yang cuba untuk bunuh aku cuba untuk bunuhku sekali lagi.

"Awak ok?" Oh....rupanya Fline.Aku tersenyum lemah.Aku lihat kepalanya berbalut dan badannya banyak lebam.

"Saya ok." Dia duduk di sisi katilku.Matanya memandangku sayu.Mungkin dia rasa bersalah.

"Hey....senyum la sikit.Jangan la jadi encik poker." Aku ketawa kecil.Dia senyum tipis.

"Minta maaf.....sebab bergaduh dengan putera Jyan." Katanya.Aku memandangnya sudah menunduk.

Aku cuba untuk mengusap pipinya.Dia perasan gerakanku lalu mendekatkan wajahnya dengan tanganku.Aku tersenyum.

"Jangan risau.Bukan salah abang." Kataku dengan senyuman yang manis walhal aku masih lagi lemah.

Dia menggenggam tanganku erat.Dia mencium tanganku lama.Aku hanya biarkan sahaja sebab aku tidak dapat berbuat apa-apa dengan badan lemah ni.

"Monica.....boleh maafkan saya tak?" Soalnya.Mata coklatnya merenung ke dalam mataku.

"Maafkan ap--" Belum sempat aku habiskan soalanku,dia mencium bibirku.Aku terkejut.Aku cuba menolak tetapi aku tidak berdaya.

Akhirnya aku membalas ciumannya.Agak lama kami bercium sebelum dia melepaskan ciumannya.

Aku menutup muka ku dengan bantal.Malu pula untuk memandangnya.Dalam banyak-banyak lelaki.....hanya dia seorang sahaja yang berani menciumku.

"Maafkan saya ye,Monica." Dia tersenyum manis dengan mukanya yang merah menahan malu.Aku merenungnya.

"Kali ni je......" Jawabku.Dia ketawa kecil.

Fline........

Kau cuba buat aku jatuh cinta dengan kau ke?

Heh........

Si dungu........

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

"Saya tak kira!Dia yang bersalah kerana menumbuk muka saya!" Bentak putera Jyan.Mukanya amat bengis.

Kami semua berkumpul di bilik mesyuarat untuk berbincang tentang pergaduhan yang berlaku antara putera Jyan dan Fline.

"Tetapi semua ni takkan terjadi kalau putera Jyan tidak menghina rakyat jelata!" Bantahku.Ingat aku tidak berani menentang kau?

"Tetapi apa yang saya kata adalah benar!" Balasnya.Aku sudah bengang.Nak aje aku bunuh dia ni.

"Benar?Awak nak tau benda apa yang benar?!Yang benar adalah putera Jyan Mistygan iaitu putera kerajaan Vicanichi Wisth adalah seorang yang angkuh,pentingkan diri,tidak berkemanusiaan,bodoh dan berakal pendek!!" Aku menghentak meja.Mataku merenungnya tajam.Aku sudah tidak tahan lagi.

"Apa kau kata?!!" Dia juga menghentak meja.Kami berdua sedang melawan mata sesama sendiri.

"Putera Jyan dan puteri Monica,sila duduk supaya perbincangan ni berjalan lancar." Kata ayahanda ku.Kami berdua duduk dengan perasaan marah.

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now