Looking For Me? - Bab 3

364 23 2
                                    

Akhirnya aku sampai di depan pagar kerajaan Lutotipus Neptunanis.Hasratku adalah singgah sebentar sambil memikirkan cara untuk berjumpa semula dengan keluargaku tanpa diketahui umum.

Aku melintasi pagar itu.Kebanyakan penduduk di situ memandangku pelik kerana aku memakai selendang yang menutupi kepalaku.Separuh muka ku ditutup dengan topeng pemberian Wilson dulu.

Aku lihat mereka seperti menyiapkan tempat untuk festival.Aku berasa hairan.Adakah mereka mempunyai festival baru sejak aku tinggalkan tempat ini?

"Maafkan saya,apa yang kamu semua sedang buat?" Aku bertanya dengan seorang penjual roti.Mukanya seperti orang yang baik sahaja.

"Tidak lama lagi akan ada hari mengingati puteri bongsu kerajaan ini yang telah lama hilang tanpa jejak.Kami akan buat begini setiap tahun untuk mengingatinya." Penjual roti itu berkata dengan nada sayu.

Rupanya mereka masih mengingati aku tetapi bagaimana reaksi mereka apabila dapat tahu yang aku masih hidup?

"Tunduk hormat kepada kerabat diraja kerajaan Lutotipus Neptunanis!" Satu suara bergema di dataran itu.Aku mengintai-ngintai dan ternampak......

Ibu bapaku!Aku tersenyum sendirian.Lama tak jumpa dengan mereka.Eh?Itu putera Jyan Mistygan.Putera kerajaan Vicanichi Wisth.Kenapa dia ada di sini?

"Terima kasih semua rakyat beta yang sudi menolong beta sekeluarga untuk hari mengingati puteri bongsu beta yang telah lama hilang.Kita berharap semoga dia masih hidup dan kita dapat berjumpa dengannya lagi." Raja Wrinston iaitu ayahku berucap dengan semua rakyat jelatanya.Aku ketawa kecil kerana ayahku masih tidak berubah.Masih segak seperti dulu.Aku membuka topengku supaya aku boleh bernafas.Agak rimas memakai topeng ini.

Aku berada di barisan yang kedua di antara orang ramai.Aku tidak mahu diketahui oleh mereka lagi.Mungkin kerana aku tidak bersedia.Aku cuba keluar dari orang ramai yang bersesak untuk berjumpa dengan raja tapi........

Wuushhh!

Satu angin kencang melanda.Selendangku terbang disebabkan angin.Aku cuba capai selendang itu tetapi ianya telah mendarat di salah seorang pegawai istana yang menjaga kerabat diraja.Rambutku telah terdedah.Muka ku juga telah terdedah.

"Siapakah pemilik selendang ini?" Pegawai istana itu mengangkat selendang itu.Aku cepat-cepat mahu keluar dari situ tetapi satu tangan telah memegang hujung bajuku.

"Cantiknya rambut kakak!" Seorang budak kecil memuji rambutku di khalayak ramai.Beberapa kanak-kanak juga telah mengepungku.Aku tak dapat keluar dari sini.

"Kamu......" Ayahku turun daripada kudanya dan menuju ke arahku.Penduduk di situ juga memerhatikan ku seperti tidak percaya.

Alamak......identiti ku akan terbongkar sekejap lagi!

"Rambut kamu......mata kamu.....sama seperti puteri beta yang telah lama hilang.Siapakah nama kamu?" Permaisuri Quinisha iaitu ibuku mengusap rambutku.Aku dapat rasakan kasih sayang dengan setiap belaian daripadanya.Aku tidak dapat tahan lagi!!

"Maafkan anakanda......anakanda bersalah......" Air mataku gugur setitis demi setitis.Aku melutut dihadapan mereka.Mereka terkejut dengan tindakanku.

"Maafkan anakanda,ayahanda dan bonda!Anakanda bersalah!Maafkan anakanda!!" Aku menangis semahunya.

"Kamu....kamu......" Air mata mereka berdua hampir berlinang.Tidak mereka sangka......

"Anakanda Monica Pikalinche!Puteri bongsu kerajaan Lutotipus Neptunanis yang telah lama hilang!" Aku menarik bajuku untuk menunjukkan simbol puak Archeraint di bahuku.

"Tak mungkin!Anakku!!" Ibuku memelukku erat.Sangat erat.Air matanya membasahi di bahuku.Aku membalas pelukannya.

"Kamu masih hidup!Anak beta masih hidup!!" Jerit ayahku pula.Kami berpelukan.Semua penduduk di situ bersorak.

"Se...selamat kembali,adik." Suara yang paling aku nak dengar.Ya,suara Clanche Pikalinche.Kakak ku....

"Terima kasih wahai kakak ku yang tersayang." Aku memberi senyuman yang paling manis.Terserlah la lesung pipitku.Aku melihatnya agak gugup.Mungkin kerana takut.

"Selamat kembali,Monica." Jyan Mistygan.Aku menoleh ke arahnya.Senyuman masih terukir di bibirku.

"Terima kasih,putera Jyan." Ucapanku di balas dengan senyuman manisnya pula.Manisnya bak gula-gula kapas.

"Mari anakku,kita pulang ke istana.Kita mesti beritahu seluruh kerajaan tentang kamu." Mereka membawaku ke istana.Aku berasa gembira kerana dapat bersama keluargaku dan......

Aku berasa gembira kerana aku boleh laksanakan janjiku dahulu.

Janji apa?

Janji yang aku kata mahu musnahkan impian kakak ku mendapat semua harta kekayaan keluargaku dan jaminannya untuk menjadi permaisuri kelak.

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Beberapa hari selepas tersebarnya berita tentang aku di seluruh kerajaan.Ramai kerabat diraja datang ke istana untuk berjumpa denganku.

"Nasib baik tuanku selamat.Bagaimana tuanku boleh hilang sebelum ini?" Tanya salah seorang pembantu istana.

"R.A.H.S.I.A." Hanya itu yang aku mampu jawab.Aku akan dedahkannya bila masanya tiba.Sekarang aku perlu bersabar.

"Monica,kamu di mana?" Aku terdengar ibuku memanggil dari bawah.Aku berlari menuju ke arahnya.

"Ya,bonda.Ada apa?" Aku lihat ibuku sedang duduk di taman bunga.Aku sangat suka tempat ini.

"Sebenarnya ada surat untuk kamu tetapi alamatnya di kerajaan Brikraris Lisse." Aku terkejut.Aku mengambil surat itu dan aku bertambah terkejut apabila melihat nama penghantar itu.Ianya.....

Wilson Rosimare.

Mungkin dia tahu aku telah sampai di kerajaan disebabkan berita yang telah tersebar itu.

Aku membaca kandungannya.Ibuku hanya memerhatikan ku.

Kehadapan tuanku Monica,

Bagaimana tuanku sekarang?Mesti seronok lepas dapat berjumpa dengan keluarga tuanku.Haha......harap tuanku berada dalam keadaan sihat sejahtera.Sebenarnya patik mahu beritahu yang patik amat sunyi setelah kawan patik yang bernama Mocha tinggalkan patik.Semenjak dia tinggalkan patik,patik tiada kawan untuk berguarau.Patik tiada kawan untuk mengadu.Patik telah kehilangan kawan yang paling penting dalam hidup patik.Kalau patik tau siapakah gerangan Mocha itu,patik ada satu permintaan.Beritahu dia yang patik sangat cintakan dia dan rindukan dia.

Yang benar,
Wilson Rosimare.

Aku mengalirkan air mataku.Aku memeluk erat surat itu.Ibuku memelukku supaya aku tenang.Dia mengambil surat itu dan baca.Dia agak terkejut.

"Anakanda,boleh kamu cerita sedikit tentang Wilson ini?" Ibuku mengusap rambutku lembut.Aku berasa tenang sedikit tetapi tidak setenang nenek yang mengusapku dulu.

Aku mulakan ceritaku dari A ke Z tetapi hal aku hampir terbunuh oleh kakak ku sendiri aku masih rahsiakan.Hal itu tidak boleh didedahkan sekarang.

"Begitu la ceritanya.....anakanda berasa bersalah kerana meninggalkannya." Aku mengesat saki baki air mataku.

Ibuku mengangguk tanda faham.Dia mengukirkan satu senyuman manis untukku.

"Bonda harap kamu dapat tenangkan fikiran kamu dahulu.Jika kamu tahu apa yang perlu dilakukan,bertindak la segera yang mungkin." Ibu memegang bahuku.Aku tersenyum.

"Bonda juga dari dulu tidak berubah.Masih bijak walaupun umur semakin meningkat." Aku ketawa bersama ibuku.

Sudah lama tidak rasa bahagia seperti ini.Adakah ianya akan berkekalan selamanya atau sementara sahaja?

Entah la.....aku pun tidak tahu....

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢








Bab 3 siap!!Ok penat dan pening sebenarnya nak buat cerita fantasi ni.Gahahaha!!Vote comment kalau suka!Thx support author ye!!

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now