Looking For Me? - Bab 13

317 18 0
                                    

"Ahhhh....." Aku menghempaskan badanku di atas katil.Terasa penat pula untuk hari ni.

Dah la Jyan dengan Fline gaduh.Pastu Fline jadi pengawal peribadi aku semula.Dash pula tanya aku cintakan dia atau tidak.Apalah nasibku......

"Fline......"

Aku menyentuh bibirku dengan jariku.Aku masih dapat rasakan kehangatan bibirnya yang menyentuh bibirku.

Adakah aku cintakan Fline?

Benarkah?

Sesiapa.....

Tolong la aku cari jawapan......

"Monica......" Aku terkejut.Siapa yang panggil aku malam-malam begini?

"Monica.....di sini....." Aku bangkit dari katilku.Aku mencari dari mana suara itu datang.

"Cermin Monica.....saya di sini...." Aku memandang cerminku.Sekarang aku rasa mahu pengsan.Aku nampak......

Seorang gadis di dalam cermin itu!!

"Bagus la awak boleh nampak saya." Gadis itu tersenyum.Aku dengan beraninya mendekatkan diriku ke arah cermin itu

"Siapa.....awak....?" Aku mendekatkan lagi diriku.

"Fiona Gabrielsim." Aku terkejut.Gabrielsim bukankah nama keluarga Fline?!

"Mesti awak terkejut sebab saya ada nama macam abang.Abang saya Fline Gabrielsim." Gadis itu tersenyum lagi.Pada rupanya kemungkinan dia sebaya denganku.

"Macam mana awak boleh ada di dalam cermin bilik saya?" Soalku.Dia tersenyum tipis.

"Saya telah dibunuh oleh seseorang tetapi roh saya sempat memasuki cermin yang berdekatan.Sekarang saya tinggal di alam cermin." Jelasnya.

"Sudah berapa lama kamu dibunuh?" Aku merenungnya.Memang benar,rambutnya berwarna emas dan matanya berwarna coklat sama macam Fline.

"Awak ingat siapa yang bunuh awak?" Soalku kepadanya.Dia menggeleng.

"Saya hanya ingat dibunuh oleh seorang lelaki dan bukannya raksasa lagenda." Aku mengangguk tanda faham.

"Adakah benar awak adik Fline?" Soalku lagi.Masih was-was.

"Benar tuanku Monica Pikalinche.Tuanku tidak ingatkah kita selalu bermain bersama ketika kecil?" Aku mengimbas kembali memori dan kenangan ketika dulu.

-Flashback-

"Fline!Mana awak?" Aku merayau-rayau di taman.Mana Fline ni?Aku dah cari disekitar istana tetapi tiada.

"Hahaha!" Aku terdengar gelak ketawa.Aku mengintai sedikit di sebalik pokok bunga ros yang tumbuh.

Aku lihat Fline sedang bermain bersama seorang gadis yang seusia denganku.Aku memuncungkan mulutku,siapa dia tu?Kenapa dia boleh main dengan Fline?

"Abang!Cepatlah!" Mereka bermain kejar-kejar yang aku biasa main dengan Fline.Cemburunya aku!

"Fline!" Aku keluar dari sebalik pokok bunga ros.Aku memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Monica?Kenapa awak di sini?" Soal Fline.Apa punya soalan ni?!

"Cari abang la!Abang dah janji nak main dengan saya hari ni!" Aku menghentak-hentakkan kaki ku.Geram!

"Maaf la.Hari ni adik abang dari kampung datang melawat abang.Nama dia Fiona Gabrielsim." Aku lihat gadis yang bernama Fiona itu senyum.

"Hmmp!" Aku menoleh ke arah lain.Masih geram.

"Monica nak main dengan kami tak?Lagi ramai lagi seronok!" Fiona menarik-narik tanganku untuk bermain bersama.

Aku memandangnya.Memang betul seronok kalau main ramai-ramai tapi.....

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now