Looking For Me? - Bab 25

122 6 3
                                    

Someone's POV

Fline memandang ke luar tingkap istana.

Dia masih memikirkan tentang Monica.

"Hey,Fline." Seseorang menegurnya.

Dia memandang orang itu dengan terkejut.

"Kau buat apa kat sini?" Soalnya.

"Aku cuma nak meminta maaf." Lelaki itu memandang Fline.

"Dengan apa kau dah buat selama ni?"

"Aku tau aku salah.Maafkan aku."

"Vrick,kau sedar tak apa benda kau dah buat?" Vrick menunduk.

"Ya,aku tau."

"Jadi kenapa kau masih nak datang sini?Kau tau kan aku dan dia takkan maafkan kau."

"Aku......"

Belum sempat Vrick mahu bercakap,seorang doktor keluar dari bilik Monica.

"Maafkan saya.Saya mahu berjumpa dengan tunang Monica." Doktor itu memandang Fline.

"Saya bakal tunang Monica." Fline menuju ke hadapan doktor.

Vrick sedikit terkejut tetapi dia hanya menundukkan mukanya.

"Dan juga ayah kepada kandungan Monica." Vrick terkejut.

Fline juga sama.

Mereka memandang ke arah doktor tersebut.

"Ap....apa maksud doktor?"

"Masuk dan bertanya tentang itu dengan Monica." Dengan pantas,mereka memasuki bilik Monica.

×××××××××××××××××

Monica's POV

Aku melihat pintu terbuka dan mereka memasuki bilik ku.

"Monica,awak dah ok?" Fline memegang tanganku.

Aku mengangguk sambil memberinya senyuman yang manis.

Aku melihat Vrick masih berdiri di depan pintu.

"Hey Vrick." Dia memandangku.

"Duduklah.Nanti kau penat." Dia akur dengan arahanku.

Dia duduk di bangku yang agak jauh dari katil ku.

Aku dapat merasakan rasa bersalahnya.

"Monica,apa maksud doktor pasal kandungan awak?" Fline bertanya kepadaku.

Aku ketawa kecil.

"Sebenarnya,saya tak berniat pun nak gugurkan kandungan ni." Aku tersenyum.

"Kandungan ni langsung tak bersalah dalam hal kita.Jadi,saya rasa lebih baik dia dapat hidup dengan gembira."

Vrick memandangku.

Dia tersenyum lega.

"Maafkan aku,Monica." Dia meminta maaf.

"Aku tau ni salah aku jadi aku--"

"Shhhh!Diam!" Aku menghalangnya.

"Awak masih kene jalankan tanggungjawab awak juga." Aku ketawa.

"Saya pula bagaimana?" Fline mengenggam tanganku.

"Fline,saya masih mencintai awak.Jangan risau.Kita jaga kandungan ni sama-sama dan itu termasuk awak juga Vrick." Aku menjelingnya.

"Baiklah.Saya akan berusaha untuk jadi yang lebih baik." Dia tersenyum girang.

"Tapi apa benda yang ada di leher awak tu?" Soalku.

Vrick memegang kolar di lehernya.

"Ini pengesan.Dengan ni,saya perlu mengawal tahap kuasa saya.Kalau tidak,pihak kerajaan akan tau." Dia tersenyum.

"Jadi kita dah aman,kan?Dah jangan gaduh-gaduh ye?Fline saya akan sentiasa bersama awak.Vrick,awak kene jalankan tanggungjawab awak tetapi hubungan kita tidak lebih dari kawan baik." Vrick mengangguk lemah.

Barangkali masih menyesal dengan keputusan terburu-burunya.

"Hey,jangan la risau sangat.Benda ni pasti boleh kita hadapi sama-sama." Aku mengusap rambut Vrick.

"Monica,awak rehat la dulu ye.Awak nak apa-apa tak?Saya boleh belikan." Fline tersenyum.

"Saya nak.......kek coklat."

"Apa-apa sahaja untuk puteri kesayangan saya." Fline mengucup lembut dahiku.

Aku dapat rasakan kasih sayang yang ikhlas dari hati Fline.

"Vrick,nak ikut?" Fline memandang Vrick.

"Hmm." Vrick mengangguk lalu mereka berdua keluar dari bilikku.

Akhirnya,cerita aku boleh menjadi pengakhiran yang bahagia la kan?

×××××××××××××××××××

Fline's POV

Kami berdua keluar dari bilik Monica.

Setelah beberapa tapak kami berjalan,aku memandang Vrick.

"Vrick,aku maafkan kau." Aku tersenyum.

Vrick memandangku seakan tidak percaya.

"Betul ke?" Soalnya

"Ya.Monica nampaknya dah boleh terima kau.Jadi,aku rasa aku pon patut terima kau walaupun kau buat perkara yang x sepatutnya kau buat."

"Maafkan aku.Aku janji lepas ni aku akan jadi lebih baik."

Kami berpeluk tanda aman.

Nampaknya Vrick takde la seteruk yang disangkakan kalau kita betul-betul memahami dia.

"Aku harap kita dapat berusaha untuk melindungi Monica." Kami berjabat tangan.

"Ya." Kami berdua tersenyum.

Keputusan akhir,tiada sape yang menang dalam pertarungan.

Keputusan dibuat oleh Monica sendiri.

"Kita perlu terima takdir kita."

××××××××××××××××××××













Ok everyone.Special announcement!! Kemungkinan 'Looking For Me?' akan sampai ke pengakhirannya. Walaupun saya update lambat sangat,korang still sokong dan saya terharu 😭😭 Sebagai penghargaan , saya akan buat bonus untuk korang nnti lepas cerita ni dah abis. 😆😆😆 Stay tune!!

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now