Kami memandang sesama sendiri.Mereka nak makan kami ke?Mereka nak bunuh kami ke?
Ayahanda!Bonda!Tolong!
Seorang wanita berjalan ke arahku dan tangannya diangkat.
Aku pejamkan mataku kerana ketakutan.Apa dia nak buat ni?!
Aku dapat rasakan rambutku diusap perlahan.Aku perlahan-lahan membuka mataku.
Wanita itu tersenyum ke arahku.Aku masih kaku.
"Apa nama kamu?" Tanya wanita itu.
"Mo.....Monica Pikalinche." Kataku gagap.
"Jangan takut.Kami tak akan cederakan awak kalau awak ada niat yang baik." Kata wanita itu lagi.
"Bonda,dia membawa Pippo pulang ke sini.Jadi,dia mempunyai niat yang baik." Kata putera Vyint.Wanita ni bonda awak?!!
"Oh begitu....." Wanita itu tersenyum.
"Wah adik,selalu sahaja manusia yang cantik datang ke sini.Untung betul kamu ye." Seorang lelaki yang kemungkinan abang kepada putera Vyint terapung di belakangnya.
"Bukan selalu,abang Vrick.Jarang sangat." Balas putera Vyint.
Aku memandang ke arah mereka dan lihat semua susuk tubuh didepanku.
"Maaf la sebab dah takutkan kamu,Monica.Beta permaisuri di kerajaan ini.Nama beta permaisuri Glina." Jawab permaisuri Glina dengan lembut.
"Umm.....tak...takpe!" Kataku gagap.
Walaupun gagap tetapi aku mesti berikan mereka senyuman yang manis.
"Cantik betul senyuman kamu." Puji permaisuri Glina yang membuatkan muka aku menjadi bahang.
Adududu!
Jangan la time ni nak blushing plak!!
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
Vrick's POV
"Umm....tak.....takpe!" Gadis dihadapan bonda takut tetapi dia masih memberikan senyuman yang membuatkan hatiku berdebar.
Selama 14500 tahun aku hidup,tiada seorang gadis biasa pon yang membuatkan hatiku berdebar sekencang ini.
Malah,aku akan membunuh semua manusia atau sesiapa yang aku jumpa.
Adakah gadis ini unik?
Aku dapat rasakan hatinya yang suci.
Tetapi.....
Masih ada sedikit bahagian hatinya yang tidak dapat aku baca.
Hatinya bukan seperti orang biasa.
Oh tidak!
Gadis itu memandang dan kami bertentangan mata untuk seketika sebelum aku mengalih pandanganku.
"Monica,saya rasa kita perlu pulang semula.Jika tidak,kemungkinan mereka fikir kita telah hilang." Aku memandang ke arah suara yang bercakap dengan gadis yang bernama Monica itu.
"Saya pun rasa begitu." Mereka bercakap sambil bertentangan mata.
Mereka merenung mata sesama sendiri.
Dan aku ternampak ikatan hubungan antara mereka.
Tidak berapa kukuh tetapi buat masa ini mungkin mereka akan kekal.
Dup!Dap!Dup!Dap!
Aku terkejut apabila jantungku berdegup kencang.Sangat kencang!
Perasaan ini bukan kerana malu.
YOU ARE READING
Looking For Me? (Finished)
FantasyAku Monica Pikalinche. Aku puteri kerajaan Lutotipus Neptunanis. Tetapi adakah mereka masih percaya kewujudan ku? Kenapa aku berkata begini? Kerana kakak ku yang kejam. Disebabkan harta dan cemburu dia cuba untuk membunuhku.Hampir berjaya tetapi aku...