Looking For Me? - Bab 10

330 21 0
                                    

Fline's POV

"Uurgh......" Aku terjaga dari tidurku.Dah pagi?Macam mana aku boleh ada di katil?

Ahh!Sakitnya kepalaku!Mungkin sebab aku minum terlampau banyak malam tadi.Bolt kot yang bawa aku masuk bilik.

Kejap!Ini bukan bilik aku!Aku lihat sekeliling.Sah!Memang bukan bilik aku!

"Hmm....." Aku terkejut.Aku memandang ke bawah dan nampak puteri Monica sedang tidur lena.

Alamak!Macam mana ni?!Jangan kata puteri yang bawa aku masuk bilik!Lagipun ni bilik khas untuk dia.

Aku perlahan-lahan turun dari katil supaya tidak terkejutkan puteri.Aku hidu dulu katil yang aku tidur semalam.Aku takut katil itu berbau arak.

Aku mengangkat puteri Monica ke atas katil.Aku tak nak dia bangun kerana mukanya kelihatan penat.

"Fline......" Aku tersentak.Dia memanggil namaku?Tetapi dia sedang tidur.Adakah dia sedang bermimpi?

Aku mendekatkan mukaku dengannya.Wajahnya itu kelihatan sangat cantik ketika tidur.Dengkuran halusnya juga seperti seorang bayi sedang tidur.

"Terima kasih,tuanku." Aku tersenyum sambil memerhatikannya tidur.

Tanpa aku sedari,aku mendekatkan lagi wajahku dengannya.Aku seperti tidak sedarkan diri.Aku seperti dirasuk.Akhirnya......

Chup~

Aku tersedar.Aku mengundur diriku ke belakang dengan cepat.Aku memegang bibirku dengan perasaan tidak percaya.Jantungku berdegup kencang dan laju.Aku....aku....

Aku tercium bibir puteri Monica!

Nasib baik dia tidak sedar lagi.Gyaaa!Malunya aku!Kalau dia tau aku tercium dia mungkin dia tidak akan maafkan aku.Mungkin dia akan jatuhkan hukuman mati kepada aku!

"Hyuu....." Dia masih dibuai mimpi.Aku memandangnya.Bibirku aku sentuh.Kehangatan bibirnya masih aku dapat rasa.

Heh.....mungkin tidak apa aku terciumnya.Bukannya dia tau.

Aku bangun dan mahu keluar dari bilik itu tetapi mataku masih tidak lekang memandang bibirnya yang merah.

Akhirnya aku tidak dapat tahan lagi.Aku melutut di sisi katilnya.

Dan sekali lagi......

Chup~

Aku mencium bibirnya tetapi yang ini agak lama sedikit.Aku menciumnya dua kali.

Teruknya kau ni,Fline!Macam mana kalau kau curi ciuman pertamanya?Dia mesti marah!Kata hatiku.

Lantaklah!Aku tidak kisah jika dia memarahiku!

Akhirnya aku melepaskan ciumanku apabila aku terdengar dia merengek sedikit.Tidak dapat bernafas mungkin.Hahaha.....

Rambutnya aku sisipkan ke belakang untuk melihat wajahnya yang cantik.Kenapa la kau ni cantik sangat wahai tuan puteri?

Mungkin ini sebabnya aku sayangkan kau sejak kecil.

"Aku cintakan kau......" omelku sendiri.

Aku ketawa kecil lalu keluar dari bilik itu.Hatiku masih berdebar-debar kerana ciuman tadi.

Tidak apakan aku cium gadis yang aku sayang?

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Monica's POV

Ktakk!

Aku bangun dari posisi baringku ke duduk selepas aku mendengar bunyi pintu ditutup.Hatiku berdegup kencang.Bibirku aku sentuh.

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now