Looking For Me? - Bab 22

194 10 3
                                    

Monica's POV

Aku berjalan menuju ke bilik tidur yang telah disediakan.

"Haaaa......" Aku menguap kerana aku berasa sangat mengantuk.

Hmm.....lagi seronok tidur dalam bilik Vrick.

Mesti dia tak kisah!

Lagipun biliknya lebih sejuk kerana berada di tingkat atas.

Mana dia ni?

Aku berjalan di koridor berhampiran bilik bacaan Vrick.

Dia ada kat dalam ke?

Aku berjalan dengan perlahan supaya aku boleh terkejutkan dia.

Tiba-tiba....

"Mereka semakin dekat.Kita kene halang mereka sebelum mereka berjaya sampai ke sini.Aku tak nak kehilangan Monica,faham?!" Kedengaran jeritan Vrick dari bilik bacaan itu.

"Baiklah,tuanku.Patik faham perasaan tuanku terhadapnya.Tetapi,bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan tuanku?Kerana ketika tuanku pertama kali bertemu tuanku,dia agak takut." Soalan itu membuatku terkejut.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah apabila Vrick berkata.....

"Aku letak satu sumpahan.Aku letak sumpahan yang membuatkan aku satu-satunya lelaki yang terbaik untuk hidup dia.Ayat singkatnya ialah sumpahan cinta."

"Tuanku memang seorang yang bijaksana.Dia akan menjadi permaisuri Naga Hitam yang seterusnya." Aku dapat dengar mereka bergelak ketawa.

Sumpahan cinta?

Tetapi kenapa?

Bila aku memikirkannya,kepala aku menjadi sakit.

"Uuhh....." Aku memegang kepalaku.

Mataku seperti berpinar.

"Hikss.....Vr...Vrick....." Aku terduduk kerana kakiku berasa lemah.

Kreakk....

Aku dapat dengar bunyi pintu terbuka dan apabila aku memandang di sisiku....

Vrick sedang memandangku dengan wajah terkejut.

"Mo....Monica!Kenapa ni?!" Dia dengan pantas memelukku dan cuba untuk menenangkan ku.

Aku tidak menjawab sepatah perkataan pun tetapi aku membalas pelukannya dengan erat.

"Sayang.....kenapa ni?Kenapa awak menangis?" Dia mengusap kepalaku.

"Saya.....cuma mengantuk." Aku memandangnya.

"Haish.....sayang,awak ni biar betul." Dia ketawa kecil.

"Tuanku,saya minta diri dulu." Kata lelaki yang bersama Vrick sebentar tadi dan dia hanya mengangguk.

"Sayang,kita pergi tidur ye.Awak dah penat sangat ni." Aku tersenyum nipis.

Dia mencium bibirku dan mendukungku.

"Malam ni saya kene tidur sambil lihat muka awak yang letih la pula.Kalau boleh,saya nak lihat awak senyum walaupun semasa tidur." Dia mengeluh.

"Adakah itu sebab saya rasa seperti diperhatikan walaupun ketika tidur?" Dia hanya ketawa.

Ketawanya membuat hatiku berasa tenang sedikit.

Tetapi masih......

Kenapa awak letakkan sumpahan cinta terhadap saya?

Adakah sebelum ni saya bencikan awak?

♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now