Looking For Me? - Bab 5

311 22 2
                                    

"Selamat pagi!" Aku memasuki ruang makan.Semua sudah duduk di situ.

"Selamat pagi,Monica." Ibuku memberi senyuman yang paling manis.Uhhh terpesona hatiku!

"Kenapa ceria semacam ni,Monica?" Tanya ayahku.Dia memandang ku tidak berkelip.

"Ayahanda,Monica ada satu permintaan.Satu je." Aku tersengih.Mereka memandang ku tidak berkelip.

"Permintaan apa tu?" Tanya ayahku lagi.

"Monica mahu pergi ke kerajaan Brikraris Lisse." Aku mengambil sekeping roti dan mula memakannya.

Reaksi diorang semua?

Semua tercengang dan terkejut.Sampai dayang-dayang di istana juga terkejut.

Cuak betul ye diorang.

"Tetapi mengapa Monica mahu pergi ke sana?Itu adalah musuh kerajaan kita." Ayahku seperti tidak bersetuju dengan permintaanku.

Aku?

Aku memuncungkan bibirku.

Muka ku menjadi masam mencuka.

"Sebab Monica nak jumpa Wilson." aku terkejut.Hampir sahaja mahu jatuh dari kerusi.

Ma....macam mana kakak aku tau?!

Kejap.....entah-entah dia menyelongkar bilik ku lagi.Dia mesti terjumpa surat tu!!

"Siapa Wilson?" Alamak!Putera Jyan tanya soalan yang aku harapkan dia tak tanya.

Dia menjelingku dengan tajam.

Aku pula telah berpeluh-peluh.Seram sejuk aku dibuatnya.

"Wilson Rosimare.Kawan Monica ketika dia berada di kerajaan Brikraris Lisse.Betulkan,Monica?" Kakak ku memberikan senyuman yang tidak berapa ikhlas.

Dia mataku,senyuman itu seperti.....

Senyuman kemenangan!

Aargh!!Aku benci senyuman tu!!

"Betul ke Monica?" Ayahku memandangku.Dia inginkan kepastian.

"Haaaa......betul tu,ayahanda.Kalau bukan disebabkan Wilson itu,mungkin Monica tak akan berjaya hidup sampai sekarang.Dia yang selalu memberikan sokongan kepada Monica." Aku menggaru pipiku.Sudah.....muka ku telah menjadi bahang semula.

Aku perasan ada sepasang mata yang merenungku tajam.Tak perlu bagitau siapa....korang semua sudah tahu kan?

"Baiklah.Kerajaan mereka juga ada bagitau yang mereka tidak akan mengacau rakyat yang datang ke situ dengan niat baik." Aku memandang ayahku.Adakah ini mimpi?Ayahku memberi kebenaran untukku ke situ?

"Bila kamu akan gerak,sayang?" Gerak bila?Kalau boleh......

"Kalau boleh.....Monica mahu gerak sekarang." Aku bangun dari tempat duduk ku.

"Tetapi kamu perlu ada pengawal!" Aku toleh ke belakang.Aku memberinya senyuman.

"Jangan risau la,ayahanda!Monica baik-baik sahaja!" Aku terus berlari keluar dari istana.

Apa?Korang fikir aku memakai baju gaun seperti puteri-puteri lain?

Jangan harap!

Aku hanya memakai baju t-shirt dan seluar panjang.

Adab pemakaian?

Siapa kisah?Ini hidup aku!

Aku berlari keluar dari pagar kerajaan Lutotipus Neptunanis dan menuju ke kerajaan Brikraris Lisse.

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now