Looking For Me? - Bab 8

303 20 0
                                    

Di istana kerajaan Brikraris Lisse.

"Hmm.....semua makanan nampak menyelerakan!" Aku teruja apabila melihat makanan yang terhidang.Rasa macam mahu makan kesemuanya.

Pok!

"Aduh!" Aku menggosok kepalaku apabila dapat pukulan percuma daripada ibuku.

"Kamu sekarang seorang puteri,Monica.Kamu kene jaga adab." Ibuku menggelengkan kepalanya.

Aku memuncungkan mulutku.Aku cuma teruja sahaja.

"Jemput makan tuanku." Semua dayang-dayang di situ menghidangkan makanan.

Aku lihat mereka menghidangkan ikan Tyuns.Ikan yang aku biasa tangkap dengan nenek ketika dia masa hidup.Kami biasanya menggunakan ikan ini untuk membuat ubat tetapi ia juga sedap dimakan.

"Nenek........" Tiba-tiba air mataku mengalir dengan sendirinya.Semua yang berada di situ agak terkejut.

"Kenapa ni Monica?" Ibuku mengusap-ngusap belakang badanku.Aku hanya menggeleng.

"Maafkan saya.Saya minta diri dulu." Aku bangun dari kerusiku.Aku mengesat air mata yang mengalir dan berlalu menuju ke luar istana.

Sedih.......

Aku teringatkan nenek.

Nenek,Monica rindukan nenek.

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Dash's POV

"Maafkan saya.Saya minta diri dulu." Aku melihat Monica bangun dan berlalu dari bilik santapan.Dia mengesat air mata yang membasahi pipinya.

"Maafkan saya,tuanku.Kenapa dengan puteri Monica?" Soalku kepada permaisuri Quinisha.Dia mengeluh sedikit.

"Sebenarnya,ketika dia hilang......dia berada di kerajaan ini.Dia tinggal di sini." Aku terkejut.Tak mungkin.....jadi selama ini dia tinggal di kerajaanku?

"Dia beritahu beta bahawa dia telah sesat di dalam hutan dan dia terjatuh ke dalam gaung tetapi dia diselamatkan oleh seorang nenek yang menjaganya sehingga besar.Nenek itu baru sahaja meninggal.Dia berkata dia datang semula ke pangkuan keluarga kerana itu adalah permintaan terakhir neneknya.Beta juga terkejut apabila dapat tau sebenarnya dia berada dekat dengan kita tetapi kerana konflik kerajaan kami tidak menyedarinya." Aku bertambah terkejut.

Dia sesat dan jatuh ke dalam gaung?

Tinggal dengan orang asing dari kerajaan musuh?

"Dia juga berkata yang dia tipu tentang identitinya.Dia tinggal di kerajaan ini dengan nama Mocha.Dia kata dia mahu memulakan hidup baru sebagai seorang gadis normal dan bukan sebagai seorang puteri." Permaisuri Quinisha mengeluh lagi.

Kehidupannya sangat susah.

Patut la ketika aku lihat matanya.

Aku dapat rasakan jiwa yang kesunyian berada di dalam matanya.

"Maafkan saya.Saya akan mencari puteri Monica sebentar." Aku bangun dari kerusi dan berlari untuk mencari Monica.

Kerana aku tau.......

Dia sedang berasa sunyi sekarang.

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

Monica's POV

Aku menangis di taman bunga ros istana Brikraris Lisse.

Aku tak dapat tahan rasa sebak di hati ini.Aku rasa mahu meraung sekuat hati.

Aku rindukan nenek.

Tap!Tap!Tap!Tap!

Aku dapat dengar derapan kaki seseorang sedang berlari.Aku menoleh ke belakang.

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now