"Hai!"
"Han.....hantu!!!" Aku dan Fline berpelukan kerana ketakutan yang amat sangat.
"Hantu?Mana?" Benda itu melihat sekeliling.
"Kau la hantu tu!!" Fline menjerit.Hamboii....hilang macho Fline.
"Saya bukan hantu la.Nama saya Pippo.Selamat berkenalan!" Pippo mengenalkan dirinya.
"Kau ni apa?" Soalku.
"Saya Pippo.Saya seekor Griwn." Aku memandangnya.Rupanya seperti seekor musang yang sangat kecil dengan badan berwarna biru dan putih.Matanya pula besar dan berwarna merah jambu.
"Adakah awak......baik?" Soalku.Dia ketawa kecil.
"Sudah semestinya!" Aku lihat dia tersenyum.
"Comelnya!" Aku tidak dapat menahan diri lagi dengan kecomelan Pippo!
"Aaarrgh!Tuan puteri,saya tak boleh bernafas!!" Jerit Pippo.Aku ketawa pecah perut.
"Jadi,kenapa Pippo ada kat dalam buku tu?" Soal Fline.
"Sebenarnya saya telah ditangkap dan dimasukkan di dalam buku ini sejak 300 tahun yang lalu oleh seorang ahli sihir yang jahat!Disebabkan itu,saya telah terpisah dengan tuan muda saya!" Kata Pippo dengan keadaan marah.
Tapi bagi aku.......
Comelnya Pippo!
"Siapa tuan muda kamu?" Soalku pula.Pippo memandangku dengan mata merah jambunya.
"Tuan muda Vyint.Putera kerajaan Vwayer Blanxh.Kerajaan naga hitam." Aku dan Fline terkejut.Kerajaan naga hitam?!
"Ta.....tapi bagaimana buku ni boleh sampai di sini?" Aku tidak percaya.Bagaimana......bagaimana?
"Kemungkinan seseorang telah mengambil buku ini dan letakkannya disini." Kata Pippo.Mukanya sedikit sedih.
Adakah Pippo rindu dengan tuan muda Vyint?
"Kamu rindukan tuan kamu ke Pippo?" Pippo memandangku lalu mengangguk perlahan.Aku tersenyum.
"Mari berjumpa dengan keluarga saya.Lepastu kita akan berbincang supaya awak dapat pulang dengan selamat." Pippo tersenyum lebar dengan mulut kecilnya tu.
"Terima kasih tuan puteri!Jasa tuan puteri akan saya kenang selamanya!" Pippo menangis dengan mata bulatnya.Oh tidak......aku tak dapat tahan dengan kecomelannya!
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢
"Kerajaan naga hitam?!!" Semua yang berada di situ terkejut.Pippo hanya mengangguk.
"Saya ditangkap dan dimasukkan di dalam buku yang puteri Monica jumpa.Saya harap saya boleh berjumpa dengan tuan muda saya sekali lagi.Tolonglah....." Rayu Pippo.Aku memandangnya dengan wajah sayu.
Mesti kau rindu seperti mana aku rindu nenek kan?
"Ayahanda,Monica mahu tolong Pippo." Aku bangkit dari tempat duduk ku.Ayahanda kelihatan terkejut.
"Tapi keraja--"
"Monica tau kerajaan itu sangat berbahaya tetapi Monica tidak sanggup melihat Pippo sedih.Sudah la 300 tahun tidak berjumpa tuannya." Kataku sambil mengusap kepala Pippo.
"Tapi dengan siapa kamu mahu pergi?" Soalnya.Aku tersenyum.
"Denga----" Belum sempat aku menghabiskan ayatku,seorang pengawal memasuki bilik perbincangan kami.
"Tuanku Monica,seseorang datang untuk berjumpa dengan tuanku." Katanya
Akhirnya,kau sampai juga.
YOU ARE READING
Looking For Me? (Finished)
FantasiAku Monica Pikalinche. Aku puteri kerajaan Lutotipus Neptunanis. Tetapi adakah mereka masih percaya kewujudan ku? Kenapa aku berkata begini? Kerana kakak ku yang kejam. Disebabkan harta dan cemburu dia cuba untuk membunuhku.Hampir berjaya tetapi aku...