Monica's POV
Aku berjalan di taman untuk menenangkan fikiranku sebentar.
Bushh.....
Aku terkejut apabila pokok di belakang berbunyi lalu aku menoleh kebelakang.
"Hai." Wilson mengenyitkan matanya kepadaku.
Aku menghela nafas lega.
"Terkejut saya.Ingatkan siapa la tadi." Aku ketawa kecil.
"Hehe.Saya jela." Dia tersengih.
"Awak nak apa-apa ke?" Soalku.
"Jangan la tanya awal-awal.Rasa macam awak tak nak tengok muka saya je." Wilson tersenyum hambar.
"Eh!Mana ada saya kata saya tak nak tengok muka awak.Saya suka tengok muka awak la." Aku pula rasa bersalah.
"Betul ke?" Wilson merenungku.
"Betul lah." Aku tersenyum manis.
Mestilah aku suka lihat mukanya.
Sebab......
"Awak kawan baik seumur hidup saya." Aku memberinya senyuman yang paling manis.
"Kawan baik je?Tu je?Tu.....je...?" Dia menunduk melihat lantai.
Aku terkejut.Kenapa dengan Wilson hari ni?
"Aku hidup bersama kau sejak kita kecil.....tapi kau anggap aku sebagai kawan baik kau.Fline pula baru je kau jumpa tapi kau dah jatuh cinta dengan dia......kenapa?" Dia merenungku tajam.
Aku terkedu.
"He...hey....ap...apa yang awak merepek ni,Wilson?" Aku mula menggelabah.
"Walaupun aku dah bagitau kau aku jatuh cinta dengan kau tapi kau tetap nak Fline.Apa kurangnya aku?" Dia mula berjalan setapak demi setapak ke depan.
Aku mengundur ke belakang.
Wilson,apa kau cakap ni?!
"Wil....son?" Aku terhenti apabila aku terperangkap di pokok-pokok.
Bang!
Dia menumbuk pokok di belakangku sehingga pokok itu seperti mahu patah.Tangannya betul-betul di sebelah muka ku.Aku terkejut.
Sangat terkejut.
"Kenapa kau buat macam ni?Kau tak suka aku ke?" Mukanya makin dekat dan dekat.
"Wilson....berhenti...." Aku cuba untuk menolaknya tapi dia terlalu kuat.
"Mesti kau cantik bila pakai baju pengantin." Kata Wilson dengan senyuman manis.
Aku menelan air liurku.
"Berhenti la Wilson." Aku cuba untuk melepaskan diri tapi malangnya dia memegang bahuku.
"Tapi lagi cantik dan berseri kalau aku pengantin lelakinya."
Chup!
Aku terkedu apabila Wilson mencium bibirku.
"Wilson!Lepaskan saya!" Aku cuba menolaknya tapi dia memelukku erat.
Dia meletakkan mukanya dia leherku.
Aku dapat dengar deruan nafas beratnya.
"Kenapa saya perlu lepaskan bidadari yang ada kat depan saya sekarang ni?" Soalnya dengan ketawa kecil.
Tangannya yang memegang bahuku semakin kuat.
"Berhentilah Wilson!!" Aku menolaknya sekuat mungkin dan......
YOU ARE READING
Looking For Me? (Finished)
FantasyAku Monica Pikalinche. Aku puteri kerajaan Lutotipus Neptunanis. Tetapi adakah mereka masih percaya kewujudan ku? Kenapa aku berkata begini? Kerana kakak ku yang kejam. Disebabkan harta dan cemburu dia cuba untuk membunuhku.Hampir berjaya tetapi aku...