Looking For Me? - Bab 6

314 19 10
                                    

Aku berlari menuju ke kawasan kampung.Aku lihat semua penduduk di situ sedang lari berkeliaran menyelamatkan diri.

"Wilson!Kau tolong pindahkan semua penduduk kampung ke kawasan selamat!Naga ni.....biar aku yang uruskan!" Aku berlari menuju ke arah naga itu.

Wilson berlari sepantas kilat memindahkan semua penduduk kampung ke kawasan selamat.

Aku membaca mantera untuk mengeluarkan kuasa kilat merahku.Aku menaiki sebuah bangunan yang tinggi.

Aku lihat naga itu perasan kehadiranku.Dia menuju ke arahku untuk menyerang.

"Wahai kilat merah di dunia kegelapan!Pinjamkan kepadaku kuasamu yang agung!!" Serta merta awan di langit berubah hitam.Kilat merah mula memancar di sekeliling.

"Groooaaarr!!" Naga itu menjadi lebih agresif.Aku tersenyum.....

Rasa seronok pula!

"Sihir kilat merah!Pengurungan!" naga itu dikepung dengan bebola kilat merah.Naga itu tidak dapat keluar dari situ lagi.

Aku lompat setinggi yang boleh dan berada di atas naga itu.

"Sihir kilat merah!Pedang Electred Death!!" Aku menikam naga itu tepat di jantungnya dan aku lompat ke bawah.

"Sihir kilat merah!Death boom!!" Akhirnya naga itu hancur berkecai.Darahnya terpercik di serata tempat.

"Kalau aku tak bersihkan semua ni,kemungkinan darah itu mempunyai racun." Gumam hatiku.

Aahh!Aku teringat satu sihir yang diajar oleh nenek dulu.

"Sihir pembersihan!Bloom!!" Sihir ini boleh membersihkan serata tempat yang tercemar dengan benda buruk.

Selalunya sihir ini untuk membersihkan herba yang tercemar dengan darah atau kotoran yang susah untuk ditanggalkan tetapi nenek kata ia juga boleh digunakan untuk membersihkan tempat yang kotor.

Tetapi sihir ini mempunyai kelemahan juga......

"Uuurgh!!" Lepas sahaja kawasan kampung bersih,badanku menjadi lemah.

Ini la kelemahan sihir itu,sihir ini akan mengambil kuasa kita jika menggunakannya.Semakin luas atau banyak tempat yang mahu dibersihkan,semakin banyak kuasa yang diambil.

Jadi kami tidak menggunakannya sangat tetapi kuasa kita akan pulih jika kita makan herba atau dirawat menggunakan kuasa healing.

Bukk!!

Akhirnya aku jatuh ke tanah.Dadaku turun naik dengan sangat laju.Nafasku seperti tersekat-sekat.Kemungkinan banyak sangat kuasa yang diambil.

"Mocha!!" Wilson berlari untuk mendapatkan ku.Aku memandangnya.Mukanya sangat pucat.Mesti sebab berlari tanpa henti.

"Mocha,bertahan!" Wilson mengangkat badanku.Aku masih tercungap-cungap.

Penat.

Itu la yang aku rasa sekarang ni.Sangat penat.

"Maafkan beta tetapi adakah dia yang menewaskan naga itu tadi?" Suara seorang lelaki kedengaran.Beta?Adakah dia raja di kerajaan Brikraris Lisse.

Siapakah dia?Aku mahu melihat wajah mereka tetapi....

Belum sempat aku dapat melihat wajah mereka.

Fuuhh......

Mataku menjadi berat lalu aku pengsan.Walaupun pengsan,aku masih dapat dengar suara mereka walaupun tidak jelas.

Akhirnya aku dapat rehatkan badanku..........

♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

"Humm......" Aku membuka mataku perlahan.Badanku sedikit lemah tetapi tidak selemah sebelum ini.

Looking For Me? (Finished)Where stories live. Discover now