"Oh!Anakanda pulang dengan selamat!Gugur jantung bonda apabila dapat tahu kamu berlawan dengan naga di kerajaan Brikraris Lisse!!" Ibu memelukku erat setelah aku sampai di istana.
Aku dihantar oleh keluarga diraja kerajaan Brikraris Lisse sendiri.Katanya mereka ada sesuatu mahu dibincangkan.
"Raja Wrinston,saya gembira berjumpa dengan kamu." Raja Krint iaitu ayah Dash berjabat tangan dengan ayahku.
"Ya,ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ayah dan raja Krint tidak berapa mesra kerana.....hello!Siapa je yang baik dengan musuh sendiri?
"Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada puteri Monica yang menyelamatkan kerajaan saya.Disebabkan itu,saya fikir untuk berdamai dengan kerajaan kamu untuk membalas budi." Kata-kata itu membuatkan aku terkejut.Ibuku juga terkejut.Senang cerita semua di situ terkejut.
"Saya sudah berbincang dengan isteri dan semua pihak berkuasa di kerajaan saya.Kami bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan Lutotipus Neptunanis.Jika kerabat diraja kerajaan Lutotipus Neptunanis bersetuju,sila tandangan surat perjanjian damai ini." Raja Krint memberi ayahku sehelai kertas iaitu surat perjanjian.
"Saya berbesar hati untuk berdamai dengan kamu." Ayahku menandatangani surat perjanjian itu.
"Dengan ini,kerajaan Lutotipus Neptunanis dan kerajaan Brikraris Lisse bebas daripada segala peperangan." Mereka berdua berjabat tangan.Semua yang menjadi saksi menepuk tangan.
"Baiklah.Kita akan mengumumkan berita ini esok pagi." Kata raja Krint.
Aku berasa gembira kerana akhirnya dua kerajaan ini boleh berdamai.Lega rasa di hati ini.
"Semoga ikatan ini berkekalan." Ayahku berjabat tangan dengan raja Krint sebelum mereka berangkat pulang.
Tiba-tiba aku rasa seseorang mencuit bahuku dari belakang.Aku menoleh.Rupanya putera Dash.
"Kenapa ni,tuanku?" Soalku dengan sopan.
"Kalau boleh,datang la ke istana esok dan eerr......tak perlu la memanggil saya tuanku.Panggil sahaja Dash." Dia tersengih senget.
"Baiklah Dash.Saya akan datang ke istana awak esok.Awak pun panggil la saya Monica." Aku tersenyum.
"Heh....baiklah." Kami berjabat tangan sebelum Dash meminta diri untuk pergi.
"Ah!" Tiba-tiba Dash berpusing ke belakang.Dia berlari ke arahku dan....
Chuu~
Dia mencium pipiku!Aku memegang pipiku yang dicium olehnya.Muka ku memerah.
"Itu adalah salah satu cara kami berkata selamat tinggal.Jumpa lagi!" Dia melambai ke arahku lalu masuk ke dalam kereta kuda dirajanya.
Aku masih terkaku.Langsung tidak memberi tindak balas sehingga la kereta kuda mereka berlalu pergi.
"Kamu ok,Monica?" Aku terkejut.Aku memandang ibuku yang tersenyum.
"Ya....ya bonda!Sa...saya ok!!" Aku menjadi gelabah kerana ini adalah pertama kali aku dicium oleh lelaki.
Dengan Wilson pon aku tidak pernah!Setakat peluk itu kami sudah biasa!
"Kamu malu ya?" Ibuku sengaja memerliku.
Muka ku bertukar merah bak strawberri.Muka ku bahang seperti berada di sauna.
"Eerr.....errr.....Monica masuk bilik dulu!!" Aku berlari sepantas kilat menuju ke bilik ku.
"Haaa.....seronoknya jadi muda kan kanda?" Ibuku ketawa kecil.
♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢♢

YOU ARE READING
Looking For Me? (Finished)
خيال (فانتازيا)Aku Monica Pikalinche. Aku puteri kerajaan Lutotipus Neptunanis. Tetapi adakah mereka masih percaya kewujudan ku? Kenapa aku berkata begini? Kerana kakak ku yang kejam. Disebabkan harta dan cemburu dia cuba untuk membunuhku.Hampir berjaya tetapi aku...