Bab 4

3.8K 84 1
                                    

Akhirnya sampai jua di Rumah agam milik Tengku Ikhmal. 

" Welcome back Tengku Izzara Husna.  " Tengku Ikhmal berdiri di pintu utama bersama isterinya. Datin nur Amanina.

"Mama!  Papa!  " Ara keluar sahaja dari kereta terus berlari anak mendapatkan mama dan papanya. 

"papa sihat? Mama sihat? " Ara menyalam kedua-dua ibu bapanya. 

"Alhamdulillah ,sihat" jawab mereka dengan serentak. Ara lantas memeluk kedua-dua ibu bapanya.  Rindu sgt! 

" makin cantik anak mama ni " puji Datin Nur Amanina. 

"Tengok la mama dia kan " kata Ara

"Ehh mama ja?  Papa tak? " tengku ikhmal bernada merajuk

"Alolo papa pon sekali" Ara terus memeluk papanya. 

"Amboii anak dara seorang ni da balik da. Lupa terus dengan nenek dia ni " Hajah Umairah mula bersuara setelah melihat Ara di pintu Utama rumahnya. 

"Nenek, Ara rinduuuuuu! " Pelukan Ara tukar ke neneknya.  Hajah Umairah kelihatan sungguh uzur. Usianya sudah mencapai  75 tahun.

"Haa tak yah nak peluk-peluk,  nie da makan ke belum?  " tanya Hajah Umairah

"Belumm, lapar ni " rengek Ara. Antara mama, papa dan nenek.  Dengan nenek la Ara paling manja. 

"Jom makan, mak limah pun dah sediakan makanan dekat meja " kata Hajah Umairah
******

"Sedapnyaa masakan Mak Limah " puji Ara

"Ehh biasa-biasa je" jawab Mak limah dengan perasaan malu.

"Ara.. Nenek rasa kamu patut tahu ...Nenek nak kamu...." Hajah Umairah mula memberitahu hajatnya.

"Mak, Ara baru balik lagi kan "Tak sempat Hajah Umairah menghabiskan ayat, Datin Nur Amanina memotong Ayatnya. 

"Haa betul tu.. Esok lusa la " Sokong Tengku Ikhmal..

"Hmm yela, " Hajah Umairah mengalah .

Ara hanya memandang mereka bertiga.  Perasaannya tertanya-tanya. Apa yang hendak dikatakan oleh neneknya.  Makanan didalam pinggan disuap kedalam mulut. Fikirannya fikir tentang lain. 

"Mama, papa, nenek , Ara naik bilik dulu ya " Ara bangun lalu berjalan ke arah biliknya. 

******

Pintu bilik dikuak,  suasana masih sama seperti enam tahun lepas , cuma yang tukar langsir dan cadar katil . Langsir dibilik diselak bagi cahaya matahari dapat masuk biliknya .
Meja di balkoni masih sama,  sedikit pun tiada perubahan . Remote penghawa dingin dicapai. Butang on di tekan. 

Ara menghenyak badannya ke atas katil bersaiz king . Cadar bunga-bunga di gosok-gosok .
"Sedapnya tilam ni "

Ara berjalan ke meja make-up,  dikeluar bekas pin tudungnya dari handbagnya.  Lilitan tudungnya di buka. Ikatan rambutnya turut di buka.  Terurai rambutnya yang panjang sampai ke pinggang.

Ara menyusun pakaiannya ke dalam Almari.  Selesai sahaja mengemas, Ara membersihkan dirinya kemudian menunaikan solat asar.

Selesai sahaja Solat, Melangkah ke Taman buatan Datin Nur Amanina.

******

Di Taman Buatan ,

"Mama, cantiknya taman ni " Ara teruja melihat keadaan di taman ini. 

"Ni pun tak siap habis lagi ni " Kata Datin Nur Amanina sambil menyiram pokok bunga.

"Mama...  "

"Ye sayang"

"Tadi nenek ada nak cakap sesuatu,  apa dia?  "

Hati Datin Nur Amanina sudah tidak keruan. "Patutkah aku bagitau? "
Datin Nur Amanina terdiam seketika.

"Ishh mama ni,  Ara tanya bukan nak jawab" Ara lantas mencubit pipi mamanya.  Bila ditanya soalan tidak jawab malah mendiamkan diri.

"Mama tak ingat" Bohong Datin Nur Amanina. 

"Okay mama, nanti kalau da ingat bagitau Ara " Ara menyentuh bunga-bunga disitu.  Bunga kegemarannya pun ada.

"Ara!!!" laung Hajah Umairah dari ruang tamu. 

"Haa tengok nenek kamu tu,  Tak padan dengan sakit-sakit pun menjerit " Bebel Datin Nur Amanina.

"Nenek tu memang" Tergelak Ara. 

"Ara!!! " lagi sekali nama Ara dilaung oleh Nenek

"Yaa! " Ara terus belari Anak ke ruang tamu. 

******

Kelihatan nenek sedang berbual dengan tetamu.  Ara melintasi mereka untuk berlalu ke tandas. Ingin membuang hajat kecilnya. 

"Ara! " panggil nenek .

"Ye " langkah Ara terhenti. 

"Ni nak kenalkan, ni Datin Laila dan ini suami dia Dato khuzairi " nenek mula memperkenalkan tetamu itu.

Ara terus menyalami Datin Laila.  Kemudian meminta Diri untuk ke tandas. Hajatnyaa sudahh hampir nak terkeluar. Mau basah kalau dia lama di situ.

"Haa satgi datang sini balik tau, buat air ye Ara " kata nenek sambil melihat Ara berjalan ke tandas. 

******

"Nek,  ni Ara bawak Air " Ara meletakkan Dulang yang berisi Air oren sunquick di atas meja. 

"Kejap Ara bawak kek batik " Ara berlalu pergi ke dapur untuk mengambil kek Batik. 

Selepas itu Ara mengambil tempat duduknya disebelah neneknya.

"Hajah, ni ke cucu kamu tu?  " Datin Laila mula terpikat dengan Ara.  Lemah lembut, Sopan santun. 

"Iyelaa. Mana lagi cucu yang aku ada " kata nenek sambil menepuk-nepuk belakang Ara. 

"Kalau ini, jadi la jawabnya. Saya berkenan"  Dato' khuzairi mencelah.  Hatinya jua terpikat dengan sikap Ara. Sesuai benar untuk Anaknya.

Ara terpinga-pinga dengar Apa yang dikatakan oleh tiga orang manusia dihadapannya. " Apa yang jadi? " monolog Ara. 

"Haa da sejam da kami dekat sini mairah,  minta diri dulu la " Datin Laila berdiri lalu memeluk Hajah Umairah. 

"Haa oke la. Lama sangat aku tak jumpe kamu, terima kasih la datang " Kata nenek

"Haa yela Hajah,  harap jadi la" Datin laila tersenyum memandang ke Ara.  Ara turut membalas senyuman itu.

"Nenek, tu sape?  " tanya Ara. 

"Kawan nenek,  jarak umur kitaorang 10 tahun "  jelas nenek. 

"Nenek, apa yang jadi?  " Ini la peluang untuk Ara bertanya. 

"Jadi la untuk kah.... " Ayat nenek tergantung kerana Tengku Ikhmal mencelah. 

"Jadi la untuk majlis doa selamat sempena kamu da ade degree dan terus duduk di Malaysia "  bohong Tengku Ikhmal tapi memang benar dia akan melakukan majlis doa selamat untuk anak kesayangannya. 

baru sahaja Hajah Umairah hendak menyambung Ayatnya,  Tengku Ikhmal menjegil mata ke arah Hajah Umairah.  Akhirnya beralah la Hajah Umairah. 

*******

Ehh saba saba.  Ade part 2 ni.  Tunggu eh.. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menarik kan cerita ini.  Target untuk novel ni 30 bab je .

MR Bear Love You ! Where stories live. Discover now