Ayam masak merah, sayur campur, kailan ikan masin dan ayam blackpepper siap terhidang di atas meja makan buat. Ara memandang ke arah Meor yang tekun menonton televisyen.
"Ya Allah permudahkan segalanya! " Doa Ara didalam hati.
"Awak, saya nak pergi rumah mama boleh? "Ara duduk di sofa yang menghadap wajah Meor yang sedang leka menonton televisyen.
"Pergi jela. "
"Awak hantar boleh? "
"Aku hantar? "
"Yepp, awak la hantar.. "
"Kau drive sendiri je la! Bukan tak reti drive kan?! "
Ara lantas bangun dan berjalan ke tingkat atas.
"Sebelum aku masuk ward , dia elok je layan aku.. Tapi sekarang layanan dia berubah gila gila! " monolog Ara sebelum memulas tombol pintu .
Ara menarik beg roda keluar dari bilik. Dengan penuh hati-hati Ara mengangkat beg roda menuruni tangga.
"Awak ,saya pergi dulu. "
Tiada apa-apa jawapan daripada Meor. Ara melangkah keluar dengan rasa yang dia sendiri tidak dapat ditafsir
"Bismillahirahmanirahim " pejal minyak ditekan. Melunjur keluar kereta swift berwarna silver dari perkarangan rumahnya.
Meor yang memandang kemudian tersenyum lebar.
"Malam ini kita enjoyy! " Meor mendail nombor Maya untuk dia datang ke rumahnya.
Setelah selesai berbual dengan Maya.. Handphone dicampak ke tepi.
"Hidup aku bebas! "
Sayangnya dia lupa bahawa Allah itu Maha melihat. Hanya takdir yang mampu mengubah segala-galanya.
********
"Abang.. Ara tu sudah keluar ward. " kata Datin Laila sedang menggembur tanah dalam pasu bunga.
"Ohh ya ka? " Dato khuzairi pula menyudu baja ke dalam pasu bunga yang sudah digembur.
"Ye.. Nina bagitau saya. " jelas Datin Laila.
"Alhamdulillah "ucap Dato khuzairi."Abang... " manja sahaja bunyinya.
"Amboii awak, kalau nak ajak tengok la tempatnya.. Masanya tak sesuai.. " Dato khuzairi memandang langit yang mulai cerah.
"Ishh abang ni.. Ke situ pulak.. Saya nak ajak abang pi rumah Ami. Lawat si Ara tu. Saya rindu sangat dengan dia tu. " Tangan Datin Laila masih ligat menggembur.
"Hahaha ingat nak buat projek penambahan ummah " terbahak-bahak Dato khuzairi ketawa.
Kelihatan wajah datin laila sudah membahang. Malu mungkin!
"Malam karang la. Arini abang ada meeting dengan client. Outdoor punya! " jelas Dato' khuzairi.
"Abang, bila kita nak dapat cucu? Saya da terbayang-bayang ni" jujur Datin Laila kata. Hampir 3 bulan Meor dan Ara berkahwin tapi Lihat Ara.. Tanda orang mengandung pun tiada!
"Sabar la laila oi! Nanti abang ajar Meor tu tau! " usik Dato Khuzairi sambil mengenyit mata ke arah isteri tercinta.
"Ishh abang ni. Mula da miang diaa tu " Sudip tangan diletak didalam bekas untuk diletak di dapur.
Nak sambung lagi ke tak? Comment okey? 😖
YOU ARE READING
MR Bear Love You !
Romance"Saya tak nak kahwin dengan awak! " kata Ara. Mana mungkin dia akan bernikah dengan lelaki yang perangai seperti MEOR HARITH SYAHMI. Mana mungkin! Hidupnya sengsara! "Awak takde pilihan, Awak sendiri da setuju depan parents kita" kata meor "Say...