Datin laila dan dato khuzairi melangkah masuk ke dalam rumah. Setelah terserempak dengan Maya..
Datin Laila tidak henti mengalirkan air matanya. Hati dato khuzairi dipaut rasa sedih dengan apa yang jadi.
Meor la satu-satunya anak mereka. Mahu jentik pun susah apatah pula mahu memukulnya.
"Arghhhhhhh!!!!! " kedengaran suara seseorang yang menjerit.
"Abanggg, Ami tu..dekat bilik dia. " Datin laila segera Menaiki tangga dengan lajunya. Dato' khuzairi hanya ikut daripada belakang.
Pintu bilik diketuk. Keadaan bilik berselerak. Dato khuzairi yang melihat keadaan anaknya turut mengalir air mata.
Disatu sudut kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk bercanggung serta memeluk kedua-dua kakinya. Tidak perlu ditahu perasaanya.. Tapi lihat sahaja apa yang dia lakukan sudah menunjukkan perasaannya.
Meor kelihatan Murung.
Tiada senyuman di wajah kacaknya. Datin laila segera memeluk tubuh anaknya.
"Mummy datang ni... " pujuk Datin Laila . Meor teresak-esak.
Dato khuzairi bagai dibekukan. Tiada apa-apa tindak balas. Hanya pandangan sahaja yang ada .
Meor memandang sayu wajah Dato khuzairi. Memohon simpati. Namun tiada apa yang dilakukan oleh Daddynya.
"Maafkan Ami, mummy, daddy! "
Suasana dipenuhi dengan tangisan Meor sahaja.
"Ami nak jumpa Ara... Ami dosa dengan dia!"rayu Meor kepada Datin Laila.
*************
Baru satu hari dia meninggalkan Meor, hatinya sudah diketuk perasaan RINDU.
"Mama, Ara nak balik rumah kejap ya! Nak tengok abang meor ,semalam kata nak datang." tambah Ara supaya dia dapat pulang melihat keadaan suaminya.
"Ye pergila.. Tempat seorang isteri disisi suaminya "
Tudung aidijuma plain berwarna oren disarung di kepala. Jubah berwarna hitam menjadi pilihan untuknya.
Kunci kereta dikeluar daripada tas tangannya. Kemudia kereta swift kelabu laju melunjur keluar dari rumah agam milik Dato ikhmal.
"Aipp ini kereta siapa? " Ara memandang ke arah kereta volkswagen baru yang berwarna silver.
"Kereta kawan meor kut. Zack rasanya" Ara menyedap hatinya.
"Ehh lupa pula.. Makanan untuk meor dalam kereta. " Ara kembali ke keretanya diluar pagar untuk mengambil mangkuk tingkat yang berisi makanan.
"Mesti awak suka kan.. Saya buat gulai favourite awak! Gulai tempoyak ikan patin! " monolog Ara.
Tentang meor yang ditangkap khalwat dibuang jauh dari hati. Yea memang hatinya terluka.
"Ehh kunci la pula" Ara memulas-mulas tombol pintu.
"Kunci pendua? Haa dalam handbag.. "
Ara menggeledah handbagnya. Hampir 10 minit dia menggeledah."Yess dapat juga.. " ara tida perasan bahawa ade mata yang memandang dirinya dengan rasa benci penuh didada.
Bismillahirahmanirahim. Dengan lafas bismillah ara membuka pintu.
Sunyi?
Ara pergi ke dapur. Kosong ? Mangkuk tingkat yang dibawa diletak diatas meja makan.
Ara memanjat tangga dengan penuh hati-hati.
"Youuu, ni noty la hahah" kedengaran seperti seorang wanita dan lelaki ketawa.
Ara terus berjalan menuju ke suara itu.
"Bilik meor? " Mata Ara mula berkaca.
Panggilan dari mummy semalam benar-benar membuatkan dirinya bahagia kerana meor mahu berjumpa dengannya..
"Suara siapa itu??? "Monolog Ara
Ara memulas pintu bilik meor.
"Ya Allah.. " jatuh melutut Ara dihadapan pintu melihat Kemesraan suaminya dengan wanita lain.
Maya segera menarik selimut untuk menutup bahagian tubuh yang terdedah.
Meor kelihatan terkejut.
"Asal Minah ni datang? Kacau daun la " gumam Meor.
Ara terus berlari keluar daripada rumah. Air mata diseka.
"Kau kena kuat la! ". Tanpa menoleh ke belakang.
Dummmmmmmmm! Kedengaran seperti kemalangan
Ara tidak menghiraukan.
"Meor!!!!!! " jerit Maya setelah melihat Meor sudah terbaring diatas jalan raya.
Ara segera paling kebelakangan. Suami aku?
Ara segera menelefon ambulans untuk mengambil meor.
"Nanti ade ambulans datang ambil meor. Awak tengok dia tau" Pesan Ara sebelum memasuki kereta swiftnya.
IPhone 6s dikeluar. Nombor datin laila didail.
"Mummy.. Ara nak jumpa!! "Talian diputuskan. Namun air mata tidak putus-putus jatuh membasahi pipi.
YOU ARE READING
MR Bear Love You !
Romance"Saya tak nak kahwin dengan awak! " kata Ara. Mana mungkin dia akan bernikah dengan lelaki yang perangai seperti MEOR HARITH SYAHMI. Mana mungkin! Hidupnya sengsara! "Awak takde pilihan, Awak sendiri da setuju depan parents kita" kata meor "Say...