Bab 6

3.3K 86 0
                                    


"Abang, Anak awak tu taknak balik rumah ke? " rungut Datin Laila.

"Jenuh abang nasihatkan dia. Harap bila dia nikah dengan tengku Izzara Husna berubah la " Dato' khuzairi buntu.

Segala didikan diberi cukup! Terutamanya didikan Agama. Tapi apa yang terjadi akan anak lelaki sulungnya pun Dato' khuzairi tidak dapat dibetulkan.
Bunyi deruman kereta Bmw 5 series memasuki rumah banglo.

"Haa panjang umur " kata Datin Laila sambil menonton drama kegemarannya.

"Assalamualaikum mummy daddy" Meor melangkah masuk.

"Waalaikumussalam " serentak mereka jawab.

"Mummy Daddy. ,Ami da Buat keputusan " Mana mungkin Meor hendak meninggalkan Maya yang amat dia cintai. Perkahwinan antara Izzara Husna denganya sama sekali tidak akan terjadi.

"Ami.. Da janji. Ramai saksi, Dosa kalau kamu mungkiri janji! "Dengan suara lantang Dato' khuzairi membalas kata-kata anaknya.

"Tapi, Ami tak cintakan Izzara, Ami cinta Maya. Mummy, entah-entah Izzara itu pun tak nak, perasaan tak boleh di paksa "
Meor cuba meyakinkan mummy dan daddynya. Namun tidak berjaya.

"Maya?! Mama takkan benarkan perempuan camtu jadi menantu mummy. " bantal di riba Datin Laila di hempas ke sofa. Dengan pandangan sinis Datin laila Berlalu ke bilik tidurnya.

"Lah aku pulak kene mara " gumam Meor. Meor segera melangkah masuk ke bilik tidurnya untuk mandi. Badannya sudah berpeluh. Maklum la di club, malam ini dia aktif sangat.

******

"Ara, jom balik"

Datin Nur Amanina sudah berjalan ke pintu keluar tanah perkuburan islam tepus.
Ara hanya bangun dari tikar. Lantas dia mencapai jar kaca yang berisi air. Hanya dia sahaja yang tidak menyiram air di atas pusara Hajah Umairah. Datin Nur Amanina dan Tengku Ikhmal sudah menunggunya didalam kereta Bmw 3 series.

"Abang, kita balik kl bila? " soal Datin Nur Amanina.

" lagi 5 hari " jawab Tengku Ikhmal.

"Lamanya, nak buat apa lama-lama dekat kampung " Ara mencelah dari belakang. Rasa tidak puas hati mula menjengah.

"Kita buat tahlil untuk nenek dekat sini " ringkas tengku Ikhmal.

"Okey, " Ara menyandar ke belakang.

Ara memandang pokok-pokok sepanjang perjalanan dari tepus ke Ipoh. Datin Nur Amanina Ingin mencari barang basah untuk majlis tahlil . Tesco st18 menjadi pilihan buat Datin Nur Amanina .
Kereta di pandu dengan berhati-hati oleh Tengku Ikhmal

******

"Mummy! " Laung Meor dari tingkat Atas.

"Haa tu anak awak, baru bangun " perli Datin Laila

"Anak awak jugak tu" balas Dato' khuzairi.

"Ami, mai turun breakfast" laung datin Laila.

Meor melangkah menuruni anak tangga. Dia memakai baju t-shirt berwarna biru navy bersama seluar joggerpant. Rambutnya disikat rapi.

"Morning Mummy ,Daddy" ucap Meor sambil mengambil tempat duduknya disebelah Dato' khuzairi.

"Morning," serentak Dato' khuzairi dan Datin Laila.

"Abang, tadi Nina ade call, Dia jemput kita ke Tahlil Arwah Hajah Umairah " Datin Laila menyeduk mee goreng untuk Suami yang tercinta.

"Haa, boleh la pergi.. " Dato' khuzairi menuang air buat isterinya .
Meor hanya menjadi penonton di situ.

"Kamu, kena ikut" arah Dato' Khuzairi.

"WHY? Ami busy la"

Datin Laila menyeduk mihun goreng untuk anaknya. Bukan dia tidak tahu Anaknya itu tidak makan mee goreng. Mujur ada mihun.

"Busy dengan perempuan tak guna tu la " perli Datin Laila sambil menghulurkan pinggan berisi mihun goreng kepada Meor.

"Mummy, perempuan tu ada nama la. Maya okey! " Apa yang buat Mummynya tidak suka akan Maya pun dia tidak tahu. Sedangkan Maya itu cukup baik baginya.

"Keputusan muktamad, kamu kene ikut kami balik perak " Kata Dato khuzairi .

"Kalau kamu ingkar. Lihat la apa yang jadi, segala kredit kad, kereta kamu akan daddy tarik " Ugut Dato khuzairi.

"Kay fine! "

"Nie semua sebab izzara Husna. " gumam Meor. Menyampah sungguh dengan perempuan yang berlagak baik itu.

"Lepas makan ni pack baju, kul 4 petang karang kita bertolak" arah Dato' khuzairi sebagai ketua keluarga.

******

Di tesco st18

"Mama, ni nak guna? "

"Lobak merah? Mestilah. Kita nak buat sup ayam nanti "

"Bila nak buat majlis tahlil itu? " tanya Ara sekali lagi. Beli barang je tapi dia sendiri pun tidak tahu bila majlisnya.

" malam esok, " ringkas jawab Datin Nur Amanina.

" Nina Awak tu da dapat ke semua barang? " Tengku Ikhmal datang menghampiri dua anak beranak itu.

"Da, abang semalam saya call Datin Laila. Jemput dia ke Majlis Tahlil malam esok "

"Lahh, deme tu jauh, udah le moh le kite balik " loghat perak tengku Ikhmal sudah keluar.

"Iyolah, malam karang diorang sampai le " balas Datin Nur Amanina.

Mereka beratur untuk membayar semua barangan itu. Sementara menunggu giliran mereka. Tengku ikhmal mengarahkan Ara menyediakan tiga bilik tetamu untuk Keluarga Dato khuzairi.

"Nasib baik rumah Ipoh mempunyai 6 buah bilik. Kalau tak mesti aku kene korbankan bilik aku " bermonolog Ara sambil tersenyum .

Teruskan vote and comment. Negative comment dibenarkan. Maaf jika ada typo. Teruskan mengikuti novel Mr Bear love You!

MR Bear Love You ! Where stories live. Discover now