"Aku terima nikahnya tengku izzara Husna bt Tengku ikhmal dengan Mas Kahwinnya sebanyak rm3400 tunai "Sah?
Sah
Sah.
Semua orang yang berada disitu menadah tangan.
Air mata Ara bergenang. Namun bukan air mata bahagia. Malah air mata sengsara. Apalah nasib diri ini!
Datin laila menepuk-nepuk belakang badan menantunya. Senyuman manis terbit di bibirnya.
Upacara pembatalan air sembayang akan diadakan. Meor Harith syahmi melangkah ke arah Ara. Senyuman begitu manis.
"Dia suka ke kahwin dengan aku? " bermonolog Ara.
Cincin disarung di jari manis Ara. Tangan Ara yang putih melepak dihiasi dengan inai berwarna merah menjadi tarikan Meor. Ara tunduk untuk mencium tangan suaminya. Selesai sahaja mencium tangan Meor. Giliran Meor pula mencium dahi Ara.
"Awakkk cium la. " Ara mula bebel kerana Meor tidak mencium dahinya.
Suara-suara mula bising. Terkejut dengan tindakan meor yang tidak mahu mencium dahi isterinya.
"Maaf, saya hanya ingin cium dahi isteri tercinta saya antara kami berdua. Saya tidak ingin ciuman saya menjadi tatapan orang lain " Meor terus mengambil tempat di sebelah Ara untuk sesi bergambar.
"Aku tak ingin la cium kau " bisik Meor di telinga Ara yang dilidungi oleh tudung shawl berwarna putih.
Ara hanya terdiam. Hatinya bagai terhiris.
" fikir aku nak kahwin dengan kau " kata Ara tetapi didalam hati.Selesai sahaja sesi bergambar di majlis nikah. Para tetamu melangkah keluar dari masjid Besi.
Ara berjalan bersama-sama Ibu mentuanya dan mamanya. Meor sudah keluar terlebih dahulu.
"Malam ni Ara balik rumah Mama tau, "
"Lahh kenapa? Esokkan ada majlis bersanding "
"Ara tertinggal banyak barang dekat bilik Ara. Esok ara tidur rumah mummy tau "
"Hmm yela. " Ara tunduk menyalami ibu mertua yang baik hati.
Datin laila lantas pergi ke kereta range rover. Ara pula lantas pergi ke Bmw 3 series milik Tengku Ikhmal.
*******
Ara membuka lilitan shawl. Ara segera ke tandas untuk membersihkan diri. Selesai sahaja Ara terus menghempaskan badan ke atas katil.
Betulkah apa yang aku buad? Hidup aku pasti sengsara. Kata-kata Meor masih terngiang-ngiang di telinga.
Air mata mula bergenang. Jiwanya sakit.lama-kelamaan Ara tertidur di atas katil.Keesokan harinya.
"Ara cepat la! Satgi lambat" Datin Nur Amanina sudah masuk kereta. Ara pula masih didapur. Jam di dinding sudah menunjuk sebelas pagi. Perjalanan lagi sudah mengambil masa 30 minit. Belum masuk lagi kalau jammed. Arghhh. Tension Ara. Selesai sahaja melilit shawl Ara segera masuk ke badan kereta Tengku Ikhmal.
Kereta bmw 3 series melujur keluar dari perkarangan rumah mewah Tengku ikhmal.
Sejam kemudian
"Ara.. Nanti jadi isteri, taat perintah suami. Jangan melawan cakap suami, jangan lupa.. Syurga bawah kaki suami da
sekarang ni " Pesanan terakhir tengku Ikhmal sebelum melangkah keluar dari keretanya.."Ya papa, Ara akan ingat semua yang papa pesan"
Kelihatan Ramai tetamu yang sudah datang. Hati Ara makin berdebar-debar. Kenapa debar sangat ni? Kahwin bukan atas cinta pun atas wasiat ja!
YOU ARE READING
MR Bear Love You !
Romance"Saya tak nak kahwin dengan awak! " kata Ara. Mana mungkin dia akan bernikah dengan lelaki yang perangai seperti MEOR HARITH SYAHMI. Mana mungkin! Hidupnya sengsara! "Awak takde pilihan, Awak sendiri da setuju depan parents kita" kata meor "Say...