Bab 5

3.3K 67 2
                                    

"Nekk, Ara datang ni " Ara memasuki bilik Neneknya.  Nenek tersenyum apabila melihat Ara memasuki biliknya.  Kelihatan disitu ada Datin Laila bersama suami serta seorang lelaki. 

"Nenek ada hajat ni " Hajah Umairah memegang tangan Ara yang berdiri di sebelahnya. 

"Apa dia nek.  Nek jangan tinggalkan Ara "
Air mata mula bergenang. Takut jika neneknya pergi. 

  Hanya tangisan sahaja yang kedengaran.Masanya sudah tiba. Datin Nur Amani dan tengku ikhmal sudah tertunduk menahan pelbagai rasa.

"Ami, pergi dekat nenek " bisik Datin Laila apabila melihat mulut Hajah umairah seperti memanggil anaknya.

"Haa?  " Terpinga-pinga meor apabila mummynya menolak dirinya ke depan.

"Ami, meh sini " Dalam saat terakhir ini masih mampu mengajak Meor berdiri disebelahnya.  Meor hanya turut.

Hajah Umairah  masih menggengam tangan Ara.  Tangan Meor di genggam jua. Di satukan tangan Ara dan tangan meor.

"Nenek nak kamu berdua kahwin. Ara,  inilah pilihan yang terbaik.  "

Hajah Umairah sudah tidak tahan, sakitnya sakaratul maut ini. 

Ara memandang ke arah lelaki disebelahnya. Meor juga memandang ke arah Ara. 

"Awak?"  Riak wajah Ara bertukar ,Dari sedih menjadi Terkejut

"Haa?  Awak? " tanya pula Meor

"Kamu berdua da kenal ke? " tanya Hajah Umairah. 

" kenal sebab dia duduk sebelah Ara time nak balik ni " jelas Ara.

"Bagusla da kenal,  meor tolong janji dengan nenek? "

"Janji apa? " soal Meor.
"Apa yang sudah terjadi? " monolog Meor didalam hati.

"Nek nak kamu kahwin dengan Ara dan janji untuk jaga dia elok-elok " jelas nenek sambil dadanya berombak menahan sakit sakaratul maut. 

"Ya nek. Ami janji.. " kata meor sambil memandang ke Arah Ara.  Satu jelingan buat Ara semasa itu.

"Ami,  bantu nenek mengucap tu" pesan Dato' khuzairi. 

Nenek menghembus nafas terakhirnya.  Tangisan Ara makin kuat.  Meor meninggalkan Ara yang masih berdiri.  Datin Nur Amanina memeluk anaknya untuk memberi ketenangan.

"Da jangan nangis.  Nenek da pergi dengan tenang.  " bisik Datin Nur Amanina.  Ara hanya mengangguk kepalanya. 

"Pasal anak kita ni settle kebumi kita bincang la ya" ucap Tengku ikhmal.  Dato' khuzairi hanya mengangguk kepala. Faham akan keadaan yang menimpa keluarga Tengku Ikhmal. 

"Kami minta diri dulu ya.  " pamit Dato" khuzairi .

******

Tiba sahaja di rumah banglo mewah milik Dato' Khuazairi. 

"Mummy apa yang jadi ni? " soal Meor ,
"Kahwin? Aku cintakan maya je" rungut Meor didalam hati.

"Kamu da tahu kan tanya mummy apa lagi?  Balas Datin Laila .  Bukan tidak tahu pasti anaknya risau akan maya.

"Tak henti-henti dengan maya, "gumam Datin Laila sambil menaiki tangga ke arah biliknya.

"Papa?" Meor memanggil Daddynya. 
Hanya pandangan kosong sahaja yang diberi .  Dato' khuzairi berjalan menuju ke biliknya untuk membersihkan diri.

"Asal semua owang nak sedih ni?! " Meor segera mencapai kunci kereta BMW 5 series di atas meja.

"Baik aku pi club.  Syok sikit."  Kereta BMW 5 series meluncur  laju keluar dari kereta.

*******

Dari luar Muzik berdentum dentam dapat didengari jelas oleh Meor. Ramai manusia yang meneguk minuman keras.  Wanita seksi begitu ramai disitu.  Semua orang disitu menari.

"Coca cola satu" ucap Meor sambil mengambil tempat biasanya .

"Hai baby" Dengan manja maya memanggil Meor.

"Hai, Kata tak datang sini. " Tangan  Maya mula bermain di sekitar leher dan bahu Meor. 

Meor meneguk air coca cola yang baru sahaja diletak diatas meja.

"Sayang, jom dance!" Meor menarik tangan Maya.

"Jom" Maya membetulkan skirt paras pehanya sebelum bangun. 

Meor dan Maya menghayati Muzik yang dimainkan Dj disko.  Tangan Meor merangkul pinggang Ramping Maya..  Didekati bibirnya ke telinga Maya. 

"I love you so much" bisik Meor .Maya hanya tersenyum kemudian memberi satu ciuman di pipi Meor. 

"I love you too so much! " jerit Maya kerana Muzik terlalu kuat yang sukar untuk Meor mendengar.

MR Bear Love You ! Where stories live. Discover now