"Kenapa awak tampar saya? " Soal Ara dengan wajah yang sudah dibasahi dengan air mata.
"Kau memang menyusahkan aku je la!! " tengking Meor kemudian berjalan meninggalkan Ara di hadapan pintu.
"Ya Allah, berila aku kekuatan untuk hadapi dugaan ini " Doa Ara dalam hati.
Briefcase yang di atas lantai di capai kemudian membawanya ke dalam bilik meor.
Meor yang perasaan dengan kehadiran Ara terus menjeling tajam ke arah Ara.
"Awak nak makan apa-apa tak? "
"Aku da kenyang!! Sudah la.. Mulai hari ini kau duduk la dekat bilik sebelah. Jangan dok sebuk nak masuk bilik aku! " arah Meor.
Tiada rasa belas kasihan terhadap Ara.
Ara mencapai teddy bear berwarna maroon kemudian dibawa ke bilik sebelah.
"Mana mampu aku nak angkut sorang-sorang ni" monolog Ara."Awak, tolong saya boleh? "
"Tolong apa?! " Balas Meor sambil melihat handphonenya.
"Tolong saya pindah barang-barang ke bilik sebelah boleh? " lembut sahaja Ara meminta.
Bukan mahu menggoda tapi kerana dia mahu berbakti kepada suaminya!
"Tolong angkat barang? Malas laa.. Tapiiii" Meor memegang dagunya tanda seperti sedang berfikir.
"Tapi apa? Saya penat ni.. Lagi pun saya baru sihat. " tambah Ara.
"Aku malas nak angkat, susun bagai tapi kalau campak barang-barang kau dari bilik ini rajin la! "
"What?! "
"Hmm yela.. Saya terima "
Barang-barang Ara dikumpul di luar bilik. Baju-baju dicampak sahaja oleh Meor.
"Jijik kah aku? "
**********
"Alhamdulillah selesai juga semua! " Ara menghenyak tubuhnya diatas katil yang bersaiz single. Cadar yang menjadi pilihannya Cadar bercorak teddy bear.
Itu sahaja yang ada didalam rumahnya.
"Ehh Zuhur belum solat lagi! " Ara berjalan ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Jam sudah menunjukkan 4 petang. Mujur dia ingat kalau tidak mahu sahaja terlepas!
"Allahuakbar! " takbir diangkat."Assalamualaikum warahmatullah " Ara memaling mukanya ke arah kanan kemudian ke kiri pula.
Hatinya tenang setelah solat.
Flashback
"Ara, awak sudah di tahap 3." Aqil irfan tidak putus memujuk Ara untuk melakukan kemoterapi.
"Takpela awak , saya terima apa yang Allah bagi ini " Pasrah Ara.
"Tapi awak kena berusaha untuk mengubah! Merawat! Bukan tawakal sahaja tanpa berusaha!" Aqil seperti seorang Ayah yang sedang marah terhadap Anaknya.
"Awak boleh hidup dalam 14 bulan sahaja" jelas Aqil dengan rasa hiba di dada.
"Takpe lama lagi tu" tambah Ara untuk menyedapkan hatinya.
"Kira macam 1 tahun 2 bulan ye"
"Awak kena kuat untuk hadapi semua ini" Aqil irfan memberi kata positif kepada Ara. Bukan dia tidak tahu Ara itu sedang mengalami masalah.
"Baiklahh..saya kan kuat! BARBIE girl!!!"
End flashback.
Air mata Ara jatuh membasahi pipi. Makin lama makin pendek usinya.
"Ya Allah,engkau berikan la keindahan perkahwinana kepada ku !" Doa Ara.
Ara melipat telekung kemudian sangkut kembali di tempat khas telekung.
YOU ARE READING
MR Bear Love You !
Romance"Saya tak nak kahwin dengan awak! " kata Ara. Mana mungkin dia akan bernikah dengan lelaki yang perangai seperti MEOR HARITH SYAHMI. Mana mungkin! Hidupnya sengsara! "Awak takde pilihan, Awak sendiri da setuju depan parents kita" kata meor "Say...