bab 16

183 1 0
                                    

  Merah padam muka Adam melihat kelakuan Hani. Geram pula dengan sikap Hani yang bijak mempersendakannya. Hani seronok mentertawakan Adam.

  Aiman dan Wilda pula hanya menggelengkan kepala melihat Hani.Boleh pula dia buat lawak macam ni.“Akhirnya terbongkar juga rahsia.”Kata Hani dengan selamba.

  “Sejak bila pulak Maira ada bakat pelakon air mata ni?”Soal Adam.Wajahnya serius.Hani terdiam.Wajah suaminya dipandang.Kemudian,disambung kembali tawanya yang masih belum hilang.

  Aiman dan Wilda hanya diam memerhati gelagat pasangan itu.Takut pula untuk berkata-kata apabila melihat wajah tegang Adam.Marah barangkali lelaki itu.Siapa yang tidak marah apabila dipersenda sebegitu rupa.Isteri sendiri yang buat pulak tu!Adoyai Hani Humairah,what has you done adik?Detik Aiman sendiri didalam hati kecilnya.Bukannya dia tidak tahu adiknya yang merupakan ratu drama!

   “Itulah.Lain kali rahsiakan lagi daripada Maira.Kan dah pecah rahsia,isteri abang ni bijak  tau kalau nak korek rahsia. Sorrylah,abang.Maira tak ada niat pun nak buat abang macam tu.Sorry ok?”Kata Hani selamba.Pipi Adam dikucup spontan.Selamba sahaja.

  Aiman dan Wilda saling berpandangan kerana tergamam melihat aksi spontan tidak malu adik mereka.Nampaknya Adam sudah mengubah sikap pemalu Hani.

  Adam tersentak. Dikerling isterinya.Wajah lembut yang sedang tersenyum itu membuatkan rasa geram Adam reda dengan sendirinya.Lelaki itu tersenyum.

              “Nakalnya isteri abang ni,”seloroh Adam sambil menarik pipi Hani.

             “Adoi,sakitlah abang ni.”hani menolak tangan suaminya yang masih melekap dipipinya.digosok-gosok pipinya demi menghilangkan rasa pedih.“Alolo,sakit ye?Meh sini abang gosokkan,”kata Adam.Pipi isterinya dielus lembut.Hani hanya diam,membiarkan suaminya menyentuh pipinya.
Aiman dan Wilda hanya tersenyum memerhatikan gelagat adiknya.Senang hatinya melihat adiknya bahagia bersama Adam.Tidak sia-sia Hani menunggu demi mendapatkan cinta yang diredhai Allah.

  “Abang,serius ke rumah ni rumah kita?”Hani menyoal.

      “Ye sayang.Abang dah lama beli rumah ni. Cuma belum siap sepenuhnya.Kebetulan Aiman dengan Kak Wilda nak datang,abang suruh diorang stay sini dulu. Sekali,nak buat surprise untuk Maira.”Ulas Adam.
  “Maknanya,abang Aiman dengan kak Wilda lah yang rasmikan rumah ni dulu. Eii,tak acilah macam ni.”Kata Hani bersama dengan mimic wajahnya sekali.Macam budak-budak.

  Adam,Aiman dan Wilda sudah melepaskan tawa mereka.“ Hah,nanti jangan lupa buat doa selamat.”Pesan Aiman.Hani memandang suaminya.Tenang sahaja lelaki itu disisinya.

  “Cadangnya nak buat jugak.Mak Su Hanan pun ada kat sini.Rasa nak jemput kawan-kawan terdekat,jiran dengan saudara terdekat je.Buat simple-simple.Korang pun lama lagi kan kat sini.”

  “Ha’a.Nampaknya macam tu lah.Nak habiskan cuti.”

  “Aik,abang Aiman ni tak kerja apa?Lama cuti.”Soal Hani.Hairan pula apabila Aiman akan menghabiskan masanya seminggu di sini.Lelaki hanya tersenyum.

  “Eh,macam tak suka je abang kat sini.”Kata Aiman membalas kata-kata adiknya.Saja mahu mengusik adiknya.Rasa rindu pula untuk mengusik adiknya.Sejak dia menyerahkan tanggungjawabnya kepada Adam.

    “Hani Tanya jelah.Tak boleh ke?”

    “Boleh adikku sayang,”balas Aiman.Hani hanya tersenyum menampakkan sebaris gigi putihnya yang tersusun cantik.“Abang,buatlah kenduri cepat sikit.Minggu ni ke,abang Aiman dengan Kak Wilda pun ada.”Usul Hani.

  “Ye,abang pun nak buat cepat.Abang tengok jadual abang dulu.Okey sayang?”Jawab Adam tanpa memandang wajah Hani.Telefon bimbit ditangannya dibelek.Barangkali mahu melihat jadual waktu kerjanya.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now