Bab 10

170 1 0
                                    


 
                           Sudah lama Hani termenung di hadapan katilnya.Baju kurung moden berwarna merah dan dress labuh berwarna hitam merah menambat hatinya.Malam ini akan diadakan majlis untuk meraikan perkahwinannya bersama Adam.

  “Lah,tak siap lagi.Abang ingatkan dah pakai dah baju tu.Dari abang mandi sampai abang dah siap mandi,”ujar Adam.Dia baru sahaja keluar dari kamar mandi.Lelaki itu yang hanya memakai tuala separas pinggang menampakkan tubuh sasanya kepada Hani.Tersipu malu wanita itu.Namun dibuat tidak tahu demi menutup rasa gugup.

   Hani masih merenung baju-baju dihadapannya dengan bercekak pinggang tanpa jiwa.Adam menggelengkan kepalanya perlahan.

  “Pakai baju ni,”usul Adam.Lelaki itu mengangkat dress hitam merah.Hani mengangkat wajahnya memandang suaminya.“Serius pakai yang ni?Tak seksi sangat?”

  “Design Maira kan?” Soal Adam.Hani mengangguk tanpa jiwa.“Apa kaitan baju ni dengan design Maira?”Adam tepuk dahi.Isteri sememangnya polos tetapi ratu blur juga.

  Adoyai!Hani Humairah dah buat muka blur.“Kalau Maira yang design baju ni mestilah islamik,mestilah tak seksi sangat.”Jelas Adam dengan penuh kesabaran.Hani sudah mengukir senyuman menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.Dia berdiri di hadapan Adam.Perlahan pipi suaminya dikucup Hani.Adam tersentak.Kemudian dia tersenyum sambil mengatur langkah masuk ke kamar mandi untuk menukar baju.

  Jam sudah menunjukkan ke angka 7.45 malam.Adam dan Hani sudah bersiap untuk turun ke bawah.Pada jam 8.30 nanti,majlis akan bermula.Sengaja majlis dilewatkan kerana memberi ruang kepada umat Islam untuk melaksanakan solat Maghrib. Mujur sahaja Adam sudah membuat tempahan di hotel.jadi,segala persiapan diri dilakukan di hotel sahaja.

  “Sayang dah siap?”Adam menyoal isterinya yang masih berada di hadapan cermin.Dia sedang membuat sentuhan akhir pada selendang yang dipakainya.Gaya yang dikenakan sungguh cantik dan sesuai dengan citarasa terkini. Tidak dinafikan Hani mempunyai citarasa tinggi terhadap pemakaiannya.Biarpun ringkas,tetap menyerlah.

  “Hmm,dah.Jom,”ujar Hani.Dia menghampiri suaminya yang segak bergaya dengan suit hitam yang dipakainya.Adam bagaikan terpegun melihat keanggunan isterinya malam ini.

  “Cantiknya sayang!”Ujar lelaki itu bagaikan disampuk.Hani hanya mampu mengulum segaris senyuman di bibir.Tidak tahu ayat yang harus dikatakan untuk membalas pujian suaminya.Hanya ucapan syukur yang dipanjatkan dalam hati.

HANI dan Adam berpegangan tangan melangkah masuk ke dalam dewan.Semua mata tetamu yang hadir memandang Hani dan Adam,seperti terpegun melihat pasangan itu.Adam dan Hani melangkah ke meja makan utama yang sudah disiapkan dengan hiasan bunga ros merah.Meja itu sudah disiapkan khas untuk mereka.Puan Aisyah,Mak Su Hanan,Mak Tok dan Sofea juga ditempatkan di meja itu.Cantik! Majlis pada malam ini diadakan dua dalam satu.Majlis resepsi Adam dan Hani serta majlis ulangtahun syarikat.

  Ketika sedang menjamu selera,MC mula bersuara.Video yang memaparkan gambar Adam dan Hani membuatkan Hani hampir tersedak.Bila masa pulak dia ambil gambar aku ni?Satu persatu gambarnya ditayangkan dalam klip video.

  “Perkenalan antara Muhd Adam Hariz dan Hani Humairah bermula di laman sosial Facebook. Kata Adam dia tertarik dengan kata-kata cinta yang terpamer di wall Hani.Ayat-ayat yang sering dikeluarkan oleh Hani Humairah menjadikan cinta itu hidup.Perkenalan yang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 5 tahun membuatkan Adam ingin segera bertemu Hani Humairah.Tetapi Hani tak mahu katanya,”kata MC itu.Orang dalam dewan sudah gelak dan Adam hanya tersenyum.

“Adam buat keputusan datang ke Terengganu kerana Hani sedang menuntut di sana dalam Degree Operations Management di tahun akhir.Tapi tak jumpa kerana Hani bijak sembunyikan diri.”Orang dalam dewan gelak lagi. Hani pandang Adam yang tengah gelak sakan. “Selepas itu,terjadi pertemuan antara mereka apabila Hani buat practical di syarikat milik Adam.Sejak itu,bermulalah siri-siri pertemuan antara Adam dan Hani.Pertemuan itu akhirnya menamatkan penantian Adam dan menjadikan Hani Humairah sebagai suri hidupnya selepas beberapa bulan Hani graduate.Oh,baru graduate rupanya,”kata MC itu lagi.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now