Bab 17

210 1 0
                                    

  Terhendap-hendap Adam kerana mahu melihat isterinya didapur yang kelihatan sibuk menyiapkan kuih buatannya. Apabila diperhatikan hanya isterinya sahaja di dapur,segera dia menghampiri wanita itu.Pinggang Hani dipeluk dari belakang.

     “Assalamualaikum sayang,”sapa Adam.Pipi kanan Hani dikucup selamba.

     “Wa’alaikumsalam,abang.”Jawab Hani.“Abang ni kan,malulah kalau ada orang tengok.”Sambung Hani.Tangannya ligat menyusun kuih yang sudah siap dibakar kedalam bekas.Adam hanya tersenyum tanpa membalas kata-kata isterinya.

      “Sayang buat kuih apa ni?”

      “Tart telur.Abang nak rasa?”

      “Nak,” pantas Adam menjawab.Hani memusingkan tubuhnya dan menghadap suaminya.Tart telur ditangannya disuakan kemulut Adam.“Sedap tak?”Soal Hani inginkan pendapat suaminya.
      “Sedap,mana sayang belajar ni?”

      “Erm…mama.”Jawab Hani malu-malu.Tubuhnya kembali dipusingkan membelakangi Adam.Lelaki itu tersenyum.Tubuh wanita itu kembali dirangkul.Lupa sebentar pada suasana rumah yang ramai tetamu kerana mereka mengadakan kenduri dirumah baru mereka.

      “Amboi,romantiknya pasangan ni.” Tegur seorang mak cik dari belakang.Serta merta Hani menoleh ke arah suara tersebut.Adam pula masih tidak meleraikan rangkulannya.Merona merah wajah Hani menahan malu.

      “Dekat sini rupanya.Ingat pergi naik mandi,rupanya jadi drakula kat dapur ni.Ish,balik-balik terus peluk isteri.”Sampuk Puan Aisyah dari arah belakang.

      “Tak apalah ma.Along rindu dekat wife tersayang Along ni.Setengah hari tak jumpa macam setahun rasanya.Ni yang tak sabar nak tunggu.Kan sayang?”

       Hani mengerutkan dahinya.Sah,suaminya sudah angau.Inilah kesannya apabila bercinta selepas kahwin.Adam tidak pernah putus mengucapkan kata-kata cinta kepada Hani sehingga adakalanya Hani menjadi rimas.Nak buat macam mana,dia pun baru pertama kali jatuh cinta.Dengan suami sendiri pula tu.Tak apa jatuh cinta dengan suami sendiri Hani.Tak sia-sia prinsip yang dipegangnya selama ini.

Couple makes trouble
Marriage makes perfect
I choose love after marriage
Totally Halal after Nikah.

  “COMELNYA,dia.Meh sini dekat aunty ya sayang?”Ujar Hani sambil mengambil bayi comel dari Yazmin,isteri Iskandar sahabat suaminya.Yazmin hanya tersenyum.Anaknya tidak pula menangis apabila berada dalam dakapan Hani.Hebatnya aura Hani.

        “Siapa nama ni?”Hani menyoal.

        “Danish Irman.”Jawab yazmin sambil tangannya mengesat air liur Danish yang mengalir dari mulutnya. Danish hanya diam.Hani mengambil kesempatan mencium pipi gebu Danish yang berusia 7 bulan.

       “Eh,senyum pula anak mama ni.Suka ya aunty Hani.” Tegur Yazmin kepada Danish apabila Danish tersenyum.Tangan Danish sudah bermain dengan hujung tudung Hani.

        “Wah,ada baby!”Sofea yang baru duduk di sisi Hani kelihatan teruja.Farshah juga turut sama menyertai mereka.

        “Hei,dari mana je  korang berdua ni baru muncul.”Sofea dan Farshah tersenyum tanpa menjawab soalan Hani.Sibuk juga gadis pingitan itu menggomol Danish. “Comelnya anak kak Min.Tembam pipi dia ni.”Pipi Danish sudah dimainkan  Sofea.Memerah wajah Danish kerana diusik.

  “Dah,dah.Nanti nangis Danish ni karang.”Kata Hani.

        “Hani tolong tengokkan Danish kejap ya?Min nak cari abang Is sekejap.”Pinta Yazmin.Hani mengangguk.“Mama tinggal kejap ya sayang.Danish duduk dengan Aunty Hani dulu,”wajah Danish dikucup sebelum dia pergi.

Hanya Satu Jadi MilikmuWhere stories live. Discover now